AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu
dalam PRU13. Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan
dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat
mengambil alih Putrajaya.
Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES.
Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya
beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat
ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato’ Seri Najib Tun Razak
untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus
berkuasa.
Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri
menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan:
1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri
2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor
3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi
memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan
AES yang dibawa oleh Barisan Nasional
Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:
1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah
511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang
mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan, seperti paparan skrin SPR
yang berikut:
2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta
bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau;
3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor
tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013,
seperti paparan skrin yang berikut:
Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan
prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak
mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya
mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat.
Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor
untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double
standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk
mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang
membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang
menekan rakyat itu.
Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan secara
terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES
sekiranya masih menang dalam PRU13.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
24 APRIL 2013