PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Friday, 21 June 2013

PARAH DITEMBAK SEKUMPULAN PEROMPAK BERTOPENG DI SEMPORNA, SABAH.

SEMPORNA: Seorang nelayan cedera parah setelah ditembak sekumpulan perompak bertopeng yang bersenjata api dalam satu kejadian di perairan Pulau Larapan, dekat sini awal pagi kelmarin.


Mangsa, lelaki tempatan dikenali sebagai Hani Sarabati, 27, dari Kampung Bangau-Bangau, keluar memancing bersama anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sebelum bot mereka dihampiri tiga lelaki bertopeng.


Difahamkan, mangsa cedera parah di bahagian dada kirinya akibat terkena tembakan perompak terbabit sementara anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi.



Ketua Polis Semporna, Deputi Superitendan Mohd Firdaus Abdullah, berkata dalam kejadian itu mangsa bersama anaknya telah keluar memancing di perairan terbabit dengan menaiki sebuah bot berkuasa enjin 15 kuasa kuda.



Tidak beberapa lama kemudian, sebuah bot tanpa enjin yang dinaiki tiga lelaki bertopeng dan dipercayai bersenjata api secara tiba-tiba menghampiri bot mangsa.



“Hasil siasatan awal, bot mangsa telah dihampiri oleh sekumpulan lelaki yang bertopeng lalu mengarahkan mangsa membuka enjin di botnya, namun mangsa memberi alasan tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mempunyai peralatan,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.



Berikutan itu, seorang daripada suspek telah bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa sehingga terkena bahagian bawah rusuk sebelah kiri mangsa.



Menurut Firdaus, mangsa yang dalam kesakitan kemudian bertindak menghidupkan enjin botnya sebelum melarikan diri bersama anaknya.



“Bot dinaiki suspek gagal mengejar bot mangsa yang berjaya melarikan diri dengan pulang ke rumahnya sebelum mendapatkan bantuan ahli keluarga,” katanya.



Beliau berkata, mangsa kemudiannya digegaskan ke Hospital Semporna sebelum dipindahkan ke Hospital Tawau bagi menerima rawatan lanjut berikutan kecederaan itu.



Katanya lagi, maklumat awal daripada pihak hospital mendapati kesan tembakan di rusuk kiri mangsa adalah sebesar 1.5 sentimeter.



“Kita percaya mangsa cuba dirompak oleh kumpulan lelaki terbabit berdasarkan keadaan suspek yang bertopeng dan memiliki senjata api.



“Buat masa ini, siasatan masih dijalankan untuk mengesan sama ada kumpulan terbabit adalah warga asing ataupun penduduk tempatan,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Firdaus turut menegaskan bahawa insiden terbabit tidak berkaitan dengan kumpulan pengganas yang menceroboh daerah Lahad Datu sekitar Mac lepas. (UB)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers