CABAR.....Tengku
Razaleigh mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam
pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup
untuk layak.
Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA
LUMPUR : Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari
Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran
Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka
kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit
dalam Pilihan Raya 2013.
The Malaysian
Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan
Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi
turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa
kepada mereka selepas menang.
“Ahli
Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan
langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata
sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera
raja itu.
Ahli-ahli
Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini
selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN
mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak,
menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222
jumlah kerusi di Parlimen.
Bagaimanapun,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan
menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur,
menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil
walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya
MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka
mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib –
yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana
Menteri.
“Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka.
“Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka,” tambah sumber itu.
Putera
raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam
pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup
untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri
dalam kerajaan BN.
Beliau
mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk
mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya.
Satu
lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang
terbaru untuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi
mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
“Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya,” tambah beliau.
Umno
memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat
sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan
parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi “bilik perang”, dan
membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar
jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka.
“Ahli-ahli
Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi
tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk
menzahirkan kekecewaan mereka.
“Atau
mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun
menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa,” tambah sumber tersebut.
Sumber
itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh
tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen
bermula pada 24 Jun.
“Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, “katanya.
-sabahkini.net