PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 3 August 2013

Awas Mazhab Kristian Yang ‘Mirip’ Islam

 
christian ortodox indonesia_billyinfo2
Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian.

Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku’ dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa’atul awwal (fajar/shubuh), sa’atuts tsalis (dhuha), sa’atus sadis (dhuhur), sa’atut tis’ah (ashar), sa’atul ghurub (maghrib), sa’atun naum (Isya’), dan sa’atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.
christian-ortodox-indonesia
Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin – Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma’at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu per sepuluh dari pendapatan.

Sumber : Amekaw

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Bhai Hangit...

Mereka dengan cara mereka.. Kita dengan cara kita,... Allah Taala akan menghisab kita semua mengikut amalan masing- masing.... Mereka dengan syariat mereka... dan kita dengan syariat kita.... akan dihisab mengikut syariat dan amalan kita.... Semuanya didalam pengetahuan Allah Taala...
Solat bukan berasal daripada Muhammad, tetapi telah diperintahkan kepada Nabi Ibrahim dan seterusnya hingga sekarang. Nabi Syuib juga solat, bagaimana pula solatnya? Persamaan antara islam dan Kristian/ nasara/ ahli kitab memang terdapat dalam quran iaitu sujud dan rukuk'. tentang puasa, Allah telah mewajibkan kepada orang beriman supaya berpuasa sebagaimana orang-orang dahulu telah diwajibkan berpuasa. Perbezaan bukan bererti melanggar perintah Allah.
BUATLAH APA AGAMA BARU MACAM MANA PUN ASAL JANGAN KAMU BANGKANG AMERIKA SUDAH... ITULAH KEHENDAK KAFIR AMERIKA INI.......
nabi kristian asalnya islam.dalam injil ada di beritahu akan dtg akan muncul seorang rasul ( nabi mohamad).tapi bila nabi mohamad muncul dorang tdk mengikutinya.dorang ni kiranya adalah golongan yg engkar...injil skrg dah byk di ubah.kristian skrg dah byk di ubah jga...
bukan nabi kristain tapi agama kristian...pembetulan

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers