PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday, 10 October 2013

Guru: Waktu bekerja tak keruan, mesyuarat tak perlu

Suara rintihan atau isu  para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun tetapi sehingga kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan ada tindakan penyelesaian diambil tetapi ianya banyak yang bersifat ad hoc dan political. Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri misalnya tentang beban kerja guru tetapi penyelesiannya bukan mereka meringankan beban malah ditambahkan lagi beban  kerja hingga lebih berganda. Lebih ironi lagi ialah tidak ada satu badan atau kesatuan pun yang bertindak atau mewakili semua guru. Sebagai contoh NUTP dan  KGLM selaku kesatuan yang disertai oleh ramai guru hanya memperjuangkan guru-guru lepasan maktab sahaja. Oleh kerana projek pensiswazahan guru, maka lulusan maktab telah dinaikkan status mereka secara ‘magic’ dan automatic kepada siswazah. Laluan kenaikan pangkat bagi golongan  mereka lebih mudah dan pendek iaitu formula 8: 8: 5 berbanding dengan guru siswazah dengan formula ‘time-based’ 8: 8: 6: 3. Mereka juga berjaya’melangkah kepala’ guru-guru berijazah tulen walaupun yang ‘super senior’ dalam urusan kenaikan pangkat seperti menjadi GPK, pegawai di PPD, JPN, KPM  dan menjadi Pengetua. Lalu kesatuan-kesatuan ini terus menuntut keistimewaan mereka sebagai siswazah pula dengan ‘mengabaikan’ lulusan siswazah yang sebenar.




Terlalu banyak isu keguruan yang tidak selesai dan scenario ketidakadilan yang berlaku dalam profesion ini tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak secara pro aktif. Akibatnya golongan-golongan ini berterusan  teraniaya tanpa pembelaan. Kita ingin mengenengahkan beberapa isu yang berkaitan. Antaranya ialah masa kerja guru, beban kerja yang semakin bertambah, Pengetua/Guru Besar yang tidak kompeten, sistem kenaikan pangkat yang tidak adil, Kursus Upskilling guru, situasi tempat kerja yang tidak kondusif dan  kekurangan peralatan ICT dan ABM .



Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa kerjanya.  TIDAK ADA SATU PIHAK pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada November 2012 kerajaan telah mengumumkan  sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru dimana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia. Oleh kerana mendapat tentangan dari komponen Pakatan Rakyat dan dari Kesatuan Guru,  pada 28hb November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah membatalkan perlaksanaan sistem ini.  Sebagaimana kerajaan pernah mengumumkan penghapusan yuran sekolah  dalam bajet 2008, para ibubapa terpaksa membayar sejumlah wang yang berkali ganda dari jumlah yuran sekolah itu sendiri. Perkara yang sama berlaku pada masa kerja guru. Sebelum 2012, kebanyakan guru sekolah menengah harian biasanya balik pada jam 2.30 petang. Sejak awal 2012, terdapat pengetua yang mengarahkan guru bekerja sehingga jam 3 petang.  Malangnya guru hanya balik pada jam 3 petang Itu hanya untuk satu atau kadang-kadang 2 hari sahaja dalam seminggu. Selebihnya mereka pulang sehingga lewat jam 6.00 petang .  Di bawah ini dipaparkan jadual untuk menjelaskan pernyataan kami.



MASA KERJA GURU SELEPAS TAMAT WAKTU PERSEKOLAH  JAM  2.30 PM

Perkara

Hari
Aktiviti selepas tamat sesi  Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ) pada  2.30pm  dari Isnin hingga Khamis Waktu Nota
Isnin Mesyuarat  dengan Pengetua setiap  Isnin dengan agenda yang karut marut dan salahguna kuasa memaksa guru hadir hingga lewat petang.

3.00-5.00pm (atau 5.45 pm) Pembelajaran bermula pada jam 7.30 tapi guru datang seawal jam 7.00am
Selasa Kokurikulum (1 Sukan 1 Pelajar) @ Mesyuarat Guru. 3.00- 5.00pm Bergantung kepada sekolah. Ada sekolah yg melaksanakannya pada hari lain.
Rabu Kokurikulum  (Badan Beruniform @ Kelab dan Persatuan) 1.50pm – 3.30pm Ada sekolah melaksanakan nya pd 1.50 – 4.30pm
Khamis Mesyuarat hal ehwal sekolah seperti mesyuarat pantia, AJK kecil, koperasi dll 3.00 – 4.30 Hampir setiap minggu sehingga Oktober
Jumaat Perjumpaan dgn pelajar/kelas tambahan 3.00 – 4.00 Sekurang2nya 1 kali dalam sebulan.
Sabtu Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), Kelas Tambahan, Sukan, Gotong Royong, Aktiviti In-House Training, Taklimat, Perjumpaan dengan PPD @J PNP  dll. 8.00am  -12.00 @ 1.00pm Sekurang2nya 1 kali sebulan dan ada sekolah yang memaksa guru datang sehingga 3 kali sebulan.



Jadi secara puratanya guru bekerja selama  10 jam dari Isnin hingga Khamis. Ini belum diambilkira kerja yang dibawa pulang ke rumah. Kita boleh rumus sendiri dari jadual kerja bagi pengendalian PBS dalam jadual seterusnya.



Kesan-kesan kepada pertambahan waktu kerja antaranya ialah:



Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pada suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kepada guru dalam bentuk stress atau tension kerana beban kerja yang makin bertambah dan tekanan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri secara normal.



Guru terpaksa berbelanja lebih membayar kepada ‘baby sitter’ setinggi RM15 bagi setiap tambahan 1 jam selepas jam 3 petang sebagaimana hari-hari biasa.



Apabila pulang sama (malah lebih lewat) dari waktu pejabat, jalanraya yang sesak pada ‘peak hour’ menyebabkan guru lewat sampai ke rumah. Solat Asar dilakukan di penghujung waktu.



Oleh kerana kami tiba lewat ke rumah, rutin kehidupan di luar kami hampir musnah. Jogging, bawa anak makan angin petang, berkebun dan sebagainya sudah sukar untuk dilakukan.



Pengetua-pengetua  yang berkursus di Institut Aminudin Baki (IAB) seolah-olah di ‘brainwash’ oleh IAB agar melaksanakan perjumpaan satu hari dalam seminggu dengan guru-guru semata-mata mahu mendengar celoteh KATUN mereka yang membosankan dan tidak berfaedah. Ironinya perjumpaan ini mengambil masa sehingga 3 jam. Kandungan perjumpaan berkisar  sekadar mendengar motivasi dungu yang tidak bermutu dan meminta para guru berkongsi ilmu yang tidak kami minta dan hargai sama sekali. Perjumpaan/mesyuarat ini hanya boleh berakhir dalam masa 15 – 30 minit sahaja. Tetapi aduan  rakan-rakan dari sekolah-sekolah yang lain adalah senada iaitu pengetua banyak cakap merapu dan tidak ada  walaupun ‘basic skill’ dalam mengendalikan mesyuarat.Oleh itu para guru merasa tertekan duduk berjam-jam dalam mesyuarat.



Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula, guru memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan tugasan mereka setiap minggu. Ini tidak diambilkira masa yang digunakan oleh mereka dirumah. Di bawah ini adalah jadual masa kerja guru dalam  pengendalian PBS bagu satu (1) kelas. Seorang guru biasanya diberi dua (2) sehingga empat(4) kelas PBS.



PERUNTUKAN MASA GURU DALAM PENGURUSAN PBS BAGI SATU KELAS

(PURATA 30 PELAJAR)

Perkara


Menggubal/Menyiapkan/ Mengetip (stapler) dan Menyusun Soalan Menanda/Memeriksa soalan dan mengesahkan penglibatan pelajar dalam PBS( 10minit untuk setiap kertas/pelajar) Memasukkan Eviden Pelajar ke dalam fail Mendaftar /Key-In
Pencapaian Pelajar Ke dalam Sistem SPPBS
Masa 2 jam 30 x 10 = 300min / 5 jam 5minit x 30 = 150 minit / 2 jam 30 minit. Sepanjang 2012, kami mengambil masa sehingga 2 hari utk 1 kelas kerana capaian internet yang lemah.
Nota Jika guru itu mengajar 4 kelas, darabkan 30 org pelajar  (30x4 = 120 org  pelajar)



5. Kelemahan-kelemahan PBS yang tidak didedahkan ialah:



Kemudahan ICT sekolah amat mendukacitakan. Dalam sebuah sekolah yang purata bilangan gurunya ialah 80 orang, hanya ada dua(2) atau tiga (3) desktop sahaja. Oleh itu hampir SEMUA guru menggunakan laptop/harta mereka sendiri untuk menjalankan kerja kerajaan. Malangnya kerajaan sanggup bagi laptop percuma pada pelajar dan membiarkan guru dalam kerumitan mereka sendiri. Hanya profesion guru sahaja di mana mereka terlalu banyak menggunakan wang dan harta sendiri untuk buat kerja kerajaan.



Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan, mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna kad kredit atau hutang dan bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan.



Capaian internet/schoolnet yang amat lemah menyebabkan guru terpaksa guna streamyx atau broadband. Bayaran sebulan ialah dari RM48 hingga RM148 sebulan.



Peruntukan masa yang terlalu lama oleh guru untuk mendaftar pencapaian pelajar secara online (kerana capaian internet yang lemah) dan pengurusan PBS yang lainnya menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah. Sebagaimana yang pernah didedahkan dalam akhbar, kami terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS.



Kesan kepada situasi ini ialah terjejasnya sistem rumahtangga dan  hubungan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran. Masa yang selama ini dihargai dengan membelai anak-anak sudah berkurangan dan berlaku pertelingkahan suami isteri kerana  isteri (guru) terpaksa tidur lewat dan  mengabaikan anak/suami kerana PBS.



Kami pernah menghantar email kepada pihak Kementerian dan NUTP tetapi respon mereka sekadar menyiasat sahaja dan tiada tindakan. Nampaknya seolah-olah ada agenda yang tersirat dari KPM yang memang berhasrat untuk melaksanakan sistem kerja 9 jam secara senyap-senyap. Malangnya tidak ada mana-mana badan yang berani menyuarakan keadaan ini.  Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak tuan dapat melakukan sesuatu bagi kebaikan semua guru yang selama ini tidak mendapat perhatian serius dari pihak yang berkenaan.

- Guru Kuantan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers