KUALA LUMPUR: Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.
Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.
Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion
lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.
Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.
Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.
Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.
Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.
“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.
Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011
Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.
"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.
Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.
"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.
"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.
Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"
Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.
"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.
Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat.
-harakahdaily
Saturday, 10 November 2012
Comments (3)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Buruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?
2012-11-10T16:30:00+08:00
hangit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alias Bin Hasan 112p · 646 weeks ago
Ada harapan lagi ke, duit tu masih ada???
mohamad azha · 645 weeks ago
BOBHAS · 641 weeks ago
Salam hormat kpd semua.
Ini semua cerita mengarut. Mereka mencari pulisiti. Siapa cakap persatuan dapat duit dari jepun.
Presiden yang kena saman dulu apa ada buat. Duk pegi joli merata, cakap org putih pun tak reti, nak buat surat suruh org buatkan. Mintak tolong Anuar Ibrahim, boleh ke Kerajaan Jepun percaya cakap Anuar Ibrahim kaki jubur tu.
Yg mengadu dengan Azizan tu apa dia boleh buat, kelentong sana sini buat fitnah org pandailah dia.
Presiden yg kena saman tu ROS bagi masa untuk buat rayun dlm tempoh sebulan, mengapa diam membisu, tolol, bodoh sombong.Sekarang baru sebok nak cari nama.
Umpat sana fitnah sini, buat dosa kering saja, kamu org tidak ada Tuhan ke, tak takut dosa.
Saya telah menjadi ahli persatuan ini semenjak tahun 1993 tahu selok belok persatuan ini.
Presiden yg baru dilantik biarlah dia buat kerja, yg kamu org kacau buat sebok tu pasal apa. Kau org nak memandai-mandai dpt publisiti murahan, pengacau, hasat dengki.
STOP ALL THE NONSENSE UMPAT CACI