PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 15 January 2014

Dakwa ada Taming Sari, alat warisan




SEAWAL jam 8 pagi 10 pegawai polis berpakaian preman, dari IPD Melaka Tengah sudah berada di pekarangan Jeti Tanjung Batu.

Sekitar jam 9 pagi pula, dalam keriuhan menunggu feri, Noor Jan dan isteri muncul. Dipercayai kira-kira 60 pengikut Noor Jan tiba di jeti sama.

Beberapa wartawan mendekati Noor Jan dan isteri. Belum lama dia berbual, Raja Shahrom datang mencelah perbualan.

Noor Jan meninggalkan kumpulan wartawan mengikut Raja Shahrom yang disangka orang awam.

Raja Shahrom kemudian memperkenalkan diri dan menyatakan Noor Jan akan ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Pada waktu itu sekumpulan empat lagi polis preman menyertai Raja Sharom menahan Noor Jan.

Dia kemudian dibawa ke sudut belakang jeti sebelum ke foyer jeti dan dimasukkan ke dalam kenderaan polis lalu dibawa ke IPD Melaka Tengah.

Raja Noor Jan Shah adalah salah satu nama digunakan selain Norjan Shah Tuah Shah, Raja Alang Norjan Alang Tuah dan Yang Maha Mulia Raja Norjan Shah Yang Maha Mulia Raja Tuah Shah.

Kali pertama dia diketahui menuntut takhta Sultan Melaka ialah pada November 2005.  Sejak itu, dia terus mendakwa sebagai Sultan Melaka walaupun dakwaannya itu dinafikan banyak pihak.

Dia mempunyai kes lampau membabitkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada 2006.

"Jika saya bukan sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini. Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka, tetapi ia tidak diendahkan,” kata Noor Jan suatu ketika dahulu.

Dia mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

Dia juga mendakwa memiliki keris Taming Sari, tongkat Lang Buana dan pelbagai lagi alat kebesaran warisan Sultan Melaka.

Lelaki ini juga pernah menyewa sebuah kereta Rolls Royce yang dijadikan gimik pada majlis pertabalannya.

Polis kemudian mengesahkan kereta itu yang dimiliki oleh sebuah syarikat kereta terpakai menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tiada cukai jalan.//(sinarharian)
 

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Keris Taming Sari sebenar ny ada di Perak.Di bawa oleh Sultan Perak yg pertama,Sultan Mudzaffar Shah 1.Baginda ada lh anak kpd Sultan Mahmud,yg lari ke Kampar,Sumatra semasa Melaka di serang Portugis.Baginda membawa banyak alat2 kebesaran diraja Melaka bersama ny.Dn diantara ny ada lh keris Taming Sari dn cap Mohor diraja.Baginda di bawa ke Perak oleh Tun Saaban,anak kpd Tun Perak utk di tabal kn menjadi Sultan Perak.Dlm perjalanan baginda ke Perak dr Kampar,kapal baginda telah di landa ribut.Seorang pembesar telah menyaran kn kepada baginda agar barangan2 yg ada di atas kapal itu di buang ke laut agar kapal itu tidak karam.Di antara barang2 itu ada lh mahkota utk Tengku Mahkota.Di sebab kn hal itu lh Negeri Perak tidak mempunyai Tengku Mahkota hingga ke hari ini.Tentang keris Taming Sari pula,ramai peminat keris mengata kn ia ada lh keris sial.Keris yg makan tuan.Taming Sari,Hang Jebat maut di hujung keris ini.Hang Tuah hampir menjadi mangsa.Dan Dewan Negara Perak pernah mencabar Nor Jan bin Tuah utk menunjuk kn Cap Mohor Diraja,utk membukti kn dia mewarisi takhta Kerajaan Melaka.Hingga ke hari ini cabaran itu tidak di sahut.Dn kebanyakan waris2 diraja tinggal di Kuala Kangsar,mcm mana pula dia boleh di lahir kn Teluk Perang,Parit,Perak.Mungkin datuk nenek ny pembesar istana tetapi bukan waris Kesultanan Melaka.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers