PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 11 August 2014

Faekah Husin umum keluar PKR hari ini

Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu memecat bekas bosnya.
Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau kepada Malaysiakini dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.
Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang kepercayaan terhadap parti."
Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.
"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini yang diperjuangkan oleh partinini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," petik surat itu.//malaysiakini
Cari pisau, parang?? Sila klik http://parangonline.blogspot.com
..
 

Tuesday, 5 August 2014

Israel merasakan tewas, berundur sepenuhnya dari Gaza

GAZA: Tetera rejim Zionis akhirnya berundur sepenuhnya selepas empat minggu melakukan serangan kejam terhadap penduduk Semenanjung Gaza.

Pengunduran itu dibuat menjelang persetujuan genjatan senjata oleh kerajaan rejim dan Hamas bagi tempoh 72 jam bermula pada pagi Selasa.

"Tentera Israel berundur sepenuhnya dari Gaza pada 08:00," kata jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner.

Bagaimanapun kata beliau, tentera rejim akan mengekalkan kedudukan pertahanan berhampiran sempadan Gaza.

Saksi mendakwa peralatan dan jentera perang Israel dibawa keluar dari jalur Gaza setengah jam sebelum genjatan senjata berkuat kuasa pada jam 8 pagi.

Dalam tempoh sebulan serngan terhadap Gaza, sekurang-kurangnya 1,867 warga Palestin, kebanyakannya orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dan 9,450 cedera.

Israel pula mengumumkan bahawa 64 tentera mereka terbunuh dan 400 yang lain cedera.

Media Palestin melaporkan pengunduran tersebut disambut penuh gembira oleh tentera rejim yang sebelum ini dikatakan dalam tekanan apabila terpaksa berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Brigen Izzuddin Al-Qassam.

Pengunduran ini juga pada hakikatnya adalah kekalahan Zionis yang tidak mencapai apa-apa matlamat melalui serangan kali ini.

Lebih dari itu, kesan daripada serangan ini, Zionis terpaksa berhadapan dengan kecaman antarabangsa sekaligus mampu menjejaskan aspek ekonomi negara haram itu. -HARAKAHDAILY 5/8/2014

Cari pisau, parang? Sila klik http://parangonline.blogspot.com

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers