PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Wednesday, 17 October 2012

(BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara!!

Laporan yang sentiasa ditunggu oleh rakyat malaysia dan kalangan ahli-ahli parlimen yang sentiasa “dahagakan” laporan yang dipanggil Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen, itupun selepas 2 minggu parlimen bersidang. Apa sebabnya?

Kata menteri, beliau mahu kalangan ahli parlimen menumpukan kepada perbahasan pembentangan Bajet 2013 terlebih dahulu.

Laporan Ketua Audit Negara 1 : Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan


  • Semakan kami terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan di sini kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan
  • Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.
  • Dalam banyak-banyak projek itu, hanya satu dijalankan dengan tender terbuka, yang selebihnya siapa dapat?
  • Termasuklah enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL (kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd)
  • Sedangkan Laporan ketua Audit Negara 2011 ada mengatakan USL didapati “tidak berpengalaman” dan pegawai teknikal syarikat itu pula “kurang kompeten” untuk menyiapkan projek tersebut.
  • Erm….jahanam duit rakyat.
Kenapa tiada pengalaman pun boleh dapat? Mungkin mereka tiada pengalaman yang luar biaasa tetapi mungkin ada tangan “yang lur biasa” yang meluluskan”. Seterusnya…
 

Laporan Ketua Audit Negara 2 : Indah Water Rugi Hampir RM1 bilion


  • Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta
  • Antara sebab kerugian adalah disebabkan kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion
  • Yang menariknya walaupun IWK terus menerima subsidi kerajaan bagi membantu operasi syarikat, tetapi prestasi kewangan IWK masih lagi kurang memuaskan sehingga tidak mampu menjana keuntungan.
  • Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya. “Tahniah”
Owh…IWK dapat subsidi kerajan juga, ingatkan rakyat sahaja dapat. Sudah tiba dan ketikanya IWK juga perlu dikenakan rasionalisasi subsidi yang dikenakan kepada rakyat sekarang ini. OK. Laporan seterusnya…..
 

Laporan Ketua Audit Negara 3 : Keuntungan Syarikat GLC Menurun 13.4%


Dalam bahasa mudahnya apabila pendapatan syarikat-syarikat GLC ini menurun, automatiknya pendapatan negara juga bakal terjejas juga.
  • Hanya 23 syarikat yang memperolehi keuntungan sebelum cukai daripada 47 syarikat GLC yang ada. Itu pun daripada 23 syarikat tersebut, hanya 10 syarikat yang membayar dividen kepada Kerajaan.
  • Jikalau disemak semula prestasi keseluruhan keuntungan syarikat GLC menurun sebanyak 13.4% iaitu berjumlah RM39.788 Bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 4 : Lain-lain


  1. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta yang mana sekarang ini diletakkan di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dengan pegangan ekuiti 100%. Hakikatnya, Rekodnya prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat telah mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2010 walaupun mencatatkan keuntungan pada tahun 2009. Setakat 31 Disember 2010, kerugian terkumpul RapidKL berjumlah RM293.82 juta.
  2. PNS Francais Sdn. Bhd. (PNSF) yang ditubuhkan pada 2 Ogos 2001 telah menukar namanya kepada Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) pada 18 Jun 2007. MyFranchise adalah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Nasional Berhad dengan modal dibenarkan berjumlah RM50 juta dan modal berbayar berjumlah RM27 juta. Objektif penubuhan syarikat adalah sebagai alat untuk meningkatkan keuntungan dengan melabur dalam perniagaan francais di luar negara dan dalam negara untuk mewujudkan pendapatan dan meningkatkan keuntungan syarikat. Pengauditan yang dijalankan mendapati prestasi kewangan syarikat bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010 mencatatkan kerugian berturut-turut bagi 3 tahun tersebut. Nasihat kami, syarikat yang mengalami kerugian seperti ini tidak patut diteruskan andai tidak mendapat trasnformasi sewajarnya. Kerugian RM 16 juta.
  3. Kementerian Pertahanan (Kementerian) telah menyediakan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) meliputi 4 perkhidmatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TD) dan Angkatan Bersama (Markas ATM) dengan melaksanakan 38 projek RKAT dengan kos asal RM1.740 bilion. Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 46,880 unit RKAT pelbagai kelas telah dibina untuk keempat-empat perkhidmatan tersebut. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan kurang memuaskan. Antaranya disebabkan peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1.3 bilion berbanding kos kontrak asal berjumlah RM1.12 bilion. Kerugian minima RM 174.43 juta.
  4. Hospital Information System (HIS) telah dibangunkan pada bulan Mac 2002 (Fasa 1) secara reka dan bina (turnkey) meliputi 13 hospital dengan kos berjumlah RM588.11 juta. Pelaksanaan Fasa 2 pula hanya melibatkan penyenggaraan sistem bagi 12 hospital dengan kontrak bernilai RM334.02 juta. Antara sebabnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan projek ini tidak memuaskan kerana terdapat beza RM 15 juta antara kroni dan bukan kroni. Ditambah pula dengan lebihan bayaran RM540 000, kemudian tipu selenggara RM 1 juta dengan anggaran tipu selenggaraan sebanyak 72.5 kali ganda. Rugi minima RM 30 juta.
  5. Projek Jambatan Sultan Yahya Petra, Kelantan dianugerahkan kepada Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. – RIS Capital Sdn. Bhd. secara rundingan terus dalam tempoh 30 bulan iaitu dari 18 Jun 2007 hingga 17 Disember 2009 dengan kos asal RM143 juta. Bagaimanapun, projek ini telah diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan setelah mendapat persetujuan daripada JKR. Sehingga 31 Disember 2011, kemajuan kerja di tapak adalah 76.5%. Nilai kontrak semasa dijangka akan meningkat kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta. Peningkatan nilai kontrak ini juga mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan. Nampaknya, sekali lagi duit rakyat tidak diurus dengan baik angkara Rundingan terus menjadi faktor utama kroni yang tidak berpengalaman dilantik meski terpaksa menggadai kualiti. Itulah punca kos meningkat, projek lewat dan sebagainya. Projek yang sepatutnya siap pada Disember 2009, namun hari ini Oktober 2012, rakyat Kelantan masih belum dapat menggunakan jambatan tersebut. Rugi RM 34.76 juta.
Senang-senang sahaja dileburkan duit negara & rakyat. Rugi juta sana, rugi juta sini. Rugi bilion sana, rugi bilion sini. Jikalau diuruskan dengan baik kewangan negara, berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat manfaatnya?

Semakan secara kasarnya, kami dapati jumlah kerugian yang sekitar RM42.138 bilion berdasarkan rujukan kami terhadap laporan ketua audit negara 2011.


Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini sebenarnya bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Sedangkan, laporan yang ada sekarang ini hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Hakikat yang sebenarnya? Wallahualam.



-berita semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers