PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 18 June 2014

Suami temui isteri berbogel bersama pekerjanya

Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.
Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. 

Maut kerana Piala Dunia

BEIJING - CHINA. Dua peminat bola sepak China meninggal dunia kerana dipercayai keletihan akibat berjaga terlalu lama untuk menonton Piala Dunia 2014.

Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun di bandar Suzhou ditemui mati di hadapan komputernya ketika menonton perlawanan antara Chile dan Australia. 

Dalam kejadian berasingan di bandar timur laut Shenyang, seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan China pula dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyaksikan pertembungan  antara Sepanyol dan Belanda di kediamannya.

Difahamkan, waktu siaran Piala Dunia 2014 yang bermula antara jam 3 dan 6 pagi (waktu tempatan) menjadi punca ramai peminat bola sepak di negara itu tidak mendapat rehat dan tidur secukupnya.//(sh)

CARI PISAU, PARANG???? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com


.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers