PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 26 September 2012

Pembetangan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat: "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat"

Anwar Ibrahim Belanjawan 2013 Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif)
 
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat : Kalau tahun lepas Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 diumumkan 3 hari sebelum Bajet 2013. Kali ini,  Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat dijangka dibentangkan petang ini iaitu 2 hari sebelum Bajet 2013 oleh Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak…….Apa isinya?
 

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Belanjawan Alternatif 2013)

 
  • Lokasi : Dewan Rakyat
  • Tarikh : 26 September 2012
  • Masa : 2:00 petang
 



Ketua Pembangkang yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim kini sedang membentangkan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur seperti kelaziman yang dilakukan setiap tahun.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mewakili Presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan hampir kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Petugas media dari dalam dan luar negeri dikhabarkan sudah memenuhi bilik taklimat tersebut seawal jam 1.40 petang tadi bagi mengikuti pembentangan Belanjawan 2013 ini, dipercayai kali terakhir dibentang sebelum pilihanraya umum akan datang.

Tema Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat ini bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" yang dijangka terus memberikan keutamaan kepada penyelesaian kerangka makro dan mikro ekonomi selain mensejahterakan ekonomi rakyat di saat kebimbangan terhadap inflasi dan hutang luar negara yang kini berjumlah RM468 bilion atau 53.9 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Ia dibuat dua hari menjelang pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri, Najib Altantuya pada Jumaat ini.


Taklimat mengenai belanjawan tersebut telah dijalankan kepada semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam.

Dalam Belanjawan Alternatif 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober tahun lalu, Pakatan mengumumkan peruntukan belanjawan sebanyak RM220 bilion untuk keperluan rakyat.

Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Sejahtera Rakyat 2012 itu mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia adalah penjimatan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK,  dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah.

Antara lain, Pakatan Rakyat mengumumkan gaji minima RM1,100 yang juga melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam mengikut tangga gaji. Pengenalan gaji minima akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100.

Belanjawan tersebut merangkumi pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Selain itu, penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion.

Lesen dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi.

Lesen import permit AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara sebanyak RM1.2 bilion berbanding amalan sekarang yang menguntungkan kroni.

Sebelum ini, pentadbiran Najib Altantuya menciplak idea yang dibentangkan Pakatan, antaranya memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang menyerupai Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang diperkenalkan Anwar.

Najib Altantuya juga mengumumkan bayaran kepada insentif guru yang meniru idea yang dikemukakan oleh Pakatan menerusi Buku Jingga.

Perdana Menteri turut memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat meniru langkah yang telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak sekian lama.

Untuk Belanjawan Alternatif 2013, dijangka Pakatan Rakyat menyasarkan pelbagai tumpuan untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus bagi mengurangkan bebanan dan menambah manfaat rakyat

Pegangan Akidah Mahathir Tersasar Lagi

 
Isu Kenyataan Mahathir mengenai hukuman HUDUD 

Mohd Azmi Abdul Hamid

TERAS kesal dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan mengikuti Sunnah dan Hadith tidak wajib untuk menentu hukum Islam.



Ini jelas adalah kejahilan dan penolakan pegangan pokok umat Islam yang termasuk dalam salah satu usul tunjang dalam Aqidah orang Islam.



Pendirian beliau sangat tersasar dari pegangan Aqidah ahli Sunnah Wal Jaamah yang tidak ada khilaf sama sekali di kalangan para ulama iaitu rujukan kepada Al Sunnah dan berpandu kepada Hadith Rasulullah s.a.w dalam menentukan hukum selepas Al Quran adalah wajib.



Beliau sendiri tidak sepatutnya mengeluarkan pandangannya dalam hal ini kerana beliau bukan ahli dan tidak berkelayakan untuk mengeluar pendapat yang menyentuh soal pokok dalam hukum Islam.



Dengan mengatakan bahawa hudud tidak ada dalam Al Quran dan ia hanyalah tafsiran pihak yang mahu menunjukkan lebih Islam dari orang lain serta rujukan kepada Al Sunnah dan Hadith tidak wajib adalah pernyataan yang boleh menjejaskan pegangan aqidah beliau sendiri.



Beliau juga cuba membawa fahamannya sendiri bahawa hukum hudud tidak membawa keadilan kerana ia tidak sesuai dengan keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama.



Anehnya beliau jugalah yang sebelum ini mempelawa agar PAS menerima UMNO untuk melaksanakan hudud.



TERAS mengesa agar beliau berhenti dari mengeluarkan pendapat yang tidak layak baginya sebagai orang yang bukan menguasai bidang ilmu agama.



Sebenarnya pemikiran liberal seperti inilah yang sepatutnya ditegur oleh para ilmuan dan ulama kerana ia boleh mengelirukan orang awam.



TERAS berkali-kali menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu mengujudkan sebuah Forum Khas untuk sesiapa yang mahu memberi pandangan mengenai hal yang berkait dengan hukum hakam Islam hendaklah dibentangkan kepada forum tersebut.



Ini adalah bagi mengelakkan pihak yang tidak mempunyai kedalaman ilmu Islam tidak dengan mudah mengeluarkan pendapat yang boleh mengelirukan orang ramai terutama bila dijadikan bahan debat dalam media massa.



Pendapat Tun Mahathir ini cenderung untuk menunjukkan kesamaaan dengan pendapat golongan anti-Hadith yang pernah timbul dalam masyarakat.



Pegangan golongan ini telahpun ditolak oleh para ulama dan ia perlu dihalang dari berkembang.



Pihak berkuasa agama perlulah mengambil tindakan membetulkan pandangan yang keliru dan sesat ini agar orang awam tidak mudah terpengaruh dengan pegangan yang tidak berasaskan ilmu Islam yang sahih.



Jika beliau tidak ditegur dan pihak kerajaan membisu ia menunjukkan pemahaman sesat seperti yang diungkap oleh Tun Mahathir diterima dan dibenarkan berkembang di Negara ini.



Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers