10 INDIVIDU DAKWA PEWARIS AGONG DITAHAN BERKUMPUL DI ISTANA NEGARA
Kuala Lumpur, 5 Ogos - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata
mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian
serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.
"Kumpulan ini
mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka
Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris
Agong yang sah.
"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta
dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai
Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut
Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta
yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian
watikah baiah.
Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.
Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah
mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu
diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan
ketua yang bergelar 'Tuanku'.