PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 18 September 2013

Guru disiplin ditahan disyaki cabul pelajar

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Seorang guru disiplin sebuah sekolah rendah di ibu negara ditahan Sabtu lepas kerana dipercayai mencabul bekas pelajarnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, guru lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di rumahnya, di Bandar Baru Sentul berikutan laporan polis yang buat oleh pelajar berumur 13 tahun itu Jumaat lepas.

Pelajar berkenaan mendakwa bapa kepada dua orang anak itu telah mencabul kehormatannya sejak tahun lepas, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kejadian terbaharu berlaku Jumaat lepas apabila pelajar itu dipanggil oleh guru berkenaan supaya membantunya. Pelajar itu lari ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan.

Khairy berkata, guru itu kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
PARAH!!! Pertama, jika kes yang didakwa ini benar. Maka kasihan bekas pelajar ini jadi mangsa. KEDUA, parah jika dakwaan ini sengaja diada-adakan oleh bekas pelajar "nakal yang ingin membalas dendam." --- Perkara ini pernah berlaku beberapa kali di mana terbit dalam TV dan akhbar beberapa guru disiplin menghadapi dakwaan yang lebih kurang sama. Mejadi riuh seluruh rakyat! Orang ramai marah! Berita hangat2 selagi mampu menjana rating dan income pihak penerbit. Akhirnya, kita dapati mahkamah MEMUTUSKAN dakwaan TIDAK BENAR dan ada yang dibebaskan. --- Setelah masyarakat memaki hamun, kemudian semua tutup mulut membisu, seolah2 tidak ada apa2 yg berlaku. Hahahahahahaha..! Itulah delima masyarakat kita cepat menghukum sebelum mahkamah menghukum. Apa kamu tidak rasa apa yang dihadapi oleh isteri, anak-anaknya? Pernahkah setelah kamu marah dan umpat, kemudian mahkamah bebaskan, kemudiaanya kamu minta maaf kepada mereka? PENGAJARAN: JANGAN CEPAT MENGHUKUM DAN MENJATUHKAN AIR MUKA/MARUAH ORANG SESEDAP MULUT. Tunggulah keputusan mahkamah... Kita perlu berdoa dan berusaha bersama2 agar perkara-perkara seumpama itu (mencabul para perempuan/lelaki...) tidak berlaku lagi dalam masyarakat manusia!

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers