PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 22 July 2013

4 didakwa culik, tinggal mahkamah dengan takbir

Empat suspek didakwa petang ini berkaitan penculikan pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang mendakwa turut dikasari, dibogelkan dan diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam".

Keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961.

NONEDua lagi suspek masih bebas.

Menurut peguam negara, suspek  akan  dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam  atas kesalahan tersebut.

Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi.

Empat yang didakwa - Mohamad Asri Mohamad Jamili, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27.

Mereka didakwa bawah Seksyen 3, Aka Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Mengadu cedera
Seksyen 3 berkaitan perculkan, penahanan salah atau pengurungan salah untuk mendapatkan wang tebusan.

Suspek yang bergari dibaawa ke mahkamah pada jam 2.20pm.

Semasan prosiding, peguam suspek memberitahu majistret Nurul Shahida Zainal bahawa anak guamnya mengadu mendapat kecederaan semasa tahanan.

NONEEkoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan.

Ketika meninggalkan mahkamah, suspek, sambil bergenang air mata sempat melaungkan: "Allahu Akhbar".

Ng (kanan), 21, dalam sidang media di Klang sebelum ini berkata, penculik mengasari, menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya dan memeras wang daripada abang iparnya.

Beliau menafikan penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - penulis blog seks yang didakwa menghina Islam.(M'kini)

'Ada pihak ambil kesempatan' : Ashraf

“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini.

Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.

Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.

Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.

Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.

Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29.

Meskipun dikatakan kahwin lari'di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan  pakaian sedondon berwarna coklat.

Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.

Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.

Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.

Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. (Sinarharian)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers