PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 3 February 2014

VIDEO: Kekecohan Perlawanan T-Team, JDT…Siapa Pukul Siapa?

Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014 antara JDT dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Larkin, Johor Baharu.

Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baharu diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.

Zainal berkata selepas tamat perlawanan masa pertama berlaku pertelingkahan antara jurulatih JDT, Cesar Fernando Jiminez dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo.

Katanya, ketika di dalam terowong pertelingkahan terbabit mendapat campur tangan pemain kedua-dua pasukan hingga menyebabkan T-Team enggan meneruskan perlawanan.

JDT sedang mendahului T-Team dengan keputusan 2-1 pada aksi separuh masa menerusi sentuhan penyudah penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa masing-masing pada minit ke-15 dan 20′.
Skuad ‘The Titans’ merapatkan defisit jaringan hasil sepakan percuma daripada jarak 20 meter menerusi kapten pasukan, Marzuki Yusoff pada minit ke-26.

Zainal yang ditemui pemberita selepas itu berkata, pihaknya akan merujuk perlawanan berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak (FAM) sama ada untuk mengekalkan keputusan tersebut atau perlawanan ulangan diadakan.

Bagaimanapun, mengikut peraturan FAM, sesuatu perlawanan ulangan yang terpaksa dijalankan berikutan pembatalan atau penangguhan, maka ia akan disambung hanya dengan baki tempohnya dan bukan lagi dimulakan daripada minit pertama.

Selain itu, kedudukan jaringan dan layangan kad semasa dikekalkan serta pasukan diwajib menurunkan barisan pemain yang sama.
VIDEO: Kekecohan Perlawanan T-Team, JDT...Siapa Pukul Siapa?
( Pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues (kiri) dan jurulatih kecergasan, Stefano Impaglaizzo (kanan) keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada Ahad. Mereka yang berada di balai berkenaan kira-kira 16 minit atas urusan yang tidak diketahui mengambil keputusan membisu apabila diminta penjelasan mengenai tujuan ke balai polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsudin ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiada laporan rasmi dibuat oleh pihak T-Team sehingga 3.30 petang.)

Dalam pada itu, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua, juara Piala Malaysia, Pahang menjadi pasukan pertama mengesahkan slot ke suku akhir selepas mengalahkan Lions XII dari Singapura 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Kemenangan tersebut sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah juara Liga Super itu yang kali terakhir kecundang di halaman sendiri pada Julai 2012.

Pahang hanya berjaya menembusi gawang gol pasukan Lions XII menerusi Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-51 sebelum Azidan Sarudin menggandakan kedudukan untuk skuad Tok Gajah, empat minit kemudian.
Pemain pertahanan Lions XII, Muhammad Safuwan Baharudin mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-86.

Pahang dijadualkan bertemu pemenang perlawanan antara wakil Pulau Pinang, PBAPP FC atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi suku akhir secara timbal balik pada 11 dan 18 Mac ini.

Perlawanan pusingan kedua melibatkan PBAPP FC dan PDRM akan berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Selasa ini.

Lima lagi aksi Piala FA turut berlangsung pada hari yang sama iaitu Selangor menentang dan Sarawak, Kedah menentang Perlis, Kelantan bertemu Sabah, Selangor PKNS FC menentang Terengganu dan Sime Darby FC berdepan Felda United FC.//(mynewshub)

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
apa kata kita batalkan semua liga malasysia . buat malu shj
1 reply · active 582 weeks ago
Yg perlu dibatalkan org yg pukul tu jer.....kelab yg banyak masalah tu sekali....

jgn biarkan berlaku lagi ler...asyik nak memukul org jerr

jgn jadi gomez lagi dah ler...cam blog ni citer

http://malaysiacrisis.blogspot.co.uk/2014/02/peri...
Malaysia oh Tanah Airku...

Semoga T Team menang kes ini.Amin.
anak melayu's avatar

anak melayu · 581 weeks ago

keturunan keje nk pukul org je....haram
hilman Sam's avatar

hilman Sam · 581 weeks ago

salam kpd semua peminat bolasepak,
Dlm era dunia bolasepak moden adalah kes bertumbuk.MasyaAllah.Sebagai manusia normal,bertengkar atas selisih faham boleh lagi diterima dimana2 situasipun kita sering bertengkar dlm politik lagi kelam kabut.Tapi emosi kena kawal.Kata pak Samad Idris,hati biar panas kepala mahu sejuk.Apa macam jika hati panas kepala panas nescaya berasap terbakar dunia ni.Semua orang ada tenaga sekadar nak bergasak apapun kita kena fikir jgn turut kata hati akibatnya siapa yg menumbuk tak ada orang nak salute malah kena kutuk pulak,malu lagi seandainya kita bertaraf pemimpin.Jgn taksub sgt nak menang.Tunjuklah semangat kesukanan yg tinggi.FAM gagal dlm usaha utk menonjol konsep"Fair Play".Kena ingat fair play ini bukan hanya atas padang kpd pemain sahaja,semua yg terlibat dri corak pengadilan hinggalah semua pihak pengurusan kena tunjuk sikap dan semangat kesukanan yg tinggi.Kenapa akhir2 ini ada saja yg tak kena dlm dunia bolasepak? banyak transformasi dilakukan contoh Setiausaha FAM sudah bertukar wajah,kepimpinan negeri juga silih berganti,rata-rata tokoh berkeliber dan berpengaruh sepatutnya masalah kian berkurangan kemajuan makin cemerlang tapi nampaknya tindak mahu undur kebelakang.Sebelum parah sampai ada pasukan merajuk bawa diri ke liga luar negeri,kita berharap FAM harus dan wajar bertindak secara bijaksana,adil,telus dan ikhlas.Jgn pilih bulu pandang rupa dan pangkat.Siapa yang melakukan kesilapan harus dikenakan tindakan setimpal.Budibicara boleh diberi pertimbangan tapi jgn sampai tindakan itu melemahkan seluruh organisasi kerana nak jaga hati.Kalau tak tuding jari ini betul itu salah.Kita berpegang kpd prinsip kalau setakat mulut maka lawan ajelah dgn mulut cukup sudah berbaloi.Bagilah peluang diaorang nak bercakap.Saya rasa tidak wajarlah kalau mulut dilawan dgn tapak tangan.Memang betul sbb pulut santan binasa. Apapun terpulanglah pd interpretasi masing2.Kalau kita nak maju dlm bolasepak,bukan cara kita menggunakan hukum rimba.Bayangkan kalau semua pasukan amalkan budaya silap sikit banyak nak bergasak? hancur...... mungkin FAM akan bungkus dan serah saja kpd YB KJ memikirkan satu organisasi baru.Saya yakin YB KJ boleh.Ampun maaf,kalau baik terimalah teguran ini secara positif kalau tersilap anggaplah catatan ini untuk kebaikan kita bersama tanpa ada niat utk diskriminasi sesiapapun.Semoga kemelut ini dpt diselesaikan bersandarkan semangat muafakat,harmoni dan bermaafan.Ingat kita adalah warga 1Malaysia.Majulah sukan utk negara.Terima kasih.
This Is What Women Really Want !! => KLIK HERE !!

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers