PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 12 January 2013

Live HKR #KL112 : Penyokong Pakatan mula banjiri KL

Pusat bandar Kuala Lumpur dijangka dibanjiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.



NONEPentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur akan menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 2 petang.

LAPORAN LANGSUNG

10:10am: Jalan Stadium - The police have set up two tents for the media within the compound of Tun HS Lee police station. They have also set up a counter to register media personnels for on-the-spot issuing of police-sanctioned press tags.

A number of journalists are here awaiting the rally to begin in the afternoon. The police station is about 200 metres away from Stadium Merdeka.

10.15am: Jalan Sultan - Sekumpulan penyokong DAP membuat tarian ala-Gangang dengan iringan lagu popular Korea itu yang diubah dengan lirik anti-Lynas.

Ahli DAP Chua Beng Hooi, 47, yang memakai satu kostum anti-radioaktif menyertai tarian tersebut, yang disaksikan kira-kira 500 orang yang berhimpun.

Menurut rakannya, Chua membuat kostum berkenaan khas untuk perhimpunan hari ini.

9.55am: Stadium Merdeka - Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.
Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

9.45am: Masjid Al-Rahman - MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru tiba ke kawasan Masjid Al-Rahman dan disambut kira-kira 50 orang peserta yang sedang bersedia untuk berjalan ke Stadium Merdeka.
Kumpulan ini menunggu untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai AMK, yang berhimpun di kawasaan padang berhampiran Amcorp Mall dan berjalan melalui Lebuh raya Persekutuan.

9.37am:
Kelab Sultan Sulaiman - Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima.

Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

9.20am: Masjid Negara - Kawasan masjid mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.

[Berita penuh menyusul]

-M'kini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers