PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 27 April 2013

Umno berunding dengan pengganas Sulu, tapi salahkan Pakatan- Johari

KUALA LUMPUR 27 APRIL: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul menyelar Menteri Pertahanan sementara, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengaitkan pembangkang sebagai dalang insiden serangan di Lahad Datu, Sabah.

Sedangkan katanya, kerajaan sendiri berrunding dengan pengganas berkenaan, sebelum serangan itu bermula pada 1 Mac lalu.

Malah katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan kumpulan bersenjata itu bukan pengganas selepas dua minggu mereka memasuki perairan negara ini.

“Menteri dari Umno BN sendiri yang berunding dengan pengganas Sulu. Semua orang masih ingat. Asalnya Hishamuddin Hussein kata, (kumpulan bersenjata) yang masuk (ke Lahad Datu) itu bukan penceroboh,” kata Johari yang juga penyandang dan calon Parlimen Sungai Petani.

Beliau mengulas kenyataan Zahid dalam portal Sinar Harian hari ini yang mendakwa tiga pemimpin Pakatan Rakyat, dua daripadanya dari semenanjung manakala seorang lagi dari Sabah sebagai dalang serangan itu.

Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin terbabit, sebaliknya memberi alasan akan berbuat demikian selepas pilihan raya umum nanti.

Menurut Johari, kenyataan Zahid yang mengaitkan pembangkang dengan insiden itu dilihat tidak lebih sekadar mahu membodek ketuanya, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya kenal lama Datuk Zahid ini. Dia memang suka buat kenyataan kontroversi. Bukan sahaja tidak membantu partinya iaitu BN, malah tak mencerminkan kewibawaannya sebagai Menteri kanan kerajaan,” kata Johari menambah kenyataan itu hanya akan menguatkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Insiden serangan lahad Datu bermula apabila kumpulan yang mendakwa kumpulan kesultanan Sulu dari Selatan Filipina itu memasuki perairan negara pada 9 Februari menggunakan bot pancung. Mereka berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Kerajaan mengambil masa yang terlalu lama berunding dengan pengganas berkenaan, menyebabkan kumpulan itu memulakan serangan pada 1 Mac dan membunuh dua anggota polis.

Tragedi itu berlarutan lebih sebulan dan mengorbankan 12 anggota keselamatan negara. Sebelum ini, Pakatan mempersoal kelewatan kerajaan mengarahkan pasukan tentera untuk mengawal situasi sejak daripada awal pencerobohan itu berlaku

-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers