PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 13 October 2012

Tan Sri **** ajak Neelofa lakukan seks

Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara seksual oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri. Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang.

 Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan. Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit. Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia. Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi.

 Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS. Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya. Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka.

 Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan. Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak. Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya.-Neelofa (utaranews)

Friday, 12 October 2012

Bekas IGP Hendak Masuk Pas? | MSO

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk sop tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam manguk sop.

Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.

Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.

Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.

Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.

Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa.

Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai keperingkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja.

Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tenguk baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.

Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga tektik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.

Dalam hal ini saya bukan prejusi atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya

Tengku Paduka suntik semangat baru rakyat Terengganu

(Tengku Paduka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)


JABI (Setiu): Penyertaan bapa saudara kepada Tuanku Sultan Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Himpunan kebangkitan rakyat,  PAS Ganti Umno (PGU - 5) telah memberi semangat baru kepada rakyat Terengganu.

Kalau selama ini PAS agak bermasalah dengan penduduk kampung dan luar bandar, penyertaan Tengku Paduka memberi suntikan baru kepada rakyat, kata Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Rakyat Terengganu dikejutkan apabila Tengku Paduka telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz dengan disaksikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada 6 Oktober lalu.

Kemasukkan beliau bersama 2 lagi tokoh anak Terengganu kedalam PAS menyemarakkan lagi peluang PAS/PR merampas kembali Terengganu dari tangan UMNO/BN pada PRU 13 nanti.


Turut menyertai PAS adalah Datuk Omar Abu Bakar, bekas pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim, sorang tokoh korporat.


Berikut adalah biodata ketiga-tiga tokoh tersebut;

1. Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah

YAM Tengku Ibrahim Shah Ibni al-Sultan Ismail Nasir ud-din Shah adalah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Nasir ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of Trengganu Dar al-Iman yang ke-14 memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979

Tengku Ibrahim yang lebih dikenali di kalangan rakyat sebagai Tengku Paduka (Ku Duka) kerana mendapat gelar Tengku Seri Paduka Raja kerana beliau merupakan waris ke lima dalam susunan kerabat DiRaja Negeri Terengganu.

Tengku Ibrahim dilahirkan di Kuala Trengganu, 25 Januari 1939 mendapat pendidikan dari Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan juga Kolej Melayu kuala Kangsar

Tengku Ibrahim mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri Terengganu apabila memulakan perkhidmatan awam negeri Terengganu pada 1959 dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO), Penolong Setiausha Kerajaan Negeri Terengganu.

Penglibatannya dalam dunia politik tanah air, Tengku Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan bertanding pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 dan menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995.

Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim telah menjadi ahli parti Umno.



2. Datuk Omar Abu  Bakar.


(Datuk Omar menyerahkan borang menyertai PAS)

Dilahirkan di kijal, Kemaman, Terengganu pada tahun 1950. Mendapat pendidikan di universiti nasional dan universitas Papajaran Bandung, Indonesia dlm bidang pengajian bahasa, sosiologi dan antrapologi.

Beliau merupakan bekas Wartawan Utusan Malaysia dan bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kpd 3 Bekas Menteri Pertahanan:
i.    YAB Tan Sri Taib Mahmud (skg KM Serawak)
ii.     YAB. Tun Hussein Onn
iii.     YAB. Tun Mahathir.

Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman Zaman TS Wan Mokhtar.

Datuk Omar juga bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan Semangat 46 Malaysia dan S/U. Semangat 46 Bhg. Kemaman dan Bekas Calon 46 Dun Bukit Bandi (skg Air Puteh Kemaman 1990)

Selain itu, pelbagai jawatan dibarisan kepimpinan aktivis sosial di peringkat negeri dan Nasional, dan beliau juga berkeluarga ipar sepupu kepada Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Raja Mohd Alias Ali.



3. Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim


(Amzad menyerahkan borang menyertai PAS)

Dilahirkan pada 15 Januari 1970, Kuala Terengganu ,  Berkahwin dan dikurniakan dengan 7 orang anak Mendapat pendidikan di
1.    Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
2.    Lulusan ijazah perakaunan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
3.    Aktivis pelajar IPU-UKM.

Amzad Sekarang bekerja sebagai Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi, Pulau Pinang.

Amzad juga berpengalaman dalam bidang korporat, mengambil alih dan memulihkan MSET Shipbuilding CORPORATION SDN. BHD.
sebagai Pengarah Urusan (1995-April 2004)

Beliau juga mengambil alih dan memulihkan PMINT Engineering sekarang dinamakan MSET Engineering dari tahun 2000 – 2006.

Amzad juga bertanggungjawab Rekabentuk dan Membina pelbgai jenis kapal dan bot pelbagai kegunaan untuk pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan termasuk tempahan dari syarikat syarikat luar negara seperti dari Amerika syarikat, Australia, German, dan lain lain negara.

Antara jawatan persatuan dan NGO yang pernah disandang oleh Amzad adalah seperti :

1. Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia (sehingga pertengahan 2004)
2. Ahli CWG ( cluster work group ) MITI.
3. Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu. Presiden 2004-2005, 2007

Kecemerlangan dalam dunia perniagaan dan korporat diiktiraf dan pernah menerima anugerah Kategori Kejuruteraan dan Pembuatan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu

-sumber

Thursday, 11 October 2012

Ini Dia Wajah Muhdalena , Suspek Kes Amuk Di Putrajaya


Amuk: Muhdalena hadapi 2 lagi tuduhan, diarah jalani pemeriksaan mental

PUTRAJAYA - Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan untuk merujuk Muhdalena Ahmad, yang menghadapi tuduhan insiden mengamuk di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai lalu, agar menjalani pemeriksaan mental.

Malah, hari ini dia menghadapi dua tuduhan baru.

Peguamnya, M. Visvanathan memberitahu mahkamah bahawa terdapat keterangan prima facie bahawa anak guamnya mempunyai gejala 'depress', yang berkemungkinan dia tidak dapat memahami dan menilai perbicaraan yang dijalankan ke atasnya.

Visvanathan, yang merujuk laporan perubatan Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Putrajaya, Dr Umi Adzlin Silim, berkata anak guamnya disaran dirujuk kepada Pakar Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi menjalani penilaian dan rawatan di fasiliti yang mempunyai pengkhususan dan berkepakaran tinggi dalam menilai tahap mental Muhdalena.

Menurut laporan perubatan yang dikemukakan di mahkamah, Muhdalena masih mengalami gejala kemurungan, namun semakin berkurangan.

Beliau masih mengalami mimpi-mimpi buruk dan kejadian pelik di mana kadang-kadang dia merasakan dirinya seorang 'pahlawan' dari zaman silam yang bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa.

Laporan perubatan itu juga menyebut, gejala delusi yang dialaminya semakin terkawal.

Bagaimanapun tidak lagi mengalami halusinasi mendengar suara ghaib, namun masih mendengar suara berdesing di telinga.

Visvanathan juga berkata, Muhdalena mengambil beberapa jenis ubat-ubatan termasuk ubat antikemurungan, ubat antipsikotik bagi mengatasi gejala-gejala tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Kamil Nizam menetapkan Muhdalena, 28, perlu mengikuti pemeriksaan selama sebulan dan menangguhkan perbicaraan kes tersebut sehingga menerima laporan perubatan.

Dalam pada itu, ketika prosiding hari pertama perbicaraan hari ini, Muhdalena menghadapi dua lagi pertuduhan baru dan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut.

Pertuduhan baru pertama membabitkan kesalahan, tidak mematuhi perintah yang diberikan Lans Koperal Ridzuan Megat Ahmad, seorang pegawai berkuasa meletakkan senjata di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai satu kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan (No. 2) 2000.

Beliau turut menghadapi tuduhan tidak mematuhi perintah yang diberikan menteri dengan berada di premis (tempat kejadian) tanpa memiliki paskad atau permit yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 4(2) dan 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama, yang mana jika sabit kesalahann dia berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sebanyak RM1,000 atau kedua-duanya.

Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan Muhdalena diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan baru itu, serta membenarkan kedua-dua kes dibicarakan bersama dua lagi tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.

Julai lalu, ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota dan tuduhan kerana membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, Muhdalena hadir di mahkamah sambil ditemani ibu, bapa, suami dan anak-anaknya.

Kes ditangguh sehingga 23 November ini. //(kelab greenboc)

MP Sabak Benam diperintah jalani hukuman penjara mulai hari ini


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.

Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan merekamenjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.

Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

`Tuntutan palsu’

“Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.

“Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu,” katanya.

Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.

“Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.

“Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan,” katanya.

Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.

Surat Adun

Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Bernama

ANAK JANTAN UMNO SUDAH PUPUS?

Oleh : M RAMLI

TANPA mengambil kira keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 tahun 2008 dan juga wakil rakyat katak yang lompat sini sana, dalam simpanan deposit BN ada 140 kerusi Parlimen dan 305 DUN.

Kemenangan 63% di Parlimen memberi hak BN untuk membentuk kerajaan, tetapi kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen meletakkan BN dalam keadaan berjaga-jaga setiap kali Parlimen bersidang.

Angka-angka tersebut juga membentuk paras pencapaian minimum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengharungi PRU akan datang.

Istilah minimum digunapakai kerana Najib sedang pening kepala menguruskan senarai calon yang panjang lebar di kawasan-kawasan yang banyak kod warna sehingga ada calon yang putih pada bulan April, tiba-tiba jadi kelabu pada bulan Jun, masuk bulan Ogos entah silap siapa, nama yang sama jadi hitam.

Biar apapun yang dibicarakan mengenai calon atau kod warna kawasan, untuk memperoleh majoriti 2/3, BN perlukan tidak kurang daripada 148 kerusi Parlimen, dengan harapan kerahan tenaga mengejar majoriti 2/3 turut membawa kepada rampasan kembali tampuk kuasa di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor serta memberi legitimasi kepada 'kemenangan' BN di Negeri Perak.

Mungkin para pembesar di Putrajaya dan PWTC semakin merasai kepanasan rungutan penyokong BN di peringkat akar umbi mengenai permasalahan yang melanda kerajaan, sampai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa memberi amaran bahawa mereka yang didapati cuba sabotaj calon parti dalam PRU akan disingkir.

Persoalannya, kenapa hanya beri amaran sekarang bila PRU 13 sudah hampir? Bukankah amaran sebegini akan menyukarkan lagi proses perpaduan di peringkat akar umbi atau amaran ini terpaksa diberi kerana para pembesar di Putrajaya dan PWTC sudah mengambil keputusan untuk menurunkan calon 'payung terjun' di kawasan-kawasan panas?

Untuk dicalonkan, seseorang itu mestilah mempunyai kualiti 'Winnable', maka meriahlah sembang di kedai kopi dan warung mengenai siapa 'WC' atau 'Winnable Candidate' yang berjaya memikat hati para pembesar parti, atau isteri-isteri pembesar tertentu. Definisi WC ini berbagai-bagai, tahap penerimaan mereka juga berbeza mengikut kawasan.

Oleh yang demikian, bagi member justifikasi kepada keputasan mengetengahkan bidan terjun, pujukan halus seperti “kepentingan parti mendahului kepentingan individu” dan “pengorbanan demi perjuangan parti” kini menanti giliran untuk dipaparkan menerusi media masa dan ucapan-ucapan pemimpin parti.

Bagaimanapun, para pembesar parti yang selama ini lantang berhujah mengenai perjuangan parti dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada agenda parti perlu sedar akan tanggungjawab lebih besar yang menanti mereka.

Sekiranya pengorbanan demi parti dituntut untuk memastikan parti terus gah dan bertakhta, kenapa pengorbanan itu hanya daripada satu pihak sahaja dan bukannya diteladani oleh para pembesar yang sudah lama berkuasa hasil sokongan kuat orang-orang di bawah?

Dalam erti kata yang lebih mudah, beranikah para pemimpin kanan parti dalam mempertaruhkan kekuatan politik dan populariti mereka di kawasan-kawasan hitam/kelabu hitam pada PRU akan datang demi menyelamatkan kawasan tersebut daripada terus dijajah oleh pihak pembangkang?

Beranikah mereka, atau pemimpin anak jantan sebegini sudah pupus dalam UMNO?

Pada PRU ke-6 yang berlangsung pada tahun 1982, President MCA pada masa tu, Datuk Seri Lee San Choon, memimpin parti beliau menentang serangan hebat daripada DAP.

Pada waktu itu, MCA berhadapan dengan krisis keyakinan daripada para pengundi Cina yang pada umumnya menganggap calon MCA hanya boleh menang dengan undi Melayu.

Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP pada masa itu, sering mengejek MCA dan memperkecilkan keupayaan MCA dalam meraih sokongan pengundi Cina. Malah, Kit Siang turut mencabar Lee San Choon untuk bertandingan di mana-mana satu daripada 12 kawasan majoriti pengundi Cina bagi membuktikan bahawa MCA bukan hanya mengharap ehsan pengundi Melayu.

Berhadapan dengan serangan politik bertubi-tubi daripada pembangkang dan demi mengembalikan semangat ahli-ahli parti dalam berhadapan dengan para pengundi Cina, Lee San Choon menjawab cabaran Kit Siang dengan mengambil keputusan berani untuk bertanding di Parlimen Seremban, iaitu salah satu kubu kuat DAP pada waktu itu yang menjadi 'jajahan' Pengerusi DAP, Dr Chan Mon Hin.

Ironinya, Kit Siang yang kuat mencabar orang memilih untuk tidak menyahut cabaran San Choon dengan alasan Seremban kawasan Mon Hin. Lantaran dengan itu, pertandingan di kawasan Parlimen menemukan dua gergasi politik Cina dalam satu pertarungan yang bakal menentukan hidup-mati parti masing-masing.

Semangat anak jantan Lee San Choon memilih untuk berhadapan dengan musuh kuat di kawasan paling hitam membuahkan hasil lumayan kerana bukan sahaja beliau menewaskan Pengerusi DAP di Seremban, strategi beliau bertanding di kawasan hitam juga menaikkan semangat ahli-ahli parti di setiap peringkat untuk berjuang habis-habisan bagi memenangkan parti di seluruh Negara.

Pada PRU tersebut, MCA di bawah pimpinan Lee San Choon memenangi 27 kerusi Parlimen, menjadi kemenangan di Seremban satu bonus yang cukup bersejarah dan dihormati para pengundi Cina.

Melihat pada konteks masa kini di mana perang saraf dan kempen PRU sudah jauh berbeza berbanding tahun 80-an, semangat dan keberanian Lee San Choon sudah tidak banyak kelihatan dalam diri pemimpin sekarang.

Rata-ratanya pemimpin besar UMNO cukup selesa dengan jawatan besar masing-masing dan undi pos yang memberi jaminan kemenangan, bolehlah mereka berceramah besar mengenai betapa pentingnya ahli parti melakukan pengorbanan demi kelangsungan perjuangan parti.

Persoalannya, kenapa ahli-ahli parti yang menaikkan pemimpin-pemimpin besar ini kerap dikorbankan, pemimpin besar pula selamba rumah besar isteri dua dan bercuti sakan di London?

Mengapa setiap kali dibicarakan mengenai isu perjuangan parti dan memenangkan kawasan hitam/kelabu hitam, tidak pernah biar pun sekali ada pemimpin besar yang merelakan diri untuk bertanding di kawasan-kawasan tersebut bagi memberi nafas baru kepada ahli-ahli parti dan jentera parti?

Kawasan-kawasan putih mengelit yang selama ini dipegang para pembesar kerajaan seperti Pekan, Pagoh, Bagan Datoh, Sembrong dan Sungai Sibuga sudah gagah dan kuat dengan jentera yang mantap dan sokongan pengundi yang kukuh. Kemenangan di situ sudah menjadi satu perkara yang lazim dan hanya faktor majoriti kemenangan sahaja yang menjadi topik perbualan.

Tetapi dari segi matematik politik, para pembesar kerajaan tidak sedar akan peranan mereka dalam membantu memenangkan lebih banyak kerusi untuk parti. Seharusnya dengan populariti mereka yang tinggi dan sokongan rakyat terhadap kepimpinan mereka yang begitu kuat seperti mana laporan berita media masa, mereka boleh menang di mana-mana sahaja kawasan yang mereka tandingi kerana mereka cukup popular dan diterima rakyat.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya para pemimpin yang popular tersebut mengambil pendekatan yang lebih strategik dalam menambah kerusi kemenangan UMNO, iaitu dengan bertanding di kawasan hitam/kelabu hitam.

Strategi sebegini bukan baru kerana pada tahun 80-an, Lee San Choon telah melakukan perkara yang sama dan menang. Yang berbeza sekarang ialah Lee San Choon tidak begitu popular pada waktu itu seperti mana Najib, Muhyiddin dan Ketua-Ketua Menteri, malahan Menteri Dalam Negeri yang cukup popular (bukan persepsi dan tiada kompromi) kerana mempunyai pengikut Tweeter dekat 200 ribu dan cukup diminati artis-artis jejaka termasuk Aaron Aziz dan Anuar Zain.

Maka sudah tentu aura populariti mereka di kalangan masyarakat akan memperkuatkan lagi semangat jentera di kawasan-kawasan hitam/kelabu hitam, reputasi nasional mereka juga akan menambat hati dan minda para pengundi dengan mudah sejajar dengan prestasi mereka mentadbir negara/negeri.

Para pembesar-pembesar kerajaan selama ini tidak sedar bahawa mereka mampu melakukan sumbangan yang jauh lebih besar daripada mempertahakan kerusi-kerusi putih mereka.

Pada hakikatnya sekiranya mereka dapat menjana sokongan rakyat di kawasan hitam/kelabu hitam menerusi populariti mereka di peringkat nasional, setiap kerusi yang mereka menangi adalah bonus besar kepada UMNO/BN bukan sahaja dari segi menaikkan moral ahli parti, tetapi sekali gus menambah kerusi yang dimenangi dan membantu UMNO/BN kembali memeluk majoriti 2/3.

Harus diingat, strategi itu telah membuahkan hasil bukan sahaja kepada Lee San Choon dan MCA pada tahun 80-an, tetapi juga kepada parti pembangkang seperti DAP.

Walaupun bergerak sebagai pembangkang dengan masalah kekurangan sumber dan organisasi jentera yang mantap seperti UMNO/BN, para pemimpin kanan DAP berperang secara 'Gorilla' iaitu menawan kubu lawan satu per satu.

Jenderal perang mereka akan sentiasa berada di barisan hadapan dan meninggalkan kawasan yang telah mereka tawan supaya mereka dapat meneruskan misi perang di kawasan lawan yang lain.

Rekod PRU ke-12 jelas mencerminkan keberhasilan tinggi strategi pihak pembangkang. Lim Guan Eng mengambil risiko bergerak dari Melaka ke Pulau Pinang dan DAP menempah kejayaan paling besar dalam sejarah parti di utara Semenanjung. Pada masa yang sama, DAP tetap gagah di Melaka dengan memenangi 1 daripada 2 kerusi Parlimen yang ditandingi dan 5 kerusi DUN daripada 8 kerusi yang ditandingi.

Jelas bahawa Lim Guan Eng mewarisi DNA bapa dia, Lim Kit Siang. Kit Siang masyur dengan sejarah bertanding di beberapa negeri bermula daripada Melaka, lalu ke Selangor, kemudiannya ke Pulau Pinang dan terbaru di negeri Perak di mana Kit Siang menang besar di Parlimen Ipoh Timur dengan majoriti 21ribu undi.

Hulubalang-hulubalang seperti Kit Siang dan Guan Eng tidak mempunyai rekod tanpa kalah. Dalam sejarah penglibatan PRU mereka, ada juga peristiwa di mana mereka kalah teruk kepada calon daripada BN.

Tetapi mereka terus berjuang dan yang paling penting, pendekatan berani mereka merempuh kubu kuat BN telah berjaya memperkuatkan parti dan membuka ruang kepada generasi baru kepimpinan parti untuk bertapak di kawasan-kawasan tradisi UMNO/BN.

Kepada para pembesar-pembesar UMNO, mungkin sudah tibanya masa untuk menilai kembali tanggungjawab masing-masing terhadap survival parti dan bukan hanya mengorbankan ahli-ahli parti untuk selamat diri sendiri. Mungkin benar bahawa di jentera peringkat akar umbi masih tenat dengan isu-isu dalaman. Tetapi sekadar memberi ucapan mengenai survival parti dan kepentingan parti sudah tidak berkesan lagi.

Kepimpinan itu bukan satu retorik tetapi satu kewajipan dan satu amanah yang perlu diterjemahkan kepada tindakan. Pada masa dan ketika survival parti berada di persimpangan, para pembesar parti harus melakukan lebih daripada menuntut pengorbanan daripada ahli-ahli akar umbi.

Sudah sampai masanya para pembesar parti mengepalai serangan barisan hadapan dan bukannya duduk mengarah jentera kempen di kawasan putih yang UMNO/BN boleh menang biarpun 'diletakkan songkok sahaja'.

Demi survival parti, demi menaikkan semangat jentera dan demi tujuan keramat menawan kembali kerusi yang pernah menjadi kubu kuat parti, para pembesar Putrajaya perlu meninggalkan kawasan putih masing-masing dan bertanding di kawasan hitam/kelabu hitam di PRU akan datang.

Sebagai contoh, Najib selaku Pengerusi Perhubungan BN Selangor merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang rajin turun padang, kuat bekerja dan jauh lebih popular daripada mana-mana pemimpin pembangkang. Sekiranya Najib bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, PKR sudah pasti akan kehilangan seorang 'heavyweight' di situ kerana tidak mungkin MB Selangor yang tidak mampu urus air dalam negeri dan ada masalah dengan Timbalan Presiden parti sendiri mampu menandingi aura dan rekod khidmat cemerlang Najib.

Sebagai satu pendekatan tambahan bagi memantapkan lagi jentera UMNO/BN Selangor dan memberi impak 'Double-Punch' pada PRU akan datang, Hishamuddin Hussien dilihat sebagai rakan setia Najib yang paling berkaliber dalam membantu misi Najib menawan semula Selangor.

Dengan sokongan dan rangkaian maklumat daripada agensi-agensi utama seperti PDRM, RELA, JPAM, Skuad Muda KDN dan pengikut Tweeter hampir 200 ribu dan dibantu rakan-rakan artis tampan molek, Hishamuddin yang cukup masak dengan situasi semasa di Selangor dan berdekad menjadi pemegang 'Permit Masuk' di Ampang, dilihat mampu meneruskan sokongan kuat beliau kepada Najib dengan bertanding di Parlimen Ampang yang dimenangi calon PKR pada PRU yang lepas.

Parlimen Ampang dilihat cukup ideal bagi Hishamuddin kerana komposisi pengundi mengikut kaum di Ampang (56% Melayu, 34% Cina, 8% India) menyerupai komposisi pengundi di Parlimen Sembrong (54% Melayu, 36 Cina, 9% India).

KDN selama ini telah melakukan banyak inisiatif mengurangkan jenayah di negeri Selangor dan berjaya mencatat penurunan dari segi kadar jenayah (bukan persepsi). Kelebihan ini merupakan satu prestasi tinggi yang meletakkan Hishamuddin di satu kedudukan yang amat selesa dan sangat sangat popular di Ampang.

Bertanding di Parlimen Ampang juga akan membantu Hishamuddin menyukarkan kempen PKR di DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi Azmin Ali pada PRU yang lepas. Berasaskan kepada tahap populariti yang tinggi dan pengalaman hidup Hishamuddin di Ampang, beliau bukan sahaja mampu memberi sumbangan besar kepada misi Najib dalam menawan semula Selangor, memenangi satu lagi kerusi bonus untuk UMNO/BN tetapi juga membantu dalam melemaskan jentera politik PKR di Selangor.

Melihat kepada isu ketandusan pemimpin berkaliber dalam Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, seharusnya Muhyiddin mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di salah satu kawasan Parlimen dalam Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur selama ini dianggap sebagai kubu kuat parti pembangkang dan ketiadaan heavyweight UMNO untuk menentang pembangkang di Kuala Lumpur secara konsisten telah menjadikan jentera UMNO di Kuala Lumpur lebih bersifat jentera berniaga daripada jentera politik.

Sekiranya Muhyiddin sudi memimpin misi serang UMNO di Titiwangsa atau di Wangsamaju, sudah tentu pembangkang akan hilang arah dan dikorbankan jentera kempen Muhyiddin yang turut diperkuatkan dengan sokongan kuat para guru.

Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mungkin sudah sampai masa untuk tidak menggelabah dengan keputusan kajiselidik Merdeka Centre. Tidak usahlah mahu bergantung kepada kenyataan Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk melepaskan diri daripada situasi politik Sabah yang sudah cukup tenat dan mencabar.

Hakikatnya, kalau sudah dibuktikan tidak popular, maka terimalah hakikat dan carilah jalan untuk memperbetulkan keadaan. Tiada lagi alasan untuk terus berselindung di sebalik persabahatan dengan para pembesar di Putrajaya. Segala permasalahan kepimpinan di Sabah yang tidak putus-putus sehingga makin ramai meninggalkan UMNO/BN tidak berlaku secara spontan.

Ahli-ahli parti di akar umbi faham benar bahawa sudah tiba masanya Musa tampil berhadapan dengan masalah yang beliau cetuskan sebelum UMNO/BN tenggelam di PRU akan datang.

Demi memastikan UMNO/BN terus selamat dan berkuasa di Sabah, Musa yang merupakan anak kelahiran Beaufort perlu kembali ke kampung kelahiran beliau untuk memastikan kerusi Parlimen Beaufort tidak jatuh ke pangkuan pembangkang di PRU akan datang.

Sekiranya Lajim Ukim bukan satu faktor yang boleh melemahkan UMNO Sabah seperti yang diwar-warkan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, maka Musa harus yakin dan percaya bahawa beliau juga akan menang besar walaupun bertanding di Beaufort. (sabahkini.net)

Wednesday, 10 October 2012

Nasharudin Lebih UMNO Dari Pemimpin UMNO

Sejak kehilangan jawatan Timbalan Presiden Pas kepada Mohamad Sabu, Nasharudin Mat Isa nampak benar celaru mindanya. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kehilangan jawatan kepada seseorang seperti Mat Sabu yang dianggap lebih rendah ilmu agamanya.

Sebagai seorang pemimpin yang pernah mendaki sehingga jawatan nombor dua, watak beliau kebelakangan ini dan sejak kehilangan jawatan, hanya menampakkan keperibadiannya yang sebenar yang selama ini mungkin terlindung di sebalik kopiah putih yang sering dipakainya.

Jika semasa memegang jawatam beliau taat kepada perjuangan serta akur dengan keputusan jemaah tetapi setelah ketiadaan jawatan, beliau sudah berani mempertikaikan perjuangan Pas bekerjsama dengan DAP sedangkan pernah berada di barisan hadapan parti itu. Beliau juga mengiringi Najib ke Mekah, menyerang Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan hudud, terbaru ini beliau menggesa Pas agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga masalah perpecahan ummah sering dilupakan.

Berucap dan membentangkan kertas kerja dalam program Seminar Dakwah Nasional di PWTC, bangunan milik UMNO, Nasharuddin kononnya turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan antara UMNO dan Pas sering dilihat "taboo".

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" soal beliau lagi.

Terbukti bahawa ungkapan bahawa Pas jangan mengutamakan kuasa tetapi lebih mengutamakan Islam adalah suara kebimbangan UMNO selama ini terhadap kerjasama erat antara Pas, PKR dan DAP yang kemungkinan besar akan meruntuhkan pegangan kuasa UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini.

Jika selama ini sudah ramai pemimpin UMNO bercakap dengan nada yang serupa, termasuk seruan agar meninggalkan DAP, kini nampaknya Nasharuddin pula dijadikan alat bercakap nada yang serupa. Tetapi bila pemimpin UMNO yang bercakap seperti itu, ia difahami sebagai serangan psikologi untuk memenangi pilihanraya namun bila Nasharuddin juga bercakap sedemikian, tentunya kerana beliau sudah membenarkan dirinya menjadi alat kepada UMNO.

Dengan anggapan Nasharuddin masih mempunyai saki-baki penyokong dakam Pas, UMNO berharap dengan seruan agar Pas hanya mengutamakan Islam di tenpat pertama dan kuasa di tempat kedua, ia mampu mengocak perpaduan dalam parti itu dan seterusnya memastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya akan datang.

Adalah agak menghairankan bilamana seorang seperti Nasharuddin yang pernah menduduki jawatan nombor dua dalam Pas boleh mengatakan kuasa tidak penting dalam perjuangan sebuah parti politik. Jika begitu tanggapan beliau, memang parutnya Pas memilih Mat Sabu berbanding beliau. Is juga mengesahkan lagi beliau sudah menjadi alat UMNO.

Hakikatnya perjuangan politik memang memerlukan kuasa. Hanya dengan kuasa dalam tangan, syiar Islam lebih mudah dikembang dan diperluaskan. Apa guna berjuang jika bukan kuasa matlamat yang ingin dicapai.

Nasharuddin nampaknya, setelah ketiadaan jawatan ini, hanya mahu Pas memperjuangkan Islam tetapi memberikan kuasa kepada UMNO.

Lagi pula kerjasama Pas dengan PKR dan DAP tiada salahnya dalam konteks negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ia sama seperti UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Dengan meminta Pas hanya mengutamakan Islam dan perpaduan dan melupakan kuasa, nampak sangat Nasharuddin mahu kuasa UMNO dikekalkan. Beliau nampaknya sudah menjadi alat terbaru UMNO untuk menghadapi pilihanraya dan mengekalkan kuasa. Jika Pas yang diminta mengutamakan Islam semata-mata dan melupakan kuasa, apakah UMNO lebih Islam daripada Pas sehingga kuasa itu lebih layak dipegang oleh UMNO sahaja.

Sama ada Nasharuddin tidak faham, sengaja tidak faham atau sudah dikaburkan pandangannya tentang kaitan antara kuasa, Islam dan perjuangan sebuah parti politik, pandangan terbaru beliau ini hanya menampakkan dirinya lebih UMNO daripada pemimpin dan ulama UMNO sendiri.

Sebelum ini beliau juga menyerang DAP dan Karpal Simgh yang tidak bersetuju dengan hudud tetapi dalam masa yang sama beliau juga berdiam diri terhadap MCA, Chua Soi Lek, Tun Mahathir dan Najib yang juga secara terbuka menolak hudud. Lebih dari itu, Nasharuddin juga ke Mekah bersama Najib yang menolak hudud itu.

Dalam soal perpecahan umat, Nasharuddin juga seolah-olah hanya nampak dari sudut Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO saja. Dia tidak nampak dari sudut UMNO tidak mahu memandang dan bekerjasama dengan Pas. Jika dilihat rentetan sejarah, ungkapan bekerjasama ini hanya muncul tika UMNO lemah dan hampir tumbang. Tika UMNO kuat dan gagah, usahkan mahu bekerjasama malahan Pas sentiasa diperlekeh dan tidak dipandang waima sebelah mata sekali pun.

Menjelang pilihanraya ini, UMNO nampaknya sudah kehilangan punca untuk mengekalkan kuasanya. Pengundi bukan Melayu nampaknya sudah tekad mahu menukar kerajaan dan mewujudkan kerajaan baru yang diyakini lebih baik daripada BN yang sudah memerintah selama lebih 50 tahun. Pengundi bandar dan pengundi muda yang sarat dengan pelbagai maklumat juga sudah ada pilihan sendiri.

UMNO hanya berharap kepada pengundi luar bandar dan orang-orang kampung saja. Nasharuddin yang nampaknya boleh diperguna dan diperalatkan adalah taruhan terbaru UMNO untuk mengucar-kacirkan perpaduan antara PAS dan DAP serta menghakis keyakinan sesetengah pihak yang mungkin kurang memahami hubungan antara kepentingan kuasa dan pengembangan syiar Islam dalam perjuangan sesebuah parti politik seperti Pas.

Jika PKR ada TIBAI yang menyerangnya setiap hari, PAS juga nampaknya sudah ada Nasharuddin yang susun atur langkahnya hampir sama dengan TIBAI. Tidak memeranjatkan jika Nasharuddin juga sama aktif seperti TIBAI selepas ini. Tolak campur, darab bahagi, TIBAI dan Nasharuddin adalah sama dan tidak ada beza sama-sekali .

-Shahbudin Husin

Doa Malaysia Negara Kristian Kenyataan Nasha Tiada Kaitan PAS

KUALA LUMPUR 10 OKT : PAS menyatakan dakwaan Nasharuddin Mat Isa berhubung majlis kemenangan DAP di Sarawak yang mendoakan agar Malaysia akan menjadi negara Kristian adalah pandangan peribadi bekas Timbalan Presiden itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dalam satu sidang media di lobi Parlimen pagi ini berkata, seharusnya Nasha berbincang dengan PAS jika terdapat gerak geri yang bertentangan dengan pendirian PAS.

“Sepatutnya sebelum ini beliau tampil beserta bukti untuk dikemukakan kepada PAS tetapi baru-baru ini jumpa pun beliau tidak menimbulkan perkara ini sebaliknya diam seribu bahasa.

“Saya yakin jika terbukti benar tuduhan tersebut, PAS mahupun DAP sendiri akan mengambil tindakan sewajarnya,” tegas beliau yang turut ditemani Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob.

Khalid juga mempertikaikan niat dan tujuan Nasha mendedahkan perkara berkenaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

“Jika dilihat juga hubungan beliau dengan PAS tidaklah seakrab beliau bersama Umno-BN ketika ini.

“Malah kenyataan beliau juga menunjukkan beliau seolah tidak berminat lagi dengan keahlian PAS, dari situ kita sudah boleh lihat,” jelasnya lagi.

Sambil mengulangi kenyataan Nasha tiada kaitan dengan PAS, Salahuddin berkata sebarang tindakan terhadap Nasha akan diputuskan Majlis Syura PAS.

Mengulas tindakan DAP untuk membuat laporan polis, Khalid secara peribadi menyatakan itu hak DAP dan PAS tiada halangan.




-sumber

Arah roboh kuil, Umno BN tindas masyarakat India

KUALA LUMPUR 10 Oktober: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee diroboh menunjukkan kerajaan Umno BN menindas masayarakat India, kata N Surendran.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, tindakan DBKL mengeluarkan notis 30 hari mengikut Seksyen 72(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 supaya mengosong dan merobohkan kuil tersebut menyalahi undang-undang dan prinsip keadilan.

“Notis DBKL menyalahi undang-undang kerana kuil itu berusia lebih 100 tahun dan tidak boleh diroboh, melainkan ada tapak alternatif diberikan.

“KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya perobohan tempat pemujaan dan merupakan simbol penindasan Umno BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak terhadap masyarakat India,” tegasnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menempelak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal yang disifatkan tidak prihatin dan tidak bertolak ansur terhadap masalah rakyat.

“Kita minta Datuk Bandar agar bersifat toleransi dan duduk berbincang, jangan asyik buat keputusan drastik dan menyusahkan rakyat seperti yang terjadi dalam isu ini dan terbaru peniaga pasar malam di Kerinchi,” kata Izzah.

Ekoran itu, KEADILAN menurut Izzah akan mengadakan bantahan besar-besaran di hadapan bangunan DBKL minggu depan bagi membantah arahan zalim tersebut.

Julai lalu, Keadilan Daily melaporkan, Surendran bersama wakil kuil membuat laporan polis berhubung tindakan DBKL yang mahu meroboh kuil menggunakan undang-undang yang telah dimansuh.
Hingga kini, tiada tindakan diambil malah notis DBKL bertarikh 25 September 2012 pula sampai ke tangan pengerusi kuil supaya kuil berkenaan dikosong dan diroboh dalam tempoh 30 hari.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37637

Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda?

Debat Bajet 2013 : Sebelum ini, kami mengharapkan ada pertemuaan empat mata antara Ketua pembangkang dan juga ketua kerajaan Malaysia semasa sesi perbahasan Bajet 2013, tetapi bukan sahaja hasrat malah pun hasrat kebanyakan rakyat Malaysia. Rupanya sangkaan kami meleset. Bukanlah…
Debat Perdana Menteri Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda?
Bukanlah kami mahu melihat perdebatan semata, tetapi lebih kepada diskusi antara pemimpin tertinggi Malaysia yang diiktiraf kedudukan mereka dalam Parlimen untuk membincangkan bersama, terutamanya halatuju ekonomi negara berdasarkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat walaupun berlainan ideologi politik. Apatah lagi, ia proses yang sangat baik supaya ada “check and balance”.
Yang mana baik perlu diperbaiki dan sudah baik diperkemaskan lagi.
Debat Pilihanraya Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda? Itupun masih lagi sehingga hari ini belum menjadi realiti. Entahlah…kami pun tidak tahu sampai bila. Walaubagaimanapun, hasrat kami “terubatlah” apabila sekali lagi rakyat Malaysia dihidangkan sesi wacana ilmu yang sangat baik, apatah lagi tajuk debat kali ini adalah Debat Bajet 2013. Sangat relevan dan ucapan tahniah kami ucapkan kepada Kumpulan Karangkraf kerana “terus berani” mengadakan wacana ilmu seperti ini.


 

Maklumat Debat Bajet 2013 : 

Ahli panel Debat Bajet 2013 :
  • YB Datuk Abdul Rahman Dahlan (Barisan Nasional) – MP Kota Belud
  • YB Tony Pua (Pakatan Rakyat) – MP Petaling Jaya Utara
Tarikh : 8.30 malam
Lokasi : Audiotorium Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam
Dipendekkan cerita lokasi sama dengan Debat Khairy VS Rafizi sebelum ini. Sebenarnya dalam ramai-rami ahli Parlimen Barisan Nasional, YB Kota Belud Abdul Rahman Dahlan yang kami rasakan lebih layak berbanding beberapa menteri yang sedia ada dalam kabinet hari ini.

Beliau kami perhatikan sangat aktif di Parlimen, berani berdepan dan berbahas mengenai beberapa isu permasalahan rakyat di Dewan Rakyat, ada ketikanya idea dan pandangan beliau sangat baik dan yang paling penting sekali beliau hari ini berani tampil sekali lagi berdebat satu tajuk yang cukup baik, Debat Bajet 2013. Tahniah….
Debat Romney Obama  Debat Bajet 2013. Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat Malam Ini!! Mana Satu Pilihan Anda?
P/S : Selepas Debat Bajet 2013, Kami masih menantikan pengumuman untuk mengadakan Debat Perdana Menteri antara Ketua Kerajaan Malaysia VS Ketua Pembangkang. Moga-moga ia menjadi realiti…..

PP/S : Baru-baru ini sahaja kami baru menonton Debat Perdana Menteri Amerika di antara Barack Obama (Parti Demokrat) VS Mitt Romney (Parti Republikan) sangat baik. Tiada ayat-ayat jelek, mencaci, merendahkan kebolehan orang lain, mengajuk atau mengutuk antara satu sama lain. Masing-masing membawa satu polisi yang boleh meyakinkan dan menguntungkan.

PPP/S : Bukannya “baling batu, sembunyi tangan” semata. Nak jadi pemimpin ini mesti berani, berani berdepan dengan rakyat. Bukan hanya menjadi jaguh de depan penykong sendiri semata.


Kerusi Pak Lah Di Kepala Batas Direbut Reezal Merican?

.

Perebutan untuk Kepala Batas berlaku dalam Umno

Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjadi ahli parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 namun ada kemungkinan beliau tidak akan bertanding sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.
BUTTERWORTH, 10 Okt — Bandar sepi Kepala Batas, jauh dari hiruk-pikuk ibu negeri Pulau Pinang George Town atau Butterworth, adalah sebuah perbandaran yang semakin meningkat di utara Seberang Perai dengan Dewan Millenium sebagai mercu tanda utama.

Walaupun peningkatan dalam pembangunan perumahan baru sehingga infrastruktur di bandar kecil, orang-orang di sana kekal sebagai komuniti rapat yang menjaga diri mereka sendiri. Dan salah satu yang paling terkenal sudah pasti bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, telah menjadi ahli parlimen kawasan ini semenjak tahun 1978.
Bekas Perdana Menteri yang bertutur secara lemah lembut itu masih sangat dihormati dan dipandang tinggi oleh orang Kepala Batas, menurut ahli Barisan Nasional (BN) tempatan.

“Malah, walaupun beliau bukan seorang calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, apa yang beliau perlu lakukan adalah membuat penampilan dan menyokong sesiapa yang bertanding dan BN pasti akan mengekalkan kerusi itu seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Ya, terdapat cakap-cakap bahawa Abdullah tidak akan bertanding dalam PRU akan datang dan beberapa nama telah disebut sebagai calon untuk menggantikan beliau, terutamanya Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar).

Malah, keyakinan yang telah membawa kepada kerusi dianggap sebagai “laluan langsung ke Parlimen” telah menyebabkan perebutan dalaman bagi barisan Umno tentang siapa yang harus menggantikan Abdullah. “Ini adalah kerusi pasti-menang jadi sudah tentu beberapa pemimpin Umno kini bersaing untuknya,” kata sumber.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno tidak bimbang tentang kemungkinan PAS boleh merampas kerusi itu dari mereka pada masa pilihan raya.

“Kepala Batas, walaupun banyak perkembangan, masih banyak kawasan luar bandar dan di kawasan luar bandar, orang berfikir secara berbeza jadi, tidak salah bagi Umno untuk berfikir bahawa ini adalah kerusi pasti-menang,” katanya.

Beliau menambah bahawa orang-orang di kawasan luar bandar, terutamanya masyarakat Melayu, adalah sekumpulan orang yang setia dan apabila mereka merasakan bahawa mereka telah dijaga dengan baik, mereka akan mengundi kerana mereka merasa terhutang budi. Bagi 34 tahun lalu, orang itu adalah Abdullah.

Walaupun Reezal seolah-olah menjadi calon yang paling mungkin bagi menggantikan Abdullah, bekas ADUN Bertam, Datuk Hilmi Abdul Rashid turut melobi bagi kerusi tersebut. Terdapat cakap-cakap bahawa Datuk Zainal Abidin Osman, sepanjang jalan dari Nibong Tebal, boleh terjun ke kerusi tersebut oleh kerana hubungan rapat dengan Abdullah.

“Sudah tentu sekarang Abdullah tidak lagi bertanggungjawab, Zainal tidak akan mempunyai peluang yang lebih berbanding Reezal atau Hilmi terutama apabila keputusan itu terpulang kepada ketua Umno dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak,” sumber dalaman parti berkata.

Dengan jelas, Abdullah terganggu dengan pergaduhan dalaman ini. Dalam ucapannya baru-baru ini, beliau menggesa ahli-ahli Umno untuk meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.

Beliau dilaporkan berkata bahawa dia tidak mahu melihat pergaduhan dalaman di kalangan ahli-ahli kerana ia boleh melemahkan parti, menyebabkan huru-hara dan menggambarkan Umno sebagai sebuah parti sombong.

Jika pemimpin Umno mengetepikan kepentingan diri, Reezal akan menjadi pertaruhan terbaik kerana masih muda dan muncul lebih mampu untuk berkhidmat.

“Penduduk mahu melihat perubahan seperti dijanjikan oleh BN jadi akan menjadi bijak bagi BN meletakkan beberapa muka-muka baru untuk menunjukkan mereka melakukan perubahan kepimpinan dan memberi laluan kepada golongan muda memimpin,” sumber yang lain berkata.

Reezal mungkin akan melawan setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin yang disebut-sebut bakal bertanding di kawasan parlimen Kepala Batas.

Dalam PRU 2008, Abdullah telah dicabar PAS oleh Mohd Subri Arshad dan menang dengan majoriti 11,246.

Hampir 75 peratus pengundi di sini adalah Melayu dan salah satu faktor penting untuk menguasai kerusi itu adalah untuk memenangi hati orang Melayu.

Seorang pemerhati politik tempatan berkata bahawa orang Melayu luar bandar mudah gembira dan kini dengan semua pemberian dalam Bajet baru, mereka pasti menjadi lebih pro-BN.

“Mereka adalah orang yang mudah jadi dengan semua pemberian kepada mereka seperti BR1M dan subsidi telefon pintar, mereka akan menjadi sangat gembira dan akan mengundi dengan sewajarnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa orang-orang di kawasan Bertam, kawasan yang kebanyakannya Cina, akan menjadi lebih sukar bagi. Orang Cina membentuk kira-kira 21 peratus pengundi di kawasan itu.
Tetapi Bertam hanya membentuk sebahagian kecil daripada 21 peratus sebagai kawasan kebanyakannya pengundi Cina, Kampung Selamat, adalah kubu kuat BN. Ini adalah kerana terdapat lebih 80 ladang babi di kawasan itu dan penternak babi ramai masih bimbang dengan PAS dan dasar Islam mereka.

Afnan sememangnya perlu untuk meyakinkan pengundi bukan Melayu bahawa PAS, sebagai salah satu komponen gabungan Pakatan Rakyat (PR), boleh berkhidmat kepada mereka seperti BN.

Tidak dikenali oleh orang BN, Afnan telah membuat kehadirannya dirasai dengan membuat lawatan di kawasan pilihan raya tersebut di kawasan-kawasan kebanyakannya orang Melayu; menganjurkan pelbagai acara komuniti dari memberi ceramah sertamenyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ahli perniagaan muda ini, yang dalam usia 40-an, bersikap mesra dan merendah diri maka tidak hairanlah beliau agak disukai oleh beberapa penduduk di kawasan itu walaupun hakikatnya dia bukan dari Kepala Batas tetapi dari Bukit Mertajam.

“Kami telah mendapat penerimaan cukup baik daripada pengundi setakat ini, jadi kami yakin bahawa pada masa ini, kita hanya mungkin dapat merampas kerusi ini dari BN,” kata seorang ahli PAS. Namun begitu samada populariti yang semakin meningkat di peringkat akar umbi boleh diterjemahkan kepada undi masih belum dapat dilihat./~TMI

Bank Negara rugi RM30 bilion angkara Menteri?

KUALA LUMPUR, : Dalam keghairahan kerajaan BN mengutuk Soros sebagai spekulator matawang asing, DAP mendesak kerajaan agar menjelaskan kerugian yang ditanggung Bank Negara mencecah RM30 bilion akibat skandal matawang oleh spekulator tempatan.

“Tan Sri Nor Mohamed Yakcop harus tampil menjelaskan sepenuhnya skandal kewangan ini demi kepentingan awam,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengulas jawapan parlimen yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim dua minggu lalu.

Timbalan Menteri Kewangan tersebut berkata di Parlimen bahawa Bank Negara hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

“Ini menimbulkan persoalan berhubung kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 biarpun jumlah kerugian mencecah RM30 bilion seperti yang dianggarkan oleh bekas pegawai kanan Bank Negara Dr Rosli Yakcop yang pernah bekerja di bawah Tan Sri Nor,”

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, Tan Sri Nor dikenal pasti sebagai watak utama dalam menguruskan urusniaga matawang untuk Bank Negara ketika itu dengan pertaruhan besar.

“Ia melibatkan beratus-ratus juta Dolar Amerika untuk setiap lot pertaruhan dan sehingga kini beliau enggan menjelaskan penglibatan beliau atau mengapa beliau memperjudikan dana negara dengan begitu tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia.”

Dalam perkara yang berkaitan, Guan Eng turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Malaysia mengamalkan pilih kasih dengan melindungi spekulator matawang Malaysia seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop?

“Lebih teruk lagi, Kerajaan BN bukan sahaja gagal menghukum mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar atau menuntut kebertanggungjawaban sepenuhnya, tetapi telah menaikkan pangkat spekulator mata wang forex seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada jawatan Menteri Kabinet.” ujar beliau.

Tambahnya, kegagalan untuk menjelaskan kepada umum berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan BN hanya berpura-pura dalam komitmennya terhadap kebertanggungjawaban awam dan ketelusan.- Roketkini.com

Tuesday, 9 October 2012

Jangan Salahkan Shahnon

Hendaknya semua pihak khasnya di dalam Pas mendengar dan menghayati sedalam-dalamnya pandangan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad berhubungan dengan beberapa isu yang cuba dibangkitkan oleh media PB yang cuba memerangkap Shahnon agar membuat kenyataan memburuk-burukkan Pas sebaliknya mengherokan Umno.

Mengenai isu perpaduan beliau kesal kenapa Umno dan Pas tidak boleh bersatu sedangkan kedua-dua parti itu memperjuangkan Islam. Dia gembira kalau Umno dapat bergabung dengan Pas. Dalam interviu itu wartawan media PB cuba membentuk pemikiran Shahnon agar menyalahkan Pas berbaik dengan bukan Islam terutamanya DAP.

Kata Shahnon Rasulullah pun di zamannya dulu, baginda berbaik dengan orang kafir dan Yahudi. Pandangan itu bukan bermakna beliau menyalahkan Pas apabila parti itu berbaik dengan DAP. Cuma apa yang beliau harapkan Pas perlu memimpin dengan berdiri di atas kaki sendiri. Pandangan penulis novel Shit itu mungkin boleh diterima sebagai ia satu pandangan sihat sekiranya realiti politik negara ini tidak seperti hari ini.

Di dalam kenyataan Shahnon yang disiarkan di tv itu tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa dan harus menerima apa yang diucapkan itu sebagai satu nasihat dan sebagai pandangan dari seorang tua yang berimaginasi untuk perpaduan dan kesejahtraan kaumnya di hujung rahsia dan sudah kehabisan tenaga tanpa melihat kepada realiti semasa.

Mengenai pertanyaan ikhlas dan jujur Shahnon kepada Anwar, apakah bekas timbalan perdana menteri benar melakukan liwat, ia cuba hendak dieksploitasikan oleh media PB untuk memburukkan Anwar. Apabila Shahnon mengatakan Anwar menangis ketika beliau bertanyan hal itu, tagisan Anwar itu bukan boleh disimpulkan beliau melakukan liwat tetapi boleh jadi terlalu sedih kerana tuduhan yang amat busuk itu.

Kepada semua pemimpin usah pedulikan atau memberi apa-apa reaksi terhadap kenaytaan Shahnon itu. Beliau juga mungkin sedia mengadaikan masa tidurnya untuk diinterviu oleh meida PB kerana kurang acap pemimpin dan penyokong Pas mengunjunginya di kediamannya. Orang tua seperti beliau yang pernah hidup menjulang rasa dan perasaan akan merasa sepi kalau tidak diajak berbual dan bercakap-cakap mengenai musim silam.

-Mohd Sayuti Omar

Raja Pondan II : Mungkinkah ini seorang Raja Melayu atau Ketua Agama Islam Negara?

.

Mungkinkah ini seorang Raja Melayu atau Ketua Agama Islam Negara?

Rakyat Malaysia bergama Islam mengecam pelbagai unsur LGBT yang cuba mempengaruhi sosial masyarakat secara amnya. Pelbagai usaha dan pendekatan diambil bagi memastikan unsur LGBT ini tidak terus dipengaruhi generasi muda. Garis panduan mengenal pasti LGBT juga pernah dikeluarkan walaupun ianya tidak diperakui oleh pihak kementerian tetapi hakikatnya LGBT merupakan suatu yang "taboo" bagi Negara Islam seperti Malaysia.



"KAMI BERSYUKUR BOLEH MENCIPTA SEJARAH DI MALAYSIA"



Jika bersifat Gay itu sendiri adalah sesuatu yang yang jijik bagi bagi masyrakat Islam dan kita sering runsing akan perkembangan pengaruh ini di kalangan generasi muda.Umat Islam amat tidak suka sifat seorang gay ini kerana kita diajar dalam Al Quran bagaimana umat Nabi Luth menerima bala dan sudah pastinya kita juga sedar ianya sifat yang dikeji oleh Allah SWT.



Pelbagai bukti terus diceritakan akan perihal umat Nabi Luth ini yang sekarang ini kita lebih mengenali mereka dengan nama lebih menarik iaitu kumpulan LBGT dan mereka tidak dikenali lagi sebagai umat Nabi Luth. Apakah kesudahan nasib Umat Nabi Luth?










Namaku AMIR



Tetapi pernahkah kita terfikir apa pula reaksi kita apabila Ketua Agama Islam juga meminati aksi dan sifat seorang gay? Ada juga manusia yang tidak LGBT tetapi mungkin juga mereka meminati aksi-aksi LGBT dan akhirnya mereka mencuba aksi itu dengan penuh perasaan. Adakah ini petanda kearah LGBT kerana mencuba aksi mereka? Mungkin petunjuk ini mampu memberi kita sedikit panduan..

Baca selanjutnya di sini

Sunday, 7 October 2012

HOT!!!: SAYA BERSETUBUH DENGAN UMMI HAFILDA DI LONDON



SEJARAH TIDAK BOLEH DITUTUP!!

PANAS : BETUL ATAU TIDAK, HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU..tapi tak boleh nak percaya juga baginda, dan tak boleh menidakkan juga ummi..kita berserah pada ALLAH sahaja untuk menentukan kebenarannya


- MALAYSIA HARI INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers