PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 23 February 2013

ASKAR KESULTANAN SULU TIDAK MAHU TINGGALKAN LAHAD DATU SABAH

Penceroboh tidak mahu tinggalkan Lahad Datu Sabah

Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina

Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana

Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya kepada AFP

Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi

Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka’

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan – AFP


-sumber

Friday, 22 February 2013

Ada 'sultan' Sulu tak setuju ceroboh Sabah

Pendaratan kumpulan bersenjata dari kepulauan Sulu untuk menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia menemui episod baru apabila seorang lagi 'sultan' tidak setuju dengan tindakan itu.

"Banyak pihak mendakwa mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang sah," kata Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada Malaysiakini menerusi telefon.

Kumpulan kira-kira 100 orang di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebelum ini mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.

Ampun Muedzul bagaimana pun menyifatkan pendaratan kumpulan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebagai tindakan tidak bijak.

"Beliau menentang tindakan pergi ke negara lain dengan senjata dan itu bukan satu tindakan yang bijak," kata jurucakap kepada Ampun Muedzul, Andres Linholm kepada Malaysiakini.

Pakar sejarah Dr Farish Noor pula berpendapat faktor perpecahan keturunan Sultan Sulu selepas kejatuhan kesultanan Sulu dan waktu tuntutan mula dibuat ke atas Sabah merumitkan persoalan pewaris sah kesultanan itu.

"Masalahnya dengan jurang masa yang begitu lama - di antara masa kejatuhan kesultanan Sulu pada 1862 dan situasi yang kita hadapi pada tahun 60-an - keluarga diraja Sulu kini sudah berselerak dan berpecah-pecah.

"Itu menjelaskan sebab begitu ramai orang mendakwa mereka adalah Sultan Sulu," katanya./~MK

Pencerobohan Lahad Datu, apa kata penduduk

Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.
Di samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

NONE"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat.

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup.

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

NONE"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung.

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

azlanSeorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia./~MK


Thursday, 21 February 2013

Kerajaan Malaysia Lemah dan SAMM Gesa Manila Segera Tarik Pasukan Tentera Keluar Dari Kawasan Kedaulatan Malaysia

Kenyataan Umum

21 Febuari 2013

Kerajaan Malaysia Lemah dan SAMM Gesa Manila Segera Tarik Pasukan Tentera Keluar Dari Kawasan Kedaulatan Malaysia

Saya dan teman-teman SAMM baru pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja 4 hari (14 – 15 Febuari) di sana. Kesempatan berada di Sabah telah memberi peluang memerhatikan kejadian ‘ Penaklukkan Tentera Filipina’ di Lahad Datu secara dekat.

Apa yang berlaku dari saksi hidup yang ditemui menyatakan sekitar 400 – 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

Persoalan penting bagaimana 400-500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo. Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.

Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan ‘menasihatkan’ penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat.

Tidak ada apa berlaku kecuali sekatan jalan raya tentera dilakukan. Amat ‘pelik sekali’ apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara tetapi kita boleh berunding sahaja. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Satu lagi persoalan bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan paling mahal yang terkait trajedi pembunuhan warga Monggolia. Mana perginya scorpene, kapal selam canggih negara tersebut ?

SAMM menyimpulkan perkara ini kepada dua kemungkinan:
1. Regim lemah, gagal selesai masalah persempadanan dan ini hasil malapetaka pemberian Kad Pengenalan.

2. Sememangnya Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina kini. Regim ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak diselesaikan dan diselindungkan.
Tahukah kita Kuala Lumpur masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Keadaan menjadi lebih parah apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian Kad Pengenalan kepada warga Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasinal di sana.

Kejadian ini mengingatkan kita dengan Rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan ketika itu. Berjaya yang menjadi sekutu Umno dalam Bn telah mencipta huru-hara menggunakan pendatang asing bagi merampas semula Sabah.

Persoalanya kini mungkinkah operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah persedian untuk Bn mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat jelas Bn akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13.

Apa pun dengan kejadian ini ternyata secara jelas BN gagal menjaga kedaulatan negara. SAMM juga menggesa Manila untuk mengambil tanggungjawab menarik semula pasukan tentera dari negaranya keluar dari tanah berdaulat Malaysia.

SAMM menggesa Regim Bn supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka. Bn perlu sedar mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang akhirnya Bn sendiri gagal kawal.

Malah menurut  Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Kepada pasukan keselamatan (tentera dan polis) kami yakin kamu punya maklumat lengkap dan bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk regim hujung usia.

SAMM akan ke kedutaan Filipina dan juga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik berpanjangan.

Sekian

che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
www.anakmudamalaysia.com
blog: chegubard.blogspot.com
@chegubard

TERKINI!!!! Wartawan Al-Jazeera ditahan di perairan Lahad Datu


Tiga orang wartawan Al-Jazeera dan tiga orang anggota Parti Progresif Sabah (SAPP) ditahan di perairan dekat Tanjung Labian, Lahad Datu – daerah yang dicerobohi lebih 100 orang dari negara Filipina.

Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu.

Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat. Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut.

Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang. Suaib yang juga penolong setiausaha agung SAPP berkata keadaan di Lahad Datu kini dilihat tegang.

Katanya, ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah dan kebanyakan kedai juga ditutup lebih awal.-mk

Wednesday, 20 February 2013

Bubar DUN - MB Bertemu Sultan Hari Ini


SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.


Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.




Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


“Memang setiap Rabu, Menteri Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.


“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.


Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.


Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.


Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.


Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. ~mp/addin

Panas: Foto Sensasi Anak Fadzilah Kamsah Tersebar, Rahsia "Pakar Motivasi" Itu Terbongkar Jua Akhirnya!


Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu. Foto aksi anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya.

Maka itulah, paparan video yang kami buat berkenaan kritikan beliau terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS kini semakin terserlah. Pakar motivasi yang selama ini dsanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat kini nampaknya bakal menjadi seperti Dr.Hassan Ali. Cakapnya tentang Islam hanyalah dibibir semata-mata tetapi hakikat sebenar hanya tuhan yang tahu. Malah, dari kenyataan Dr.Fadzilah tentang tindakan mendoakan kehancuran terhadap UMNO atas kezaliman terhadap rakyat di negara ini yang disanggah oleh beliau menampakkan ke mana hala tuju politik beliau selama ini. Maka itu, dengan tersebarnya foto aksi anak perempuan beliau ia mengesahkan lagi bahawa Dr.Fadzilah Kamsah kini bukanlah insan yang digambarkan oleh umat Islam di negara ini.

Tidak cukup dengan itu kami juga menerima kiriman foto anak lelaki beliau ketika zaman bercinta (sungguh romantik). Aksi-aksi yang dipaparkan itu langsung tidak mencerminkan mereka adalah anak kepada seorang pakar motivasi yang sering berbicara hal keluarga bahagia, mendidik anak dan sebagainya. 

Rupa-rupanya, hasil didikan tersebut menyebabkan anak sendiri tidak ketentuan. Patutlah beliau menentang Islam yang dibawa oleh PAS, kerana dirinya sendiri tidak mahu menerima Islam sebenarnya berlandaskan Al-Quran dan hadis. Jika inilah caranya, bukan sahaja umat Islam rosak malahan generasi muda itu sendiri akan punah ranah. Apakah layak beliau menjadi pakar motivasi jika ini caranya?.
 
 




Kenyataan beliau tentang Islam hanyalah "indah khabar dari rupa" dan akhirnya inilah yang terjadi apabila dia tergamak membiarkan anaknya sedemikian rupa sedangkan beliau selalu berbicara soal Islam di kaca TV. Apakah pakar motivasi sebegini yang wajar diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Justeru, daripada pendedahan yang dibuat ini maka kini "tepuk dada tanya iman".

Apakah anda mahu terus menyaksikan dan menyokong beliau atau sebaliknya. Saksikan foto dibawah ini dan berilah komen yang ikhlas apakah ini cara mendidik anak berlandaskan syariat Islam seperti yang dibicarakan oleh pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah selama ini?. Semoga dengan ini segala kekeliruan orang ramai tentang siapakah Dr.Fadzilah Kamsah ini akhirnya terjawab.

Bukanlah niat kami untuk menjatuhkan imej beliau, tetapi melihat kepada kenyataannya terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS membuatkan pencarian siapakah sebenar pakar motivasi ini akhirnya berjaya juga. Mana yang baiklah ambillah sebagai panduan dan mana yang buruk jadikan sempadan. Jangan lupa dengarkan semula rakaman video amatur tentang sikap beliau terhadap perjuangan PAS terutamanya berkaitan dengan doa orang yang dizalimi di bawah:-



Kata hikmah dari Dato' Dr. Fazilah Kamsah selama ini:

"Anak mencerminkan sikap ibu bapa..."
"Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.."
"Bapak borek Anak rintik..."
"Bapak kencing duduk , Anak kencing berlari.." Sekarang apa cerita?

[Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video diatas dia ada mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi. Malah dia mengatakan bahawa rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan. Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri. Dia seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran.
 
Maka inilah jadinya apabila satu persatu wajar sebenar beliau akhirnya didedahkan. Dia tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa dia juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahna "materealistik". Ada maklumat beliau akan menjadi calon BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti, justeru dengan maklumat yang dipaparkan ini kini rakyat sudah boleh menilai wajah sebenar pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang sebenarnya.
 
Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"].


Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/02/panas-foto-sensasi-anak-drfadzilah.html#ixzz2L9X8jeDx

Sunday, 17 February 2013

RAHSIA BERITA : Konsert Psy Di Pulau Pinang Diganggu Rosmah?

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Semasa di Makkah saya tidak banyak membaca laporan politik tanah air tetapi tidak bermakna saya melupai terus negara. Sambil menjalani ibadat, hati dan perasaan tetap juga terkenang kepada negara. Salah satu kejadian yang dilaporkan dan mendapat perhatian saya ialah mengenai konsert kumpulan Gangnam dari Korea Psy.

Katanya konsert Psy Gangnam Style berkenaan kecoh dan tidak berjalan seperti mana dirancangkan. UBN tidak mendapat manfaat besar dari pengundangan Psy untuk menghibur masyarakat Cina sempena dengan tahun baru Cina. Konsert yang diadakan di Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila dikatakan berlaku salah faham sehinga Psy enggan tampil ke pentas walaupun di undang oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Najib katanya memanggil Psy untuk tampil dipentas bersamanya bagi mengaul mee (yee sang)  bersama-samanya bersama pemimpin BN lain. Psy tidak menyahut seruan Najib dan keadaan itu memalukan perdana menteri berkenaan.

Najib juga dapat malu besar apabila beliau membuat provokasi dengan bertanya hadirin apakah sudah sedia dengan Psy, orang ramai menjawab yes dan apabila ditanya apakah sedia dengan BN, hadirin menjawab NO.

Sesampai di lapangan terbang KLIA tadi baru saya dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya. Seorang pemimpin Umno yang berkebetulan satu penerbangan dengan saya yang mendapat maklumat dalaman memberi tahu apa yang berlaku dari versi Umno.

Katanya kontroversi konsert berkenaan sehingga perdana menteri mendapat malu ialah disebabkan sikap 'geleteh' Rosmah Mansor. Menurut makluman dalam Umno memberi tahunya, Rosmah ikut sama tampil di pentas dengan menyanyikan sebuah lagi Cina. "Penampilan Rosmah itu menyebabkan konsert berkenaan sedikit terganggu dan dianggap sebagai rosak," jelasnya.

Pihak penganjur khasnya pengurus pentas Psy tidak senang dengan telatah Rosmah itu dan gara-gara itulah apabila Najib memanggil Psy untuk naik ke pentas untuk menggaul mee dan bernyanyi dengan Najib dan pemimpin BN lain ditolaknya.

"Rosmah tidak patut masuk campur, dan inilah masalah sebenar Najib," katanya tokoh Umno itu dengan nada kesal. Sebenarnya apa yang menjadi perbualan rakyat bukan soal Najib tetapi telah dan sifat-sifat gelenyer Rosmah.

Walhasil balik asal, UBN yang mengharapkan mendapat lonjakan sokongan Cina dari konsert Gangnam berkenaan terjadi sebaliknya. [wm.kl. 9:02 pm 16/02/13]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers