PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday, 19 October 2012

GAGASAN NAJ1B – CETUS NEGARA DIKTATOR?

Oleh: LAHIRUL LATIGU

PELANCARAN Gagasan NAJ1B – Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Baru dilihat bakal menyamai sistem pemerintahan kerajaan yang diktator, yang berkuasanya ialah NAJIB.

Perkara ini dilihat hampir menyamai ciri kepimpinan yang diktator apabila diperhati mengenai Kerajaan Perak yang dirampas secara zalim, pemerintahan Malaysia secara tidak berpatriotik dan sebagainya.
Persoalannya ini ialah, kenapa perlu NAJ1B atau tepatnya sebagai NAJIB.?

Melaksanakan undang-undang tanpa perundingan dengan pihak ramai – sebagai contoh sistem penguatkuasaan automatik AES, akta zalim ISA, dan beberapa akta lagi yang menyekat kebebasan bersuara rakyat.

Apatah lagi dengan slogan terbarunya ‘tiada tertinggal, tiada terpinggir’ mengetepikan slogan terdahulu ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Banyak slogan-slogan yang sedap didengar, tapi belum tentu slogan itu mempunyai aura yang mampu menarik ramai rakyat untuk memilihnya.

Dan biasanya, di mana-mana sebuah kerajaan diktator yang ‘menunggu masa untuk mati’ dia akan meracau seolah-olah nazak menunggu ketibaan malaikat maut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers