PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 9 July 2014

Patutlah Brazil Kalah Teruk.. Ini Puncanya

Seperti yang saya ramalkan Brazil akan kalah kepada Jerman di separuh akhir. Bagaimanapun kekalahan yang besar 1-7 memang di luar jangkaan. Selepas menonton perlawanan tersebut, empat faktor dikenal pasti.

1. Perubahan mendadak corak permainan Brazil daripada strategi 'long passing' kepada 'short passing', atau kembali kepada corak tradisional Brazil (Samba) telah memakan diri. Scholari telah merubah corak tersebut disebabkan ketiadaan Neymar. Neymar adalah seorang penyerang mempunyai larian yang pantas, maka dia lebih sesuai dengan umpanan jarak jauh. Apabila Neymar tidak dapat diturunkan, corak permainan Brazil kembali kepada Samba, iaitu hantaran pendek, gelecek dan kreativiti pemain. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu mempunyai ciri-ciri seperti ini.

2. Disebabkan perubahan corak tersebut, pemain-pemain pertahanan telah dijadikan enjin utama untuk menjana gol. Sepuluh minit pertama, jentera utama ini dikerah habis-habisan sehingga David Luis kerap berada dalam kotak penalti lawan. Dalam tempoh ini Brazil memang menguasai permainan, tetapi pemain pertahanan menjadi letih dan hilang tumpuan kepada tugas asasi mereka untuk bertahan. Kesemua gol separuh masa pertama disebabkan keletihan dan hilang tumpuan sehingga membenarkan penyerang-penyerang Jerman begitu bebas berada di kawasan bahaya.

3. Pasukan Brazil kali ini tidak begitu kuat di bahagian tengah (midfield). Walaupun mempunyai pemain seperti Oscar. Corak permainan Samba memerlukan pemain yang kreatif di bahagian ini, seperti Kaka sebelum ini. Apabila Brazil kembali kepada corak Samba, pemain tengah tidak mampu mengikut rentak ini. Mereka tidak mampu mencipta peluang untuk pemain penyerang, malah gagal menandingi pemain tengah Jerman. Sepatutnya Scholari membawa Kaka dalam barisan utama pemain Brazil kali ini, termasuk Ronaldinho yang sedikit sebanyak dapat membantu jentera tengah walaupun dia pemain penyerang. Kedua pemain ini dapat disandarkan harapan apabila Neymar dan Silva tidak dapat diturunkan.


4. Faktor ini merupakan faktor kelemahan Brazil turun temurun, iaitu penjaga yang tidak begitu cekap. Sememangnya Brazil menghasilkan ramai pemain-pemain hebat tetapi ramainya di bahagian penyerang dan tengah. Lazimnya penjaga gol Brazil tidak begitu hebat, sehebat nama pemain penyerang dan tengah mereka. Walaupun Julio Cesar dilihat sebagai hero sewaktu menentang Chile tempohari, dalam permainan kali ini dia gagal membuat bacaan tepat. Gol pertama, sepatutnya dia boleh membaca arah sepakan sudut dan keluar untuk menumbuk bola. Gol ketiga dan ketujuh, sepatutnya dia berupaya menepis bola itu kalau berada di sudut yang betul. ~hrkh/addin


Cari parang, golok??? Sila klik http://parangonline.blogspot.com 

.

Guru dah macam samseng

Kuala Lumpur: Umpama hilang akal apabila guru lelaki yang mengajar murid Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab, Pahang, naik angin terhadap anak muridnya hanya kerana mahu melihat tugasan melukis yang diberikan kepada mereka.
Video kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan guru terbabit sedang memarahi anak muridnya dengan suara menengking sambil diperhatikan guru lain yang berada berhampirannya

Cakaplah mana lukisan itu...mana...aku nak tengok!!!...melukis tak nak, keluar! sini melukis," kata guru itu menerusi paparan video yang menarik perhatian lebih 9,000 pengguna FB, sehingga tengah hari ini. 

Dalam video berdurasi dua minit 15 saat itu, guru terbabit dipercayai turut menengking dan cuba mengasari guru besar sekolah berkenaan yang cuba menegur sikapnya.

Namun, guru lelaki itu terus berkata sesuatu yang kurang jelas seakan cuba melakukan provokasi terhadap guru besar dan hanya terdapat ungkapan 'pengecut' daripada guru lelaki terbabit.

Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit itu mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Macam ni perangai pendidik...cakap terjerit-pekit...sepatutnya tunjukkanlah sikap yang baik di depan murid ni tak perangai buruk yang dipamerkan, memalukan kaum pendidik saja," luah seorang pengguna dikenali sebagai Hamid Yahya.

Seorang lagi pengguna FB dikenali sebagai Daniel Shahputra berkata, video memaparkan sikap dan tindakan guru itu perlu di bawa kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Paparan video ini menjadi bukti... guru ini perlu dibantu... andai tidak, boleh membahayakan keselamatan pelajar dan pihak sekolah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Rosdi Ismail berkata sudah maklum mengenai perkara berkenaan dan sedang melakukan siasatan.

“Pihak kami sudah menerima laporan mengenai tindakan guru terbabit dan kami sedang menyiasat sama ada insiden itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.

"Jika laporan yang kami terima mengesahkan guru berkenaan bertindak kasar terhadap murid dan guru besar sekolah itu seperti didakwa dalam video berkenaan, kami akan mengambil tindakan tatatertib yang bersesuaian terhadap guru itu," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, segala keputusan untuk mengambil tindakan kami pertimbangkan selepas mendapat keputusan pihak jawatankuasa tatatertib bagi tindakan selanjutnya.

"Sehingga ini, kami turut memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua pihak yang terbabit termasuk kakitangan dan murid sekolah berkenaan,” katanya.//(mymetro)

.. cari parang, golok??? Sila klik http://parangonline.blogspot.com


..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers