Benarkah negara kita aman dan selamat ?
Kebimbangan masyarakat terhadap penjenayah berlesen kian ketara, ia
susulan dari kejadian rompak dan bunuh yang dilakukan oleh pengawal
keselamatan keatas pegawai bank beberapa hari lalu.
Untuk makluman, ketika meninjau
latarbelakang dan sikap rakan-rakan sejawatan suspek menerusi aktiviti
dilaman Facebook, didapati kebanyakkan dari mereka mempunyai banyak
persamaan dengan suspek, baik dari segi mentaliti dan juga tingkah laku.
Oleh demikian sebagai mengambil langkah
berhati-hati, diharapkan pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian
khusus supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.
Setakat ini lebih 8 buah syarikat yang
menggajikan warga asing sebagai pengawal keselamatan sedang diteliti,
namun nama-nama syarikat akan didedahkan setelah maklumat lengkap
diperolehi bagi memudahkan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.
Syarikat kawalan keselamatan tidak
sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dan mementingkan keuntungan
semata-mata, soal keselamatan perlu diambil kira, lesen yang diluluskan
oleh KDN bertujuan ‘kawalan keselamatan’ bukannya membekal penjenayah
warga asing untuk merompak dan membunuh rakyat tempatan.
Apa yang dilihat berlaku hari ini adalah
syarikat kawalan keselamatan seolah-olah memberi lesen, latihan dan
senjata api kepada penjenayah.
Lihat gambar diatas menunjukkan seorang
pengawal keselamatan sedang membiasakan dirinya memegang senjata api dan
mengacukan tepat kearah muka rakannya. Lokasi tersebut di TNB Pelabuhan
Klang.
Persoalannya apakah tidak ada langsung
pemantauan dari pihak syarikat keatas tindak tanduk pengawal keselamatan
yang ditugaskan ? Adakah senjata api boleh dipegang main sesuka hati ?
Bukankah kecuaian seperti ini membuka peluang kepada warga asing
melakukan jenayah ?
Selain beraksi dengan senjata, pengawal
keselamatan warga Indon ini gemar melaram sebagai seorang pegawai dan
bergaya elit, gambar berkenaan seterusnya dimuatnaik menerusi Facebook
dan mendapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan sekampung mereka yang
berada di Indonesia.
Mereka juga dilihat turut tidak suka
memakai uniform seorang pengawal keselamatan, tidak pasti apa tujuannya,
kemungkinan tujuan mereka untuk bermegah dengan rakan sekampung dan
menyembunyikan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Lihat saja gambar-gambar yang dimuatnaik oleh suspek pembunuhan di Facebook pembunuh pegawai Ambank , hampir kesemua gambar ‘pembunuh’ itu bergaya elit, penampilan pembunuh bagaikan seorang ‘eksekutif’.
Kesimpulannya, ‘senjata api’ dan ‘gaya
elit’, perkaitan itu boleh mendorong kepada kelakuan jenayah, ia
disebabkan rasa megah apabila disanjung dengan gayanya yang elit,
sedangkan hakikat sebenar mereka hanyalah sebagai seorang pengawal
keselamatan yang sudah pasti tidak mampu untuk bergaya sedemikian.
Status FB terakhir pembunuh dan seorang wanita yang dipercayai isterinya.
Justeru
bagaimana mereka ingin berdepan dengan rakan-rakan apabila mereka balik
kekampung ? Sedangkan rakan-rakan mengetahui diri mereka yang elit,
takkan nak balik kampung pakai barang pasar malam ? Mereka terpaksa
mengekalkan penampilan ‘branded’ dan mewah itu .
Untuk mengekalkannya mereka tak mampu,
mereka akan cari jalan pintas, dan peluang yang dibuka oleh syarikat
keselamatan yaitu menerima mereka kerja dengan kad pengenalan palsu dan
memberi senjata api akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Natijahnya, seorang pegawai bank mati
ditembak kejam, pembunuh adalah seorang pengawal keselamatan, pembunuh
berjaya membawa lari wang sebanyak RM450,000. Anak kecil menjadi yatim,
mungkin sesekali bertanya dimana ibu ? Kenapa ibu tak pulang lagi ? Apa
yang hendak dijawab kepada anak kecil yang belum mengerti ?
Lima hari selepas kejadian pembunuh
masih lagi gagal ditahan, faktor itu menjadi motivasi kepada rakan
pembunuh, risiko berulangnya tragedi rompakkan bunuh ini terlalu besar.
Apa tindakkan pihak yang berkuasa ? Bagaimana dengan syarikat
keselamatan ? Nak tunggu berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa ?
Bertindak biar tegas !!!
Dibawah
juga adalah rakan Facebook kepada pembunuh, no I/C yang tertera di kad
berkenaan tidak ada dalam rekod rekod SPR, nama yang digunakan di
Facebook ialah Joemar Omar, berasal dari Denpasar, Bali, Indonesia,
terakhir aktif di FB pada 23 Oktober 2013. Mohon pihak KDN siasat, jika
no I/C berkenaan palsu, bermakna……..Anda Mampu Mengubahnya.
sumber: nescafeais.com