Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama
Nasib insan bergelar guru kerana terlampau ingin melihat muridnya berjaya semoga bila dewasa dapat membantu ibu bapa .
ReplyDeleteperent jenis mcm ni la yg buat anak jadi setan.. aku dulu bapak anta gi sekolah, bapak aku siap bekalkan cekgu sebatang rotan..
Deletesiap pesan lagi kat cekgu, kalau malas, degil, lawan guru, rotan saja anak aku..
satu soalan kepada perent jenis mcm ni.."guru mana yg sanggup denda anak murid yg baik?"
Owh ye ke? Komen aku ni ditujukan pada segelintir guru... bukan semua tau..
ReplyDeletedulu bila aku "terlupa" bawa buku sekolah, cikgu bahasakan aku... dia cakap.. Nenek hang baca buku kat umah ke? atau atuk hang baca kat umah?..
Bila baru2 ni ada cikgu tertinggal anak dalam keta sampai anak mati kelemasan sebab terlupa camne pulak tu.... sapa nak bahasakan dia?
Bila anak murid Berjaya... cikgu kembang kempis hidung sebab diorang ingat macamlah semua hasil dari didikan dan bimbingan guru.. tapi bila murid x bijak atau x Berjaya semua salah murid dan mak bapak..
Duhai guru2..
Untuk jadi guru kena terima kelebihan dan kekurangan eeorang murid.. Doa kena selalu.. sikap memotivasi kena ada..
Jangan ingat cukup bulan nak ambil gaji je..
Banyak faktor membuatkan cikgu bertindak macam nie.....kesabaran cikgu di sekolah berhari-hari, berbulan malah bertahun-tahun melayan karenah budak yang bermacam ragam sapa yang tahu....bila sekali cikgu bertindak kecoh la semuanya mengutuk cikgu......nak tanyala knapa di sekolah cikgu boleh tegaskan supaya murid perempuan memakai tudung tapi di rumah ibu bapa tak boleh pon menegur cara anak berpakaian....kes budak ni mesti dah lama sangat x buat kje sekolah...x boleh tolong tengok ke anak tu...
DeleteSaya setuju sangat dengan pendapat Anonymous31 July 2013 23:57. Memang sepatutnya guru-guru jangan marah murid atau ambil tindakan apa-apa pun pada murid yang malas. Patutnya dibiarkan sahaja. Yang penting kita dapat gaji. Kalau pandai pun nanti ibu bapa murid akan kata sebab merekalah anak-anak berjaya dan bukan usaha guru-guru. Kementerian Pelajaran pun memang hebat, kalau murid lemah dalam pelajaran salah guru, murid malas pun salah guru,murid runtuh moral dan akhlak pun salah guru. pengajarannya ajar setakat perlu sahaja. tak perlu lebih-lebih. yang penting ingat, susah payah kena tanggung sendiri.
Deleteaku pun sokong Anonymous31..cikgu kan ajar murid 'xramai'..biar jela budak tu xbuat keje.. nanti pandai la budak tu nanti.. parents plak mmg ptt sokong anak gitu, biar jadi lagi malas.. parents zaman2 dulu siap bagi pesanan kat cikgu kalau anak malas, pukul je..
DeleteIni kes pelajar yang berjaya ke????Kalau kerja uniform tak bawa senjata waktu operasi macam mana pulak?? Ini disiplin dalam diri sendiri.. Kalau kamu kerja syarikat buat roket jet ke.. sekali silap terus kena pecat. Ini reliti. Jangan banyak fantasi. Ini antara sebab melayu jadi kurang maju.Insaflah..Lagi pun hidup kena teliti macam produk roket, jet, senjata kimia dan satelit. Pasti akan maju. Maaf bro.
DeleteHaah Iyalah. Mai masuk sekolah, mengajar. Tak payah lama la. Seminggu cukup. Boleh rasa betapa bestnya jadi cikgu zaman sekarang.
Deletesuruh si ayah yg buat lapuran polis tu jadi guru kejap, baru dia tahu langit tinggi rendah. aku dulu kalau kena rotan dgn cikgu, tak berani nak beritahu ayah , sebab kalau dia tahu aku kena rotan lagi teruk dgn ayah. terima kasih cik gu yg mendidik saya jadi orang.
ReplyDeleteguru guru hari ini nak semua anak anak murid berjaya..dah jadi macam pertandingan antara sekolah pula.. wahai guru guru, ajar lah apa yang patut, kalau nak rotan, rotan patut patut lah, dan guru guru kena ingat kalau semua pelajar cerdik dan pandai, suatu hari nanti siapa kah yang bakal memandu lori,nelayan,pekerja binaan, pelayan restoran dsbgnya. nak panggil Bangla,Myanmar dan indonesia ke?
ReplyDeleteMendidik bukan sekadar meningkatkan potensi IQ tapi juga emosi dan rohani. Gagal siapkan kerja sekolah bukanlah sebab pelajar itu bodoh atau lembap, tapi sikap malas dan x berusaha mencari jawapan dan memahami subjek. Mental lemah kerana awal2 lg sdh mengalah. Guru marah........dah merajuk walhal bila bekerja nnt majikan maki lagi teruk bahasanya.
ReplyDeleteTak buat kerja sekolah memang patut kena rotan
ReplyDeleteAku pun bekas guru. Memang penat jadi guru ni, tambah pula sekarang kerenah murid2 lagi mencabar. Tapi tindakan guru ini menghalau muridnya dari kelas, malah menyuruhnya bertukar sekolah adalah amat salah dan tidak beretika.Ada banyak cara mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah, tapi tidak sampai menghalaunya dari kelas atau sekolah! Apa lagi dia seorang murid perempuan.Tambahan lagi ini bulan puasa, murid terebut mungkin letih, mengantuk dan sebagainya.Atau adakah yang bermasaalah di sini sebenarnya ialah guru tersebut?
ReplyDeleteKita sebagai guru payah, kalau baik sangat bagi satu soalan untuk cuti tiga pelajar tak buat, kalau dah tak buat latihan macam mana nak mahir, kepada penjaga mengapa bangga sangat dapat buat report kepada polis, kenapa tak pergi bincang baik-baik setiap maslah ada jalan penyelesian
ReplyDeleteIni baru tak buat kerja sekolah..kalau tak buat kerja waktu bekerja kelak..akan kena buang lah..ibubapa kena fikir kedepan 20 tahun.kalau tak buat kerja Tuhan cikgu mana pulak nak marah?????
ReplyDeletekenapa guru cepat melenting?
ReplyDeletesuka marah, suka rotan? suka ejek bebudak ..
nak tau jawaban?
sebab guru ni BODOH SOMBONG !
berani dgn budak kecik (umur 12 thn ke bawah).
kenapa tak berani marah kpd pelajar tingkatan 1... takut ya?
Dasar kacang lupakan kulit bila dah berjaya lupakan jasa guru yang mengajar ENGKAU hingga berjaya. Eloklah tu. Sebab emak bapak kau yang ajar agaknya.
DeleteKepada guru-guru ajarlah ikut silibus sahaja, masalah disiplin biarkan emak bapak mereka yang tentukan sebab anak-anak sekarang tidak boleh disentuh. Bangga dengan laporan polis. Sepatutnya guru-guru di sekolah bersatu, menyokong rakan-rakan yang terkena. Boikot pelajar yang dimanjakan bapak mereka.
Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti berikut:
ReplyDeletei. meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama;
ii. mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak;
iii. menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing;
iv. melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi;
v. menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak;
vi. meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan
vii. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak.
Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.
Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.
Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
Semasa di sekolah dulu, aku puas kena rotan, dipunggung, tapak tangan, kena junjung kerusi berjalan keliling padang,kena maki, kena halau balik kerana kenakalan dan kedegilan aku. Tapi kini aku bergaji RM 22000 ++..Terima kasih cikgu...terima kasih ayah dan ibu. Kalau terlalu manjakan anak tak payah hantar ke sekolah...ajar je sendiri.
ReplyDeletepandainya korang ni komplen,itu ini begitu begini,...korang semua ni tahu ke apa masalah budak tu sebenarnya..apa sebab dia tak siap kerja sekolah, budak tu tak siap kerja sekolah... bukan tak buat kerja sekolah ..(ada 2 maksud ya.. tak siap maknanya dia buat tapi tak siap.dia ada buat kerja tapi tak selesai sekurang-kurangnya dia cuba buat apa yang dia tahu ... itu yang aku cuba faham dari apa yang aku baca ni...kalau aku salah faham tolong betulkan ..tak buat maknanya memang tak buat langsung)pemikiran budak sekolah tak sama seperti pemikiran cikgu yang sudah dewasa dan jangan letakkan pemikiran budak sama tarafnya seperti pemikiran orang dewasa..namapun budak memang banyak kerenahnya...kita yang dewasa ni janganlah jadi budak-budak..bagi komen tanpa tahu keadaan yang sebenarnya..bukan hanya orang dewasa aje yang ada masalah...kanak-kanak sekolah pun ada masalah juga...cari punca masalah budak tu dulu nanti baru komen...ok geng
ReplyDeletelisten listen listen listen ......ikan pun ada masalah, kucing pun ada masalah, ayam pun ada masalah......semua pun ada masalah...... yg baiknya ialah bincang secara baiklah....dok report polis polis ni rasanya teruja nak fames..... lepas ni yg rugi anak coz cikgu mana pun dah tak mau kisahkan dia dah....coz cakap lebey lebey nanti report merata....suruh bapaknya n maknya ajerle.....bolan pose ni ramai yg tak sabar.....coz lapar kot....
DeleteCikgu, murid, mak bapak dan kita semua. Inilah hasil sistem pendidikan negara yg dh merdeka lebih 50 tahun....
ReplyDeleteAKU MASA DOK ASRAMA DULU SAMPAI MELELEH DARAH KENA ROTAN DENGAN USTAZ KAT BETIS HANYA KERANA NGELAT TAK PEGI STUDY LEPAS ISYAK,AKU TAK KECOH PUN,KALO AKU REPOT KT BAPAK AKU PN DIA AKAN KATA USTAZ TU YG BETUL,DULU LAIN,SIKALANG LAIN,NAK BUAT CAMNERR
ReplyDeleteBuatlah kerja cik gu...jgn peduli ngan mak bapak yg hipokrik ni...myampah aku....mcmana ank nk jd baik klau mak bapak prangai mcm ni....suruh dia mngajar sendirila mudah...x pyh pukul ank...
ReplyDeleteMengada2 lah bapak dia tu pun. bodoh
ReplyDelete