PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday, 15 November 2013

Kenaikan Gaji 2014 di Malaysia Sebanyak 5.7%. Berita Gembira Penjawat Awam & Kakitangan Swasta!

Berita Kenaikan Gaji Naik 2014 di Malaysia : Dikala rakyat berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup, terdapat berita gembira yang menanti rakyat Malaysia tidak kira penjawat awam mahupun kakitangan swasta apabila kalangan majikan telah mengunjurkan akan berlakunya….kenaikan gaji naik di Malaysia sekitar 5.7% pada tahun 2014.

Kajian yang terperinci ini dilakukan sendiri melalui kaji selidik oleh Trend Gaji ECA International.

Peranan ECA International adalah pembekal utama dunia bagi pengetahuan, maklumat dan teknologi bagi pengurusan dan tugasan pekerja di seluruh dunia.

gaji naik 2014


Kadar Kenaikan Gaji Naik di Malaysia 2010 – 2013?


  • Kadar kenaikan gaji naik di malaysia tahun 2010 : 5 %
  • Kadar kenaikan gaji naik di Malaysia tahun 2011-2013 : 5.5%
  • Kadar kenaikan gaji naik di malaysia tahun 2014 : 5.7%

Jikalau melihatkan jadual di bawah ini, berita semasa mendapati peratus kenaikan gaji nominal Malaysia pada tahun 2014 lebih tinggi berbanding jiran kta Malaysia walaubagaimanapun masih rendah berbanding Indonesia.

Secara puratanya untuk tempoh 3 tahun terakhir ini kenaikan gaji naik di Singapura hanyalah berlegar pada kadar 4.5% sahaja.

Pengarah serantau ECA Internationa, Lee Quane ada mengatakan pekerja industri Perbankan dan Kewangan di Malaysia akan memperoleh kenaikan tertinggi pada tahun 2014.

Kadar Kenaikan Gaji Naik di Malaysia VS Kos Sara Hidup?


gaji baru naik 2014

Tetapi realitinya pa yang sedang berlaku dan menekan rakyat Malaysia hari ini?

Paling penting bagi Berita Semasa bebanan kos sara hidup perlu distabilkan semula. Sekadar berkongsi.

  • Pembelian strawberi 250gram contohnya di New Zealand $1.34 jer sahaja.
  • Di Malaysia? RM10.00!!

Dengan gaji 3000 dollar contohnya, pelbagai barangan dapat dibeli (perbelanjaan boleh guna). Contohnya?

  • iPhone baru di New Zealand contohnya 300 dollar bagi pendapatan 3,000 dollar
  • iPhone baru di Malaysia pula sekitar RM2,000 dengan gaji RM3,000

Mengapa? Nah…..Berita semasa amat menekankan supaya Malaysia kena kembalikan zaman kegemilangan nilai duit Malaysia sekurang-kurangnya bersamaan 1 kepada 1 dengan Singapore dan juga Brunei. Ini kerana ia penting untuk kesenangan hidup rakyat Malaysia. Tetapi…..tersangatlah menyedihkan kerana ini tidak berlaku, sebaliknya nilai duit rakyat Malaysia semakin jatuh dan jatuh. Something wrong somewhere?

  • US atau New Zealand gaji $3000. Beli kereta kualiti pada nilai $15000 sahaja. Tidak perlu hutang pun boleh beli.
  • Malaysia gaji RM3000. Beli kereta kurang kualiti RM40000-RM50000, jikalau mahu yang berkualiti sedikit perlu berbelanja sehingga RM70000-RM200000. Terima kasih dengan bantuan hutang bank selama 7-9 tahun lamanya

kenaikan gaji baru 2014

Apa respon balas anda pula? Bincangkan kenaikan gaji 2014 dengan bebanan kos sara hidup anda seharian?

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Syukur....
1 reply · active 593 weeks ago
Admin, aku mintak tolong...
hang tolong cakapkan "buto la ko ni" kepada org yg buat kajian turrr. Gaji aku 6610 sebulan. kalu 5.7% ialah 376.77. Tapi kenaikan aku hanya 270 setahun atau 4.1% sahaja untuk tempoh beberapa tahun lagi! Peratus kenaikan harga barang pula melebihi peratus kenaikan gaji aku! Peratus kenaikan harga gula tahun ni (35 sen atau 12.1% drp harga asal RM2.90) itu pun sebenaarnya melebihi peratus kenaikan gaji aku 4.1%!! Petrol pun sama, kenaikannya (20 sen atau 10.53% drp harga asal RM1.90) berbanding peratus kenaikan gaji aku 4.1%

Tolong cakap kat dia "kepala buto ko la...mana ada gaji org malaysia naik sampai 5.&% setahun"
syukurlah masih aman..tak kene tsunami dan taufan sbb umat melayu mmg baik dan soleh
1 reply · active 592 weeks ago
Saya setuju dengan anda. Kita bersyukur kerana negara masih aman, tidak ada ribut taufan seperti melanda filipina, tsunami di jepun. Bersyukurla......Apa yg kita kejar didunia nie, jika amalan masih berkurangan.... tak perlula menghentam orang itu x betul, orang ini x betul..... semua itu akan dibayar oleh Allah by cash..... jika tidakjujur, rasuah dan macam2 lg...... cuma lambat atau cepat aje......
Dengan mentaliti dan pemikiran mcm 2 komen di atas lah yg menyebabkan melayu tak akan maju....dan sikap ini memberi kegembiraan tak terhingga kepada umno yg boleh cucuk hidung orang melayu mcm lembu! Syukur memang kita kena bersyukur tetapi adakah setakat itu saja?....kitta boleh memperolehi lebih lagi dari apa yg kita dapat skrg...Allah Ta'alla kurniakan pada negara ini byk nikmat utk menguji kita semua...tetapi terjadi penyelewengan, rasuah, penipuan, putar belit, pembaziran dan mcm2 lagi! Itu sebab KERAjaan tak ada duit tetapi mereka tak khuatir kerana tahu bahawa orang melayu ni akan terus sokong mereka walau mereka buat apa saja pun! Bilalah nak berubah pemikiran bangsaku ini??
1 reply · active 593 weeks ago
syukur ada org seperti kamu "melayu"
Cik Salju's avatar

Cik Salju · 593 weeks ago

Assalamualaikum,

maaf, i nak tumpang beritahu tentang sebuah posting yang hot & info yang sangat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2013/11/melayu-a...

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers