PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 15 April 2013

Video Lucah : Saya hampir jadi mangsa - Aishah

KOTA BHARU: Penyanyi Aishah (gambar) atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang kamera.

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.

“Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,”ujar Aishah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat.

Artis yang juga calon PAS Jempol Negeri Sembilan itu berkata, ianya dijangka ‘bom’ hayat untuk menyelamatkan parti pemerintah sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak lawan yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga akan menjadi senjata ‘makan diri’ kerana akhirnya akan terpalit terkena diri.

Beliau yakin rakyat tidak akan menelan fitnah itu mentah-mentah kerana mereka telah sedar dan cerdik untuk terus bermimpi dengan permainan fitnah.

Jelasnya, mentaliti rakyat Malaysia bukan lagi di zaman dunia ketiga, mereka sekarang berpendidikan tinggi, paling besar pendidikan agama.

“Pihak lawan tidak perlu buat sesuatu perkara yang cukup jijik sekiranya sedar mereka adalah sebuah parti yang baik serta mampu membela rakyat.

“Tidak perlu takut, sebaiknya dedahkan apa yang ingin kita buat dan kejayaannya juga, bukan berterusan menekan pihak lawan dengan fitnah yang mengaibkan, kerana keaiban itu akan menikam diri kita juga,”ujarnya.

Dun Tawang adalah tempatnya yang terakhir untuk menyampaikan ceramah sebelum pulang menumpukan perhatian di Parlimen Jempol.

Sepanjang seharian beliau berada di Kota Bharu, Aishah turut mendapat sokongan dan doa restu dari rakyat di negeri itu apabila bertemu dengannya untuk membeli belah di Bazar Buluh Kubu.(harakahdaily)

Sunday, 14 April 2013

Senarai Penuh Calon Pas Yang Bertanding Di Johor

Antara calon Pas di Johor

JOHOR BAHRU: PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lapan parlimen dan 30 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri Johor.


Parlimen-parlimen tersebut adalah Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Kota Tinggi, Pulai, Simpang Renggam, Tenggara dan Mersing.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau.

Pada sidang media sama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw diisytihar sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam .

Pengisytiharan itu menjadikan beliau calon pertama dari DHPP yang diumum bertanding atas tiket PAS.

PAS sebelum ini membayangkan sekurang-kurangnya lima kerusi diperuntukkan untuk wakil DHPP bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini sekali lagi kita kemukakan calon (bukan melayu) iaitu daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.

Turut diumumkan  empat orang calon wanita yang akan bertanding di kerusi Dun.


 Berikut senarai calon Pas yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya umum ke-13:
  
    Parlimen
   

Pagoh           : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
   

Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim 


Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw  


Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat    


Mersing         : Roslan Nikmat


Tenggara        : Muhamad Said Jonit


Kota Tinggi     : Onn Jaafar


Pulai           : Salahuddin Ayub
  
  
    Dewan Undangan Negeri
 
 

Buloh Kasap    : Firdaus Masod
    

Pemanis        : Normala Sudirman     


Tenang         : Mohd Zin Johar
    

Jorak          : Norhayati Bachok
    

Gambir         : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
   

 Serom          : Azmi Ahmad
    

Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
    

Maharani       : Dr Mohammad Taslim
    

Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah
    

Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari
   

 Semarang       : Ilyas Abu Bakar
    

Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan
   

 Parit Raja     : Noor Khalim Sakib
    

Senggarang     : Dr Mohd Ramli Md Kari
    

Rengit         : Ahmad Kailani Kosnin
   

 Machap         : Mohd Khalid Salekan
   

 Mahkota        : Khairul Faizi Ahmad Kamil
    

Endau          : Mohd Azam Abdul Razak
    

Pasir Raja     : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
    

Johor Lama     : Kamaldin Tahir
    

Penawar        : Anis Afida Mohd Azli
   

 Tiram          : Kumutha a/p Raman
    

Puteri Wangsa  : Abdullah Husin
   

 Permas         : Syed Othman Abdullah
    

Kempas         : Suhaizan Kaiat
    

Nusajaya       : Salahuddin Ayub
   

 Bukit Permai   : Mazlan Aliman
    

Benut          : Raden Sorobo Ponoh
    

Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
    

Kukup          : Ghazaley Ayiub
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers