Empat suspek didakwa petang ini berkaitan penculikan pekerja kafeteria
siber Ng Mun Tatt yang mendakwa turut dikasari, dibogelkan dan diconteng
badannya dengan perkataan "saya hina Islam".
Keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961.
Dua lagi suspek masih bebas.
Menurut peguam negara, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan tersebut.
Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi.
Empat
yang didakwa - Mohamad Asri Mohamad Jamili, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26,
Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27.
Mereka didakwa bawah Seksyen 3, Aka Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.
Mengadu cedera
Seksyen 3 berkaitan perculkan, penahanan salah atau pengurungan salah untuk mendapatkan wang tebusan.
Suspek yang bergari dibaawa ke mahkamah pada jam 2.20pm.
Semasan
prosiding, peguam suspek memberitahu majistret Nurul Shahida Zainal
bahawa anak guamnya mengadu mendapat kecederaan semasa tahanan.
Ekoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan.
Ketika meninggalkan mahkamah, suspek, sambil bergenang air mata sempat melaungkan: "Allahu Akhbar".
Ng (kanan),
21, dalam sidang media di Klang sebelum ini berkata, penculik
mengasari, menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya dan
memeras wang daripada abang iparnya.
Beliau menafikan
penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee -
penulis blog seks yang didakwa menghina Islam.(M'kini)