Saudara Pengarang,
SAYA
adalah kakitangan Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd. Surat terbuka ini saya
tujukan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Bos saya, Azman Awaldin bersama
rakan kongsi beliau Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah
mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.
Tidak ada apa-apa
yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi
cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju
untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan.
Logiknya
kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan
hatinya ingin tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun.
Tetapi
apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di'handpicked
directly' oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak
dan Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak
percetakan manifesto BN ini kepada Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd.
Bukan
setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan Ketua Pengarang Utusan Melayu
yang sekarang ini merupakan Pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau
NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana
Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini
kepada Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd.
Dan
di pejabat PM pula juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang
terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai
kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di 'inner circle' PM dan
apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai
kata-kata PM.
Maka terjadilah sandiwara buku Manifesto BN ini.
Saya
hanya menyedari perkara ini kerana baru-baru ini saya diminta oleh bos
saya untuk menyiapkan tuntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana
kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya,
syarikat kami tidak ada lesen percetakan yang diluluskan oleh KDN.
Zeal
Hitech Solution Sdn. Bhd. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta
naskah yang dicetak. Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah
RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10
juta.
Seperkara
lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di
ibu pejabat UMNO sehinggakan kunco-kunco Dato’ Raof ini berupaya membeli
rumah tunai dan 'renovate' rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda
harga rumah berkenaan.
Sila
dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali.
Apakah mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta?
Soalan saya,
1.
Kenapa Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd mendapat kontrak tersebut tanpa
pun ada lesen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?
2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara 'direct' dari UMNO?
3.
Siapa sebenarnya di belakang Zeal Hitech Solution Sdn. Bhd sehingga
berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?
4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu?
Ini merupakan satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri.
Mereka
yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar
makan padi’. Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting
dalam lipatan dan musuh dalam selimut.
Surat
ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan
Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB Perdana Menteri. Semua
penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P.
Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.
Sekian, terima kasih
HAMBA ALLAH ANTI RASUAH