PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 15 April 2013

Video Seks Nik Aziz. Satu Lagi Serangan Politik Lucah Menjelang Pilihanraya PRU Ke 13! Patutkah?

Video seks Nik Aziz : Dijangkakan lebih banyak cerita-cerita politik lucah seperti ini akan menghiasi kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Sebelum ini sudah ada kalangan blogger Malaysia yang kerapkali menjulang politik lucah di Malaysia mencanang bakal mengeluarkan video seks Nik Aziz Nik Mat di Mekah katanya tidak lama lagi (SEPERTI DI SINI). Sampai begitu sekali? Terkini….
 

Lagi Video Seks Nik Aziz Didedahkan?


video lucah nik aziz

Sebab apa penyebaran video seks dan politik Malaysia semakin berleluasa. Kami tidak pasti apa sebabnya. Kena tanya sendiri dengan pihak polis. Yang pastinya politik lucah semakin berleluasa di Malaysia. Dan kami yakin jika tidak dibendung daripada sekarang, tidak lama lagi, dakwaan demi dakwaan video seks pemimpin politik termasuklah dakwaan video seks Nik Aziz akan menjadi perkara biasa dan siulan kalangan blogger blogger Malaysia yang acapkali memperjuangkan politik lucah di Malaysia.

Apa yang kami rasa jijik tindakan menyebarkan secara berleluasa video lucah kepada umum (KLIK SINI)? Apa mereka tidak fikir kesannya kepada masyarakat? Apakah mereka ini tidak ada sekelumit kerisauan kesan kepada anak-anak kecil mereka, masyarakat?

Jikalau di ruang lingkup Internet sekarang ini, semakin galak kalangan pengguna Internet berkongsi video demi video, gambar lucah demi gambar lucah di sana-sini, mengalahkan Cina Komunis yang mengharamkan laman web lucah, tetapi di Malaysia suka-suka hati berkongsi tanpa rasa bersalah.

Video Nik Aziz

Apa yang perhatikan sekarang ini, trend di mana dicampakkan video lucah atau gambar lucah yang didakwa membabitkan pemimpin politik  semata-mata untuk mewujudkan persepsi umum. Benar, ramai yang tidak suka kalangan yang tidak suka termasuklah kami sendiri pemimpin yang tidak bermoral & rendah akhlaknya. Jadi, sepatutnya :

  • Jika benar mana-mana pemimpin itu melakukan jenayah dan salah laku menyalahi syariat Islam, individu terbabit sepatutnya menggunakan mekanisme perundangan Islam seperti membuat laporan kepada pihak berkuasa dan dakwanya di mahkamah
  • Bukannya seperti perbuatan mereka yang sebarkan video di YouTube dan CD itu tidak bermoral.

Dalam keadaan negara kita  menuju sistem demokrasi yang matang, seharusnya rakyat ditawarkan tentang program pembangunan ekonomi, pendidikan dan fakta kenegaraan bukan benda lucah dan fitnah di peringkat umum.

  1. Berita Semasa tolak “character assassination based tactical”
  2. Berita Semasa lebih gemar melihat kepada pembentangan pakej manifesto yang ditawarkan oleh BN mahupun PR kepada anda,anada semua sebagai rakyat Malaysia
  3. Berita Semasa menolak budaya politik seks, kafir mengkafir, menggunakan agama untuk tujuan meraih undi dalam politik, caci-maki antara kedua belah pihak

P/S : Jikalau mahu menang sekalipun, berkempenlah dengan cara yang lebih berilmiah
 

PP/S : Innalillahiwainnailaihirraji’oun, moga yang memfitnah akan dibuka pintu hati untuk mendapat hidayah supaya bertaubat dan insaf sebelum terlambat, sama-sama nasihat menasihati. Apa pandangan anda melihat trend politik lucah di Malaysia ketika ini?
 
 

PRU-13: Bekas MB Umno Sertai PAS

PETALING JAYA: Seorang bekas Menteri Besar daripada Umno dipercayai akan meninggalkan parti itu dan menyertai PAS.

Difahamkan bekas pemimpin Umno itu akan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru, Kelantan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi mengesahkan hasrat bekas Menteri Besar itu untuk menyertai PAS.

“Saya dihubungi sendiri oleh bekas MB (Menteri Besar) itu pagi tadi. Beliau menyatakan hasratnya untuk sertai PAS.

“Saya dengar sendiri hasratnya itu, beliau dengan yakin menyatakan minatnya untuk bersama dengan perjuangan PAS,” katanya.

Bagaimanapun Salahuddin enggan mendedahkan negeri yang pernah diterajui bekas Menteri Besar itu.

“Saya hormati permintaan agar identitinya tidak didedahkan lagi, kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Bagaimanapun sumber dalaman PAS mendedahkan bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhammad menjadi Menteri Besar Selangor, dari 1986 hingga 1997.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari Mac 2008 hingga April 2009.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2009, beliau tercalon bagi jawatan Timbalan Presiden Umno namun tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

mStar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers