PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 9 December 2013

Semakan Kajian PBS Online : Mansuh PBS?

PBS 2014
Realitinya sistem pendidikan di Malaysia tidak bertahan lama di mana acapkali berubah. Dan prestasinya terus dinilai lemah (KLIK SINI)
 
Ini ditambah kerisauan apabila berlaku pertukaran portfolio jawatan bagi Menteri Pendidikan, sistem pendidikan pasti akan ditukar dan dirombak semula atas nama pembaharuan dan legasi yang mahu ditinggalkan. Pak Ungku Aziz….
 
Tokoh akademik negara, Pak Ungku Aziz pernah menyuarakan pandangan kritisnya di mana beliau merasakan jikalau sistem pendidikan di Malaysia tiada tangan-tangan gatal yang mengusik dan merombaknya sesuka hati, beliau yakin dan pasti pendidikan negara tidak akan menjadi carca merba seperti yang berlaku sekarang.
 

Semakan Kajian PBS Online : Nantikan April 2014 Ini!

 
Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seringkali mendapatkan aduan daripada kalangan guru-guru sekolah yang mana sistem yang disediakan untuk mereka diarasakan agak “menyedihkan”. Terbaru, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberikan ucaptama dalam Persidangan Agung UMNO 2013 (PAU) memberikan janji untuk mula membuat Semakan Kajian PBS Online bagi memperbaikinya bermula April 2014. Bermakna sekitar 4 bulan dari sekarang…..
 
Walaubagaimanapun, cadangan dan pelan Semakan Kajian PBS Online bagi memperbaiki sistem tersebut tidak dipersetujui Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) yang mahukan PBS dimansuhkan secapat mungkin daripada terus dibairkan masalah yang membelengu kalangan guru-guru melibatkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dibiarkan berpanjangan. Antara alasan yang dikemukakan oleh Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) ialah :
  1. Tempoh masa yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memperbaiki bermula April 2014 dirasakan sudah terlewat dan sangat lama untuk bakal calon Penilaian Menengah Rendah
  2. Masalah berkaitan sistem PBS terus berterusan, dan masih tidak mampu diperbaiki & diselesaikan sehingga ke hari walaupun PBS telah pun dilaksanakan sejak 3 tahun yang lalu.

Semakan Kajian PBS Online 2014 : Tidak Mahu. Kami Nak Mansuh!


Dan…Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) bertekad mahukan sistem PBS ini dimansuhkan serta-merta dan mahukan sistem peperiksaan menggunakan modul 70 peratus teori dan 30 peratus praktikal.
 
PBS ini sendiri sebenarnya ditiru dari sistem yang ada di negara maju. Yang menjadi sistem ini kelihatan gagal, apabila kebanyakan pelaksana tidak berapa mahir disebabkan melalui proses pendidikan dengan methodologi berbeza. Centralize based system seperti yang digunapakai dahulu. PBS ini mesti ada “set of guideline”, “frameworks and method of executions” baru boleh berjaya seeprti di negara maju.
 
Sistem yang telah berjaya di negara maju apabila dibawa masuk mengikut acuan dan rentak negara yang bernama Malaysia terus menjadi carca merba. Di mana silapnya? Mesti ada yang canggung terhadap sistem ini, tetapi malangnya masih tidak mendapat perhatian “serius” oleh kalangan yang berkuasa
 
- berita semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers