PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday, 8 November 2012

DATUK 'S' AKAN JADI MENTERI PELANCONGAN?


SAMSUDIN LAYAK JADI MENTERI PELANCONGAN?


Oleh : ASBOLLAH. A

JIKA benar dakwaan Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya bahawa Ketua Menteri Sabah akan menurunkan semula beliau sebagai Calon BN/UMNO di DUN Sekong pada PRU-13; tanpa mempedulikan segala skandal yang merantainya; sewajarnya beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah bagi menggantikan Datuk Masidi Manjun yang diwar-warkan akan bertanding di parlimen.

Kejayaan Samsudin memperolehi sambungan kontraknya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan sehingga 2015, menunjukkan bahawa Musa Aman tidak terpengaruh dengan segala laporan dan Skandal yang didedahkan Sabahkini.net dan laporan polis dan SPRM yang dibuat oleh AMK Parti Keadilan Rakyat.

Namun agak malang bagi rakyat Sabah yang akan menjadikan Samsudin sebagai 'Target' untuk menentang UMNO ketika Panel RCI sedang menjalankan siasatan; apatah lagi majoriti rakyat Sabah tahu bahawa Samsudin adalah PATI yang lahir di Cagayan, Filipina dan mendapat kerakyatan songsang.

Dengan pencalonan semula Samsudin mempertahankan kerusi DUN Sekong dengan alasan bahawa beliau Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan Pengerusi BN Parlimen Batu Sapi; maka semakin mudah Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi berkenaan setelah rakyat tahu bahawa Samsudin adalah Warga Penyu.

Memandangkan kedudukannya sebagai Warga Penyu, maka sesuailah Samsudin (jika menang) dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar bagi mempromosi Sabah sebagai 'Maskot Penyu' kerana semakin banyak penyu mendarat untuk bertelur di Sabah termasuk Pulau Sipadan, Selingan dan Berhala.

Jika Trengganu melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2013 dengan mengekalkan Penyu sebagai 'Maskot' maka kekuatan Samsudin ialah spesis 'Penyu' pertama yang menjadi Warga Penyu di Malaysia.

Walaupun sebelum ini Samsudin digelar sebagai 'Umang-Umang' (Hermit Crab) kerana menggunakan IC Projek setelah memalsukan keterangan diri, namun Samsudin adalah Warga Penyu yang kini sudah menjadi istilah umum sebagai PATI yang mendapat kerakyatan songsang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tohmahan umum bahawa Mantan Pemandu Teksi ini dipilih sebagai Calon UMNO pada 2004 setelah berjasa membantu Ketuanya melakukan jenayah menyerang musuh tradisi dan jenayah berkenaan telah ditutup Ketua Polis Daerah; mungkin benar dan sah sebagai kroni dan proksi sehingga terpaksa dikekalkan untuk satu atau dua penggal lagi.

"Di Sekong, jika UMNO meletakkan Umang-Umang atau Penyu, bahkan PATI yang baru mendapat resit sementara kad pengenalan pasti menang dengan majoriti yang besar kerana majoriti adalah pengundi untuk disewa. Apa sahaja isu yang dibangkitkan hanya membuang masa kerana pengundi akan memilih poket siapa yang tebal," kata seorang pengundi tegar UMNO.(SABAHKINI)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers