KUALA
LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih
ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini
dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen
bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu
telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf
di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam
Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul
diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan
tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan
untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh
menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat
tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada
pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya
mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140
dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi
Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon
gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon
kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk
jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku
Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi
Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang
penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi
buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha
politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal
bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai
menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa
ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka
layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak
berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi
membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada
di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika
Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak,
menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222
jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan
timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti
seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang
empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli
Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam
pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di
Jabatan Perdana Menteri./~TMI