Dikhabarkan, gadis
bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah anak
saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat
Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.
“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah
Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.
Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.
“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.
“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi. -SH








CerKampung · 623 weeks ago
Dr. No · 622 weeks ago
anone · 622 weeks ago
ini blog penipu..tajuk sume nk gimik konon, padahal ada unsur fitnah dan buat-buat cerita di situ..
kepada viewer,jgn layari blog ini lagi..
SentiasaPanas · 622 weeks ago
SentiasaPanas · 622 weeks ago
wak karktoo · 622 weeks ago
zulpas · 622 weeks ago
teruna · 622 weeks ago
ina · 620 weeks ago
john · 619 weeks ago
john · 619 weeks ago
klu anda mrah bmkne anda mrah pa allah?lyak ke kite complain pd pencipta kita??
kite org beriman kene yakin n caye kwen adlah jdoh dri allah..
john · 619 weeks ago
john · 619 weeks ago