PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 23 August 2013

Kami bukan samseng: Pekida

RENEK -  Masyarakat diminta menghentikan tanggapan bahawa Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) merupakan satu pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan samseng atau kaki pukul.

Pengerusi Pekida Besut dan Setiu, Mohd Nor Jusoh berkata, pihaknya akui antara isu paling besar adalah mengikis tanggapan serong masyarakat yang mengatakan Pekida ada kaitan dengan kongsi gelap.

Menurutnya, tanggapan negatif itu ternyata merosakkan imej Pekida sekali gus menutup kebaikan dan tujuan sebenar penubuhan pertubuhan itu.

“Sebenarnya kes pergaduhan, pukul dan jenayah dilakukan individu dan pihak tertentu yang menggunakan nama Pekida termasuk di Besut atau Setiu malah di negeri ini.

“Tetapi apabila kita semak, sebenarnya mereka ini langsung bukan ahli Pekida sebaliknya menggunakan nama pertubuhan ini, malah setiap ahli Pekida mempunyai kad ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program meraikan anak yatim dan ibu tunggal Besut dan Setiu di pekarangan rumah Ayahanda Pekida Besut, Aziz Muda di sini yang disempurnakan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Nor berkata lagi, kebanyakan individu terbabit hanya menyamar sebagai ahli Pekida untuk kepentingan tertentu sedang Pekida tidak kebal undang-undang kerana mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Namun katanya, ahli Pekida sejati terdiri Adik Beradik, Abang Long dan Kak Long tidak akan melakukan kesalahan kerana ketika menjadi ahli, mereka telah berikrar rela menerima hukuman oleh pertubuhan sekiranya melakukan kesalahan.

Sementara itu, Mohd Iskandar mengingatkan agar perpaduan dalam kalangan ahli Pekida perlu tetap diperkukuhkan selain menjaga nama baik Pekida selaras dengan tujuannya untuk mempertahan agama, bangsa dan tanah air. (sinar)

10 comments:

  1. Pukida klu bukan samseng genster apa lagi? Setan iblis laknatullah ke? Pukida semuanya seluruh negara memang setan genster. Klu nak katok ore panggil gu ramai2 penakut. Klu kena ngan kawe kawe cincang lumat2 pukida ni drp ayanhanda along angah dll kawe kencing kat muko demo.

    ReplyDelete
  2. "Mohd Nor berkata lagi, kebanyakan individu terbabit hanya menyamar sebagai ahli Pekida untuk kepentingan tertentu" - Izinkan aku gelak guling2 sampai terkencing dengan kenyataan mamat ni. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........................

    ReplyDelete
  3. kalau awak nak nampak lagi apa yang awak tak dapat lihat, awak lihatlah diri awak.. cukuplah, dari menunjukkan yang awk sama seperti ahli-ahli yang sedang dalam proses pemulihan.. sy lihat awak sama seperti itu, bahkan.. awak lebih menghina diri awak sendiri.. itu matlamat kami dan xpernah tersasar.. dengan itu, makin ramailah yang kami dapat lihat dan perbetulkan..

    tpi xsemestinya awak tahu semuanya.. dan awak faham apa maksud sy yang sebenar.. kalau betollah awak dipihak yang benar.. awak akan diam dan tersenyum.. dan memohonlah agar Allah memberi awak fikiran dan hati yang bersih..

    barulah awak akan nampak dan faham segalanya..
    sy bukan sape-sape.. Hamba Allah juga seperti awak-awak sekalian.. bersabarlah ye, selagi pintu hati awak tak terbuka.. selagi awak tak berniat untuk sesuatu yang baik, selagi masih ada hitam dihati, awak adalah seperti mereka yang awak lihat.. apa yang awk lihat tentang sesuatu itu.. sadarlah! itulah diri awak..

    mungkin kita hidup satu dunia.. tpi adakah sama :D fikir-fikirlah selagi angin masih dalam pelukkan.. selagi awan menjadi pelindungan, selagi tanah menjadi alas.. awak masih berguna..

    ReplyDelete
  4. Anon 07.27. Usaha hang bagus itu cuma di besut je lah. Tahniah lah. Tapi yg musykilnya dimana2 aje pekida di malaysia ni adalah ganas kurang ajar biadap dgn sesiapa saja. Belum lagi dijumpai yg warak solat dan bercakap dgn gaya bahasa yg sopan santun. Terutama di KL pekida ahli2nya klu kita tengok macam mat kutu berahak minum arak berjudi pergi ketempat pelacuran dan kaki pukul orang. Tak tahulah apa cara agaknya kita nak dakwah mereka. Saya sendiri cuba mendekati mereka selama bertahun2 namun malangnya saya dan isteri dibelasah sehingga cedera. Saya repot polis tapi sampai sekarang ni takde tindakan. Walaupun begitu saya tetap berhemah dan berbaik kpd mereka dgn cara yg paling lembut dan bijaksana. Tetapi sayang agaknya Allah swt belum membuka hidayat kpd mereka. Wal hasil pekida ni apa yg saya dapat rumuskan di KL ni bhw pekida adalah samseng2 umno yg setiap hari menerima upah untuk melakukan kejahatan. Setakat ini saya belum lagi berjumpa pekida yg baik. Apa yg tua cakapkan itu, seolah2 mendoakan anon yg diatas agar jadi seperti macam pekida saya rasa tuan tersilap sebab anon tersebut telah mungkin kena macam2 kejahatan drp pekida sebab itu anon tersebut terlalu emosi dan kita janganlah hendaknya menuduh anon tersebut seperti pekida. Tuan seharusnya lebih mendalam dan bijaksana dalam mengatur percakapan. Maaf dari hamba Allah KL.

    ReplyDelete
  5. ahli pekida ada kad..ada jugak yg angkat sumpah bai'ah dan xdak kad..itu masuk 3 line kot...tp ada ja yg masukkn dan ngaku jadi ahli pekida walau xdak kad...tp apa beza 3 line dan pekida?? sumpah sama kan??

    ReplyDelete
  6. Amboi bahasa org atas2 mengomen.. Mcm takk pernah sekolah. Assalamualaikum.. Tumpang tanya. Brapa syaratt umo ahli pekida? Takk salah saya, 18tahun ke atas kan. Sebab ada seorang budakk nyh mengaku dya ahli pekida (dalam facebook) sedang sekolah pun belum habis lagi.. Nama facebook beliau, Angah Flicky.. Klaw benar syarat 18tahun keatas, mohon siasat motif budak tuh menipu. *Hamba Allah Bayan Lepas Pulau Pinang*

    ReplyDelete
  7. Pekida dan 3 line sama je. 3 line itulah pekida dan pukida tulah 3 line sebab samsengnya sama je. Jahat dan kejamnya sama je.

    ReplyDelete
  8. kalu dah busuk sgt nama pekida, tukar je nama geng surau/ masji cawangan sekian-sekian. yg nk buat jahat guna nama geng surau tentu tak tergamak. lg2 yg jenis tak solat apatah lagi solat di masjid/ surau

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers