PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Sunday 8 September 2013

Dedah ahli politik terbabit kongsi gelap

Anggota Polis Bukit Kayu Hitam memeriksa kenderaan sambil dibantu Pasukan Gerakan Khas (PGK) dalam sekatan jalan masuk sempadan Malaysia sempena Ops Cantas Khas di pintu sempadan Malaysia-Thailand, kelmarin. - Foto BERNAMA

Bagan Datoh: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menyerahkan nama anggota kongsi gelap dan samseng termasuk ahli politik yang dikaitkan dengan kumpulan itu kepada polis untuk diumumkan, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita serahkan nama kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia). Saya tak campur tangan dalam tugas PDRM, jadi mereka akan ambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Tunggu Bukit Aman keluarkan nama mereka... bila akan dedahkan?, saya serah kepada polis,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra Skuad 1Malaysia Perak di Kompleks Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Simpang Tiga, di sini semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Puan Seri Zuraidah Mohamad dan Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.


Sangkal tuduhan

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, meminta rakyat menanti pengumuman yang akan dibuat Bukit Aman kerana beliau tidak mahu mengulas sama ada ahli politik yang dikaitkan dengan kongsi gelap dan kumpulan samseng itu dari parti pembangkang atau kerajaan.

“Saya tak mahu ada unsur politik dalam membanteras jenayah. PDRM pasukan profesional, ada kepakaran tertentu bagaimana mahu tangani jenayah melampau,” katanya sambil turut menyangkal tuduhan kononnya beliau bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam menangani jenayah dan pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Pihak tertentu sebelum ini menuduh Naib Presiden UMNO itu hanya tegas dalam mengambil tindakan berkenaan sehingga 19 Oktober ini saja, iaitu tarikh pemilihan UMNO. //(beritaharian)

1 comment:

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers