PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 14 April 2014

Fenomena Bulan Berdarah 15 April 2014

Punca fenomena bulan berdarah atau bulan merah pada 15 April 2014. Ianya bukan petanda kiamat tapi ianya adalah fenomena semulajadi yang biasa berlaku dan kali terakhir dilihat pada 10 Disember 2011.

Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.

Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat dengan jelas di negara Utara/ Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh pada 4 April 2015 dan 28 September 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai kejadian bulan berdarah, sila layari Laman Web Rasmi NASA.
gerhana

Sumber:  melvister.com

-

-

Sunday, 13 April 2014

Artis wanita ini Nekad kelar pergelangan tangan selepas dikecewa kekasih

IPOH – Seorang pelakon wanita nekad mengelar pergelangan tangan kirinya selepas kecewa kekasihnya mengahwini wanita lain, petang kelmarin.

Difahamkan, Shelin, 29, yang hamil tujuh bulan mengambil keputusan itu selepas tertekan dengan nasibnya dan anak bakal dilahirkan.

Rakannya yang hanya ingin dikenali sebagai John, 50-an berkata, dia segera membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 4 petang kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Kawannya ada mengajak Shelin bermalam di Taman Pangkalan kerana bimbang melihat dia bersendirian di rumah.

"Mangsa murung dan sedih selepas mengetahui bekas kekasihnya sudah melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur,” katanya.

John berkata, nasib menyebelahi Shelin apabila kecederaan dialaminya tidak serius dan dia dilaporkan stabil.

“Mujur kejadian ini cepat disedari kawannya, kalau tidak saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya.

Shelin yang pernah terbabit dalam penggambaran sebuah telemovie bersama bekas kekasihnya sebelum ini mendakwa ditipu dan pernah diugut lelaki terbabit.

Bekas kekasihnya yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Kulim, Kedah berjanji mengahwini mangsa namun melarikan diri selepas mengetahui Shelin hamil dan mempunyai bakal isteri lain.//(sinarharian)

-

-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers