PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday, 6 June 2013

KONSPIRASI KOTOR JPN DAN SPR TERBONGKAR?

Saudara Pengarang,

BAYANGKAN diri saya sendiri, seorang Peguam. SPR boleh pindahkan tempat pengundian saya tanpa persetujuan atau tandatangan saya. Apa tah lagi rakyat biasa yang terpaksa berhadapaan dengan taktik kotor dan liar SPR.

Saya terpaksa membuat bantahan dan menunggu berbulan lamanya dan serta memberi amaran keras kepada SPR barulah status dan tempat pengundian saya dikembalikan dari Kg Segangan DUN Tungku, Parlimen Silam ke Daerah Mengundi Kg Pinawantai, DUN Matunggong, Parlimen Kota Marudu.


Bagaimana dengan orang kampung di kawasan terpencil atau pedalaman seperti di Marak-Parak, Kota Marudu dan kawasan terpencil? Saya tidak boleh bayangkan kesusahan mereka turun naik pejabat SPR hanya untuk urusan membetulkan atau mengembalikan status pengundian mereka. Sudah pastinya duit BR1M RM500 pun tidak cukup untuk tambang.


Saya tidak dapat terima langsung alasan mereka (SPR) yang mengatakan tindakan mereka memindahkan tempat pengundian saya berdasarkan maklumat Entry/Status MASTAUTIN dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Apa pula prosedur yang JPN gunakan untuk menentukan status 'Mastautin' seseorang sehingga begitu mudah dimanipulasi seperti kes saya; kononnya bermastautin di Kg Segangan, DUN Tungku, Lahad Datu. Bila pula saya BERMASTAUTIN di Kampung tersebut?


Pijakpun tidak pernah, apalagi bermastautin? Ketara betul JPN dan SPR suka-suka sahaja 'letak' dan 'pindah' tempat bermastautin pemilih berdaftar dan SPR buat kerja kotor berdasarkan status mastautin dari JPN. Bukankah ini konspirasi kotor?

Salam Hormat,



ADUN Matunggong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers