PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday 17 July 2014

Wang tebusan: Zahid, IGP beri versi bercanggah

Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara hari ini memberi versi yang bercanggah mengenai tuntutan wang tebusan yang dilaporkan dibuat oleh kumpulan bersenjata yang menculik seorang anggota polis di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini.

Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengesahkan kumpulan yang menculik Konstabel Zakiah Aliep, 26, menuntut wang tebusan RM10 juta.

Beliau bagaimanapun, menegaskan kerajaan tidak akan melayan tuntutan wang tebusan bagi membebaskan anggota polis yang diculik itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan sebuah akhbar hari ini mengenai tuntutan wang tebusan tersebut.

Menurutnya, laporan itu adalah khabar angin semata-mata dan ia membahayakan keselamatan anggota pasukannya.//(m'kini)

Cari parang?? Sila klik http://parangonline.blogspot.com

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers