PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 20 January 2014

Anwar diusir Jepun: Desak penjelasan Wisma Putra

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Luar Negeri memberi penjelasan di sebalik sandiwara kerajaan yang didakwa mendalangi pengusiran beliau dari Jepun.

Anwar mendakwa kerajaan telah memberikan 'laporan terbaru' termasuk skandal kepada kerajaan Jepun hingga menghalang beliau daripada memasuki negara terbabit secara sah hari ini.

"Apa peranan Wisma Putra hingga menyebabkan saya terpaksa diusir dari Jepun.

"Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya meminta penjelasan, mereka akhirnya memberitahu saya bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan ini "kerana laporan terkini" mungkin pada lalu," katanya memetik kenyataannya dari akaun laman sosial Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Jepun yang menghalang beliau memasuki negara itu secara sah sekali gus menafikan haknya untuk mendapatkan perjalanan bebas tanpa sebarang halangan.

Tambah beliau, tindakan pihak berkuasa Jepun itu mengejutkannya kerana sebagai sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia, perkara tersebut tidak pernah berlaku dengan hanya alasan yang berasas dan lemah.

"Saya mengesyaki ada tangan tersembunyi yang mendalangi kemasukan saya ke Jepun.

"Sebelum ini saya telah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali pada 2006, 2009, dan 2012, namun kali ini dihalang pula," katanya.

Memetik kenyataannya lagi, Anwar telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi, hari ini dari Kuala Lumpur tetapi telah dihalang daripada memasukinya oleh pihak berkuasa imigresen Jepun.

Beliau kemudiannya diarah pihak berkuasa Jepun untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10.45 pagi, hari ini.//(sinarharian)
 

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Rakyat 52%'s avatar

Rakyat 52% · 583 weeks ago

Ini pasti angkara UMNO-BN atau macai-macai mereka. Kerana marahkan rakyat yang terkini menunjukkan ketidak puasan terhadap tindakan menangani masaalah kenaikan kos sara hidup maka untuk melepaskan geram adalah untuk memalukan pempimpin pembangkang betapa DSAI tidak di-itiraf dunia. Itu adalah perbuatan salah nasihat, makin diperlaku begitu akan menambah sokong rakyat kepada beliau kerana dia seorang pejuang yang mengambil berat tentang kesusahan rakyat. Bermacam masaalah dan dugaan ditempuhinya angkara UMNO-BN tetapi tetap berdiri teguh mendapat sokongan rakyat atas perjuangan beliau kerana dia jujur dan tidak mengambil kesempatan waktu berada dalam kerajan dulu. Apa-apa pun khayanat yang dibuat oleh UMNO-BN dan macai-macainya tidak akan berjaya walau dihukum bunuh sekali pun tuhan akan tetap melindungi dia dan rakyat yang dizalimi. Andai perkara ini berlaku kepada Najib jika berada didalam kerajaan dan sebagai pemimpin pembangkang mungkin dah lah terpendam hanya tinggal nama. Dia takkan merasa kesenangan apa yang di rasa sekarang. Ayoh turun dia dari memimpin negara ini, dia adalah pemimpin yang kurang cerdik. Bermulalah dari sekarang....berkempenlah untuk kesejestraan negara.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers