PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Tuesday, 25 September 2012

TAUFIK OMAR MENGAKU PINJAMKAN JET KEPADA ANWAR


















Oleh : MD IZWAN



KUALA LUMPUR : Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan.





Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.


“Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi. Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star.



Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.



Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.



Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.



Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter naib presiden PKR Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.



Malah, kehadiran Anwar ke Labuan juga turut menyaksikan kemasukan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR. (TMI)

Pemilik Jet Dassault Falcon 7X Dinaiki Anwar ialah orang Kelantan? [Gambar + Video]


 





 




NONE


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mendakwa pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan.

Anwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan".

"Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian.

Dia kata tiada."(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar.

Katanya, pemilik jet tersebut – dipercayai dari jenis Dassault Falcon 7X – merupakan seorang yang dikenalinya untuk sekian lama.

Jet berkenaan berpengkalan di Kuala Lumpur dan didaftarkan dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Ia digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur... Kalau boleh, saya mahu pinjam lagi," katanya.

Blog pro-Umno kini hebat memainkan isu penggunaan jet peribadi yang digunakan Anwar yang tidak melibatkan walau sesenpun wang rakyat, akan tetapi apabila diasak soal penyalahgunaan skandal lembu RM250 juta ketua wanita Umno, Shahrizat Jalil dan keluarganya semuanya diam membisu tanpa sebarang komen.


Fakta pesawat Dassault Falcon 7X:

Pengeluar: Dassault Avaiation (Paris, Perancis)

Jarak perjalanan maksimum: 11,019 km

Panjang / Lebar sayap: 23 m / 26 m

Kelajuan penerbangan: 900 km/j

Kelajuan maksimum: 953 km/j

Berat: 15,460 kg

Harga: USD50 juta (RM160 juta) (Harga tahun 2008)





-sumber sini dan sini

P/S- Persoalannya, siapakah pemilik jet tersebut? baca sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers