Para ulama Usul Al-Fiqh menyatakan kaedah berikut, “Seseorang itu tidak
boleh membuat keputusan atas sesuatu melainkan dia mempunyai
pengetahuan yang jelas tentangnya”. Berdasarkan kepada kaedah ini,
adalah tidak bermakna untuk kita menghukum Syiah melainkan jika kita
mempunyai pengetahuan yang jelas tentang mereka. Ianya juga tidak
bermakna untuk kita membuat penyesuaian antara pendapat Sunni dan Syiah
tanpa mengenali sifat dasar kedua-dua aliran tersebut. Begitu juga,
memang tidak masuk akal untuk menerima atau menolak perbincangan
tentang Syiah tanpa mengetahui hakikat sebenar sesuatu isu, sejauh mana
tahap bahayanya, di mana kedudukannya dalam senarai keutamaan kita dan
hubungannya dengan pelbagai faktor perubahan yang melanda Ummah.
Pendeknya,
sebelum kita mengkritik penentang atau penyokong Syiah, terlebih
dahulu kita perlu memahami siapakah pengikut Syiah, apakah asal-usul
mereka, apakah latarbelakang tauhid dan fekah mereka, bagaimanakah
sejarah mereka, apa hakikat sebenar mereka dan apakah tujuan dan
cita-cita mereka. Hanya selepas membuat kajian ini, barulah kita boleh
mengeluarkan pendapat kita tentang apa yang akan berlaku, terutamanya
bila kita mengetahui berapa ramai yang telah menukar kepercayaan yang
telah dipegang selama ini apabila disajikan dengan maklumat yang mantap
dan pandangan yang jelas.
Siapakah Syiah?
Isu
ini bukannya semata-mata tentang mereka yang tinggal dalam sebuah
negara dan bertelagah dengan negara-negara jirannya. Tetapi ia
sebenarnya melibatkan isu latarbelakang tauhid, sejarah dan fekah yang
perlu dirujuk.
Ramai ahli sejarah berbeza pendapat tentang bagaimana sebenarnya Syiah bermula.
Apa
yang sering diceritakan oleh massa bahawa Syiah adalah mereka yang
menyokong `Ali bin Abu Talib semasa zaman khalifah Mu`awiyah bin Abu
Sufyan. Sehubungan dengan itu, sesiapa sahaja yang menyokong `Ali bin
Abu Talib adalah Syiah sementara yang menyokong Mu`awiyah adalah Sunni.
Pandangan seperti ini memang tidak pernah diterima oleh sesiapa pun.
Lagipun, Sunni percaya bahawa persengketaan yang wujud antara dua
Sahabat yang mulia itu melibatkan penggunaan Ijtihad yang lebih tepat
oleh `Ali berbanding Mu`awiyah. Jadi, Sunni memang mempunyai pandangan
yang menyebelahi `Ali. Lagipun dogma, doktrin dan ideologi yang
dipegang pengikut Syiah berbeza dengan apa yang dipegang oleh `Ali bin
Abu Talib. Oleh itu, adalah tidak tepat untuk mengatakan Syiah muncul
sewaktu era tersebut.
Beberapa orang ahli sejarah mengatakan
Syiah muncul selepas Al-Hussein mati syahid. Pendapat ini lebih logik.
Sebenarnya, Al-Hussein melancarkan pemberontakan menentang pemerintahan
Yazid bin Mu`aweiyah di mana beliau telah berangkat ke Iraq selepas
pengikut-pengikutnya di sana berjanji untuk menyokongnya. Malangnya,
mereka tidak menepati janji ketika saat-saat kritikal sehingga membawa
kepada kesyahidan Al-Hussein di Karbala. Kelompok pengikut yang
menjemputnya dan kemudian gagal mempertahankan beliau berasa menyesal
dengan kejadian itu dan memutuskan untuk menebus dosa mereka dengan
melancarkan pemberontakan menentang kerajaan Bani Umayyah. Ramai di
kalangan mereka yang mengambil tindakan itu terbunuh dan berikutan itu,
digelar Syiah. Ini mungkin menjelaskan kepada kita kenapa Syiah lebih
hampir kepada Al-Hussein bin `Ali berbanding `Ali bin Abu Talib sendiri.
Mereka juga memperingati ulangtahun kesyahidan Al-Hussein tetapi tidak
pula untuk `Ali bin Abu Talib.
Bagaimanapun, kumpulan ini
bangkit sebagai satu gerakan politik yang menentang pemerintahan
dinasti Bani Umayyah dan menyokong semua gerakan pemberontakan terhadap
kerajaan. Pada ketika itu, mereka tidak mempunyai pegangan yang
berbeza dengan Sunni dalam prinsip-prinsip tauhid atau fekah. Malah
kita juga akan mendapati bahawa pemimpin-pemimpin terdahulu yang
dianggap oleh pengikut Syiah sebagai Imam Syiah terawal mereka adalah
sebenarnya dari kalangan Sunni yang berpegang kepada doktrin dan
prinsip Sunni.
Syiah Zaidiyyah
Situasi
kekal stabil selama beberapa bulan selepas kesyahidan Al-Hussein. Pada
masa ini jugalah hidupnya `Ali Zainul-`Abdin bin Al- Hussein iaitu salah
seorang yang berakhlak mulia dan bertaraf ulama yang hebat. Tidak ada
satu riwayat pun yang mengatakan beliau mempunyai kepercayaan atau
ideologi yang berbeza dengan Sahabat-Sahabat dan generasi terdahulu.
`Ali
Zainul-`Abdin mempunyai dua anak lelaki yang mempunyai tahap ketaatan
tinggi dan berkeperibadian mulia, iaitu, Mohammed Al-Baqir and Zaid,
kedua-duanya mempunyai kepercayaan yang sama dengan ulama Sunni
termasuklah para Sahabat dan Tabi’in. Bagaimanapun, Zaid bin `Ali
mempunyai pandangan yang berbeza apabila berpendapat `Ali bin Abu Talib
lebih layak diangkat sebagai khalifah berbanding Abu Bakr.
Walaupun
pendapatnya bertentangan dengan kemuafakatan Ummah dan berlawanan
dengan banyak Hadith yang secara jelas meletakkan Abu Bakr Al-Siddik,
`Umar dan `Uthman dalam tingkatan yang lebih tinggi dari `Ali, perbezaan
pendapat ini, bagaimanapun, tidak berkait dengan isu-isu doktrin.
Sekalipun beliau melihat `Ali sebagai yang terbaik, namun beliau tetap
mengakui ketinggian pangkat tiga khalifah pertama itu. Beliau juga
percaya bahawa seseorang yang lebih rendah pangkatnya diperbolehkan
menjadi khalifah sekalipun ada yang lebih tinggi pangkatnya. Justeru
itu, beliau tidak menafikan kepimpinan Abu Bakr, `Umar dan `Uthman.
Selain dari pendapat ini, beliau sependapat dengan Sunni dalam bidang
tauhid, prinsip-prinsip dan fekah.
Zaid bin `Ali mengulangi
tindakan datuknya Al-Hussein bin `Ali, memberontak menentang Khalifah
Bani Umayyah iaitu Hisham bin Abdul-Malik, yang berakhir dengan
pembunuhan beliau pada 122 Hijrah. Para pengikutnya kemudian mengasaskan
satu aliran mazhab yang berdasarkan kepada idea-idea beliau, yang
dikenali dalam sejarah sebagai Zaydiyyah, bersempena nama Zaid bin
`Ali. Walaupun dianggap sebagai sebuah mazhab beraliran Syiah, Zaydiyyah
sependapat dengan Sunni dalam semua perkara kecuali dalam meletakkan
`Ali lebih tinggi berbanding tiga khalifah pertama. Pengikut aliran ini
terdapat terutamanya di Yaman dan mereka adalah aliran Syiah yang
paling hampir dengan Sunni – sehinggakan payah untuk seseorang
membezakan mereka dari Sunni dalam segenap perkara.
Rafidah
Penting
juga dinyatakan di sini bahawa satu kumpulan pengikut Zaid bin `Ali
meminta pendapat beliau tentang Abu Bakr dan `Umar. Dalam jawapannya,
beliau berdoa memohon supaya Allah mengasihi kedua-duanya, tetapi mereka
yang bertanya menolak untuk melakukan perkara yang sama dan bertindak
keluar seceded dari aliran pemikiran beliau. Oleh sebab itu, mereka
dikenali dalam sejarah sebagai Rafidah (yang engkar) kerana mereka
menolak kekhalifahan Abu Bakr dan `Umar di satu pihak, dan menolak
pendapat Zaid di pihak yang lain. Generasi yang bertitik-tolak daripada
kumpulan seperti itu mengasaskan satu fahaman yang kemudiannya dikenali
sebagai Ithna `Ashriyyah (Imamiyyah) yang membentuk aliran Syiah yang
paling besar.
Mohammed Al-Baqir, iaitu abang kepada Zaid bin
`Ali, meninggal lapan tahun sebelum adiknya (pada 114 H.) meninggalkan
seorang anak lelaki yang menjadi ulama yang sangat dihormati iaitu
Ja`far Al-Sadiq. Beliau adalah seorang ulama tersohor dan faqih yang
ulung, yang berpegang kepada kefahaman tauhid yang sama seperti yang
dianuti oleh para Sahabat, Tabi’in dan ulama-ulama Muslim secara amnya.
Di
penghujung era khalifah Bani Umayyah, pergerakan Bani Abbasiyyah
menggerakkan orang ramai menentang khalifah Bani Umayyah. Pergerakan
tersebut bekerjasama dengan kumpulan yang mengingkari Zeid bin `Ali dan
keduanya berjaya menjatuhkan khalifah Bani Umayyah pada 132 H.
Khalifah Bani Abbasiyyah memegang tampuk kuasa dengan diketuai oleh
pengasasnya Abul-`Abbas Al-Saffah dan penggantinya Abu Ja`far
Al-Mansur. Mereka yang bekerjasama dengan kumpulan ini berasa kecewa
kerana mereka mempunyai perancangan untuk mewujudkan pemerintahan
khalifah yang dipimpin oleh salah seorang cucu `Ali bin Abu Talib.
Justeru itu, mereka telah membentuk satu kumpulan yang dipanggil
Al-Talibiyyun (penyokong `Ali bin Abu Talib berbanding dengan
Abbasiyyah yang mengambil nama sempena Al-`Abbas bin Abdul-Muttalib)
dengan matlamat untuk menentang khalifah Bani Abbasiyyah pula.
Sehingga
ke era ini, memang tiada perlanggaran tauhid atau fekah kecuali dalam
hal berkaitan kritikan terhadap Abu Bakr dan `Umar; sebenarnya,
sesetengah mereka yang keluar dari kumpulan Zaid bin `Ali bukan sekadar
menolak keduanya malah memaki-hamun mereka secara terbuka.
Ja`far
Al-Sadik meninggal dunia pada 148 H. dan meninggalkan seorang anak
lelaki bernama Musa Al-Kazim, yang juga seorang ulama tetapi kurang
ketokohan berbanding bapanya. Beliau kembali ke rahmatullah pada 183 H
dan meninggalkan beberapa orang anak lelaki termasuklah `Ali bin Musa
Al-Rida.
Bagi mengawal pemberontak Al-Talibiyyun yang inginkan
supaya keturunan `Ali bin Abu Talib menjadi khalifah, maka khalifah
Bani Abbasiyyah pada ketika itu iaitu al Ma’mun telah mencalonkan `Ali
bin Musa Al-Rida sebagai putera mahkota, di mana tindakan ini telah
menyemarakkan kontroversi panas di kalangan Bani Abbasiyyah.
Bagaimanapun. `Ali bin Musa Al-Rida mati secara mengejut pada 203 H.,
dan Al-Talibiyyun pula menuduh Al-Ma’mun telah membunuhnya dan sekali
lagi revolusi menentang Bani Abbasiyyah diteruskan sama seperti yang
mereka lakukan terhadap Bani Umayyah.
Bagaimanapun, setelah
beberapa tahun berlalu, suasana kembali tenang. Sehingga saat itu,
Syiah belum lagi mengambil dan berpegang kepada mazhab mereka sendiri
yang dipanggil Syiah. Hanya yang wujud pada ketika itu adalah
pergerakan politik yang bermatlamat untuk mendapatkan kuasa dan
menentang pemerintah atas pelbagai alasan dan tidak melibatkan
alasan-alasan tauhid seperti yang dipegang Syiah sekarang.
Syiah dan Iran
Seruan
penentangan terhadap pemerintah mendapat sokongan besar dari wilayah
Parsi (sekarang Iran). Sebenarnya, penduduk di wilayah berkenaan masih
bersimpati dengan kejatuhan empayar Parsi yang besar itu yang
kemudiannya dijadikan negara Islam. Bangsa Parsi menganggap bangsa
mereka mempunyai darjat yang tinggi, dari etnik yang lebih baik dan
mempunyai sejarah yang lebih hebat berbanding Muslim. Sikap ini membawa
kepada kemunculan Persophilia – satu ideologi yang memberi keutamaan
kepada bangsa dan etnik mereka berbanding yang lain termasuk Islam.
Malah sesetengahnya amat taksub dengan akar-umbi Parsi, kunci, bekalan
dan tong, dan api yang pernah mereka sembah.
Kerana tidak cukup
kuat untuk memberontak menentang negara Islam, di samping telah menjadi
Muslim berabad lamanya, mereka akhirnya mendapati revolusi yang
dicetus oleh Al-Talibiyyun itu mungkin menjadi satu cara untuk
menjatuhkan kerajaan Islam, iaitu kerajaan yang telah menjatuhkan
negara Parsi mereka sebelum ini. Pada masa yang sama, mereka tidak mahu
meninggalkan Islam yang telah dianuti sekian lama. Justeru itu, mereka
bercadang mencampuradukkan Islam dengan budaya Parsi bagi mewujudkan
ketidakstabilan Ummah. Mereka memilih untuk tidak menonjolkan diri,
sementara Al-Talibiyyu mengekalkan profail tinggi mereka. Perlu
diingatkan Al-Talibiyyun dihubungkan dengan `Ali bin Abu Talib, iaitu
sebahagian dari ahli keluarga Nabi dan dipandang mulia oleh orang ramai,
dan orang-orang seperti mereka ini mempunyai misi yang konsisten.
Oleh
yang demikian, percubaan kalangan Persophilia bergabung dengan
Al-Talibiyyun yang mempunyai hubungan keluarga dengan Nabi berniat untuk
membentuk bukan sahaja satu entiti baru politik tetapi juga entiti
agama yang bebas.
Berbalik kepada Al-Talibiyyun, selepas
kematian `Ali Al-Rida yang dicalonkan sebagai putera mahkota oleh
Al-Makmum, beliau digantikan oleh anaknya Mohammed Al-Jawad yang
meninggal pada 220 H. Pewaris kemudiannya adalah anaknya `Ali bin
Mohammed Al-Hadi yang meninggal pada 254 H. Akhirnya, pewaris seterusnya
adalah Al-Hassan bin `Ali yang dipanggil Al-`Askary juga meninggal
secara mengejut pada 260 H meninggalkan seorang anak berusia 5 tahun
bernama Mohammed.
Sepanjang tahun-tahun tersebut, pergerakan
pemisah, yang terdiri daripadan beberapa orang ahli keluarga Nabi dan
Persophilia, akan berikrar taat setia kepada anak sulung pemimpin
Al-Talibiyyun, bermula dengan `Ali Al-Rida dan berakhir dengan Al-Hassan
Al-`Askary. Berhubung dengan keluarga `Ali Al-Rida sebelah atas,
seperti bapanya Musa Al-Kazim atau datuknya Ja`far Al-Sadik atau
moyangnya Mohammed Al-Baqir, mereka semua tidak mengetuai revolusi
menentang pemerintahan Bani Umayyah atau Abbasiyyah.
Bagaimanapun,
selepas Al-Hassan Al-`Askary meninggal pada 260 H, kalangan
revolutionis menjadi keliru tentang siapa yang akan menerajui kepimpinan
selepas Al-Hassan Al-`Askary hanya meninggalkan anak yang masih kecil.
Kekeliruan semakin memuncak apabila anak kecil tersebut juga meninggal
secara mengejut. Ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam
kumpulan revolusi itu yang akhirnya membawa kepada pembentukan
kelompok-kelompok yang berbeza antara satu sama lain bukan sahaja dalam
perkara-perkara prinsip dan idea bahkan juga dalam undang-undang dan
kepercayaan.
Syiah Imamiyyah
Yang paling
terkenal antara kelompok-kelompok itu adalah aliran Ithna `Ashriyyah
(Imamiyyah), yang terdapat di Iran, Iraq dan Lubnan. Pada hari ini, ia
merupakan aliran Syiah yang paling besar.
Para pemimpin aliran
ini mula menokok-tambah idea-idea dalam agama bagi menyesuaikan dengan
situasi yang dihadapi pada masa ini agar kelompok mereka dapat terus
bertahan sekalipun tanpa pemimpin.
Mereka banyak membuat
perkara-perkara bid’ah yang serius dalam agama, dan kemudian
mengisytiharkannya sebagai sebahagian daripada Islam. Sehubungan dengan
itu, setelah masa berlalu, perkara-perkara bid’ah itu telah menjadi
komponen kunci kepada ideologi dan pemikiran mereka. Antaranya adalah
yang berkait dengan Imam (khalifah). Bagi menyokong ketiadaan imam yang
layak pada masa itu, mereka menetapkan yang Imam hanya berjumlah dua
belas orang sahaja, dan menyusunnya mengikut turutan berikut: 1- `Ali
bin Abu Talib, 2- Al-Hassan bin `Ali, 3- Al-Hussein bin `Ali, 4- `Ali
Zainul-`Abidin bin Al-Hussein, 5- Mohammed Al-Baqir bin Zainul-`Abidin,
6- Ja`far Al-Sadik bin Mohammed Al-Baqir, 7- Musa Al-Kazim, 8- `Ali
Al-Rida, 9- Mohammed Al-Jawad, 10- `Ali Al-Hadi, 11- Mohammed Al-Mahdi
and 12- Al-Hassan Al-`Askary.
Itulah sebabnya aliran ini
dipanggil Ithna `Ashriyyah. Bagi menyokong kenapa pewarisan Imam itu
terhenti, mereka menjelaskan bahawa si anak kecil yang bernama Muhammad
bin Al-Hassan Al-`Askary itu belum meninggal, dan mengikut pendapat
mereka, beliau telah hilang di dalam sebuah gua dan masih hidup
(melebihi seribu tahun sekarang). Mereka percaya yang beliau akan
kembali satu hari nanti untuk memerintah dunia. Pada mereka, beliaulah
yang digelar Mahdi Yang Ditunggu (Imam yang Benar).
Mereka juga
percaya bahawa Rasulullah telah mewariskan jawatan Khalifah kepada dua
belas orang tersebut tetapi maklumat mengenainya telah dirahsiakan oleh
Sahabat. Inilah sebabnya mereka menghukum para sahabat secara umumnya
sebagai kafir (bagaimanpun, terdapat sebilangan pula yang hanya
menganggap Sahabat sebagai tidak berakhlak) kerana merahsiakan maklumat
tentang pewarisan tersebut.
Dipengaruhi oleh sistem pemerintahan
Parsi, mereka memperkenalkan sistem monarki dengan mempercayai bahawa
Imam mestilah terdiri dari anak sulung `Ali bin Abu Talib dan begitulah
bagi Imam-imam seterusnya. Seperti yang diketahui ramai, kaedah
seperti ini memang tidak Islamik langsung. Malah negara-negara Islam
Sunni yang berasaskan sistem monarki seperti Umayyah, Abbasiyyah,
Seljuk, Ayyubiah dan Osmaniyyah pun tidak menganggap sistem monarki
atau yang berasaskan dinasti itu sebagai sebahagian dari agama.
Juga
dipengaruhi oleh sistem Parsi, mereka memperkenalkan dinasti
pemerintahan yang dianggap suci. Sehubungan dengan itu, mereka percaya
yang Imam-Imam (Khalifah) tersebut bebas dari melakukan kesilapan atau
kesalahan dan menganggap perkataan –perkataan mereka itu suci sama
seperti Al-Quran dan Hadis Nabi. Dan lagi, kebanyakan peraturan feqah
mereka diambil dari perkataan-perkataan Imam, tanpa mengirakan samada
perkataan tersebut sahih atau palsu bagi mereka. Tambahan lagi, dalam
bukunya “Kerajaan Islam”, Khomeini, pemimpin revolusi Iran, menyatakan,
“Salah satu perkara asas dalam ideologi kami ialah bahawa Imam-Imam
kami lebih tinggi darjatnya/ tingkatannya dari para malaikat dan nabi.”
Ini menjelaskan kepada kita betapa mereka amat memusuhi semua
Sahabat (kecuali beberapa Sahabat yang tidak melebihi 13 orang). Malah
mereka juga berseteru dengan ahli-keluarga Rasulullah, seperti
Al-`Abbas, iaitu bapa saudara Rasulullah, dan anaknya Abdullah bin
`Abbas, ulama terkemuka Ummah. Tidak syak lagi, kebencian terhadap
kedua yang dianggap kafir ini ada kaitannya dengan konflik yang berlaku
antara Ithna `Ashriyyah dan Khalifah Abbasiyyah.
Bid’ah
Antara
bid`ah mereka yang lain ialah mereka menganggap kebanyakan negara
Muslim adalah Darul-Kufr (Rumah Kafir). Mereka juga menghukum penduduk
Madinah, Mekah, Mesir dan Mediteranean Timur/Asia Barat sebagai kafir
kerana tidak menyampaikan maklumat yang benar dari Rasulullah.
Idea-idea
seperti ini boleh dirujuk dalam sumber-sumber asal, seperti kitab
Al-Kafy, Bihar Al-Anwar dan Tafsir Al-Qummi, Tafsir Al-`Ayyashi,
Al-Burhan dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, mereka tidak
memperakui mana-mana ulama Sunni dan kitab-kitab Hadis Sahih, seperti
Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmidhi dan Al-Nasa’i. Mereka juga menafikan
keilmuan Abu Hanifah, Malik, Al-Shafi`i dan Ibn Hanbal. Mereka juga
tidak mengiktiraf kehebatan Khalid bin Al-Walid atau Sa`d bin Abu
Waqqas, `Umar bin Abdul-`Aziz, Musa bin Nusair, Nourul-Din Mahmoud,
Salahud-Din, Qutuz dan Muhammad Al-Fatih.
Kerana tidak memperakui
para Sahabat, Tabi’in dan kitab Hadis dan Tafsir, maka mereka bergantung
hampir sepenuhnya kepada kata-kata Imam mereka sekalipun yang
mempunyai sanad-sanad yang lemah. Akibatnya, wujudlah begitu banyak
perkara-perkara bid’ah yang berkaitan dengan doktrin, kaifiat dalam
ibadat, muamalat dan sebagainya.
Dalam artikel ini, saya tidak
bercadang untuk menyenaraikan semua bid’ah berkenaan; sebenarnya untuk
berbuat begitu memerlukan penghasilan banyak buah buku. Di sini, saya
hanya merujuk kepada punca masalah supaya kita boleh memahami akibatnya.
Bagaimanpun, ianya memerlukan perbincangan yang panjang lebar apabila
membicarakan bid’ah seperti Taqiyyah (kewajipan yang tidak
dilaksanakan bagi menyembunyikan Iman Syiah mereka apabila berada dalam
situasi ancaman, hukuman atau paksaan) dan Raj’a (kedatangan kedua
atau kembalinya Imam-Imam mereka ke dunia selepas kematian), Al-Quran
ditokok-tambah, kepercayaan salah kepada Allah, Bid’ah dilakukan di
makam, binaan makam dalam masjid, bid’ah ketika menyambut ulangtahun
kesyahidan Al-Hussein dan beribu-ribu lagi Bid’ah lain yang menjadi
tiang-tiang utama agama menurut Ithna `Ashriyyah.
Apa yang saya
nyatakan setakat ini hanyalah sebahagian sahaja dari ideologi Ithna
`Ashriyyah. Bagaimanapun, terdapat beberapa lagi aliran lain yang muncul
dalam tempoh yang sama, terutamanya dalam tempoh yang dikenali dalam
sejarah sebagai “Kecelaruan Syiah”, yang bermula seawal pertengahan
kurun ketiga Hijrah selepas kematian Al-Hassan Al-`Askary (Imam kedua
belas dan yang terakhir).
Mulai dari tempoh itu, kesusasteraan
dan buku-buku yang menanam ideologi dan doktrin mereka mula dihasilkan.
Metodologi mereka tersebar di segenap pelusuk wilayah Parsi terutamanya
dan dunia Islam, amnya. Bagaimanapun, sehingga saat itu tidak ada
negara yang diwujudkan dengan berlandaskan kepada ideologi tersebut
secara rasmi. Tetapi, di penghujung kurun ketiga dan awal kurun keempat
Hijrah, perkembangan serius melanda sehingga membawa kejayaan Syiah
memegang kuasa di sesetengah kawasan, sekaligus memberi kesan yang
serius kepada seluruh ummah Muslimin. Ini akan saya sentuh dalam
artikel akan datang, InsyaAllah.
Bagaimanapun, saya perlu
mengulangi kaedah bahawa “seseorang itu tidak boleh menghakimi sesuatu
tanpa mempunyai pengetahuan yang jelas tentangnya”. Oleh itu, jika kita
ingin membuat keputusan tentang sesuatu perkara, kita perlulah
terlebih dahulu berilmu tentang perkara tersebut. Dalam kata lain, kita
boleh menentukan samada sesuatu itu betul atau tidak atau mengatakan
sesuatu itu akan jadi lebih baik kala dibuat begini-dan-begitu jika
kita mempunayi maklumat yang sahih. Tidak syak lagi, pertimbangan
berdasarkan nafsu dan tanpa kajian hanya akan membawa kepada akibat
yang buruk.
Semoga Allah memenangkan Islam yang sebenar.
Oleh: Dr. Ragheb El Sergani
WaAllahu Ta'ala a'alam
Sumber: http://beritaislamglobal.blogspot.com/2010/12/kenali-syiah.html