PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 22 September 2012

[SAKSIKAN PERGELUTAN SYIAH dgn UNIT AMAL] - Demo bantahan penghinaan Rasulullah kedutaan USA



Tahniah Unit Amal...

HOT!!!: Rosmah dicabar nafi miliki jam tangan RM350,000

KUALA LUMPUR 21 Sept: Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000.

Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller.

 
Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000.


Sehubungan itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail mencabar Rosmah mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar.


“Sahut cabaran agar dedahkan aset peribadi kepada rakyat kerana tak masuk akal untuk seorang isteri pemimpin kerajaan mampu memiliki aksesori semahal itu.


“Jika lihat laporan yang tersebar di internet, dengan aset bernilai ratusan ribu begitu membuatkan kita kesal kerana isteri pemimpin berboros tatkala rakyat dihimpit keadaan ekonomi yang membebankan.




“Ternyata slogan wassatiyah yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya retorik politik semata-mata untuk menagih simpati rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.


Sebelum ini, Rosmah dan Najib dilapor berbelanja sehingga RM17,118,650.58 sepanjang lawatan rasmi mereka dalam tempoh 2008 hingga 2011.

 
Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

 
Malah, Rosmah dikaatkan berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.

 
 
 
-sumber

Friday, 21 September 2012

Pimpinan bukan Islam PR antara ribuan bantah hina Nabi

KUALA LUMPUR 21 Sept: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan  “Expresi Hijau Kasih Nabi” itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Mengikut HarakahDaily, dianggar hampir 5,000 menyertai himpunan termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam.



Antara yang berada di barisan hadapan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Mereka melaungkan slogan ‘hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi’ sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

Perarakan turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.

“Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.

“Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan,” katanya.



Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.

“Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera. Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.

Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.

Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.

Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu.

“Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.

“Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain,” katanya.

Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.

Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.

Himpunan tersebut kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


-sumber

Terkini: LIVE! - Himpunan Aman Di Hadapan Kedutaan Amerika "Membantah Filem Innocense of Muslims"




 bantahan Di Hadapan Masjid Tabung Haji...Gambar Kemudian akan menyusul
 
KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.


Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.
 
Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.


Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.


Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.


Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.
 
Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.
 
"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.
 
"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya.
 
Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.
 
"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.
 
"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya. harakahdaily
 
 
--
Free live streaming by Ustream

[Bergambar] : Jam Tangan Rosmah Mansor LIMITED EDITION (Bernilai RM350,000 – RM500,000)?

Kalau dahulu, beginilah perkiraan kasar pendapatan seorang yang bergelar daripada ahli parlimen sehinggalah yang bergelar Perdana Menteri. Cuma sekarang ia telah meningkat ke angka RM50,000 – RM60,000 sebulan (pendapatan minimum Perdana Menteri Malaysia). Cuma kami sedikit takjub dengan koleksi satu demi satu barangan mewah yang “berjaya” dimiliki oleh individu yang menggelarkan dirinya sendiri sebagai sebagai “First Lady of Malaysia” iaitu Rosmah Mansor. Terkini…..


Terkini koleksi yang jam tangan yang dipakai Rosmah dalam satu majlis yang dihadirinya di Vietnam berjaya dirakam lense kamera…Dikatakan harga jam tangan yang dipakai oleh Rosmah Mansor dikatakan bernilai antara £70,000 - £100,000. Dan harga tersebut tidak termasuk duit import lagi.

Jam Rosmah (Gambar) Jam Tangan Rosmah Mansor LIMITED EDITION (Bernilai RM350,000   RM500,000)??
Dengan gaji minimum baru bagi Semenanjung Malaysia sebanyak RM900 manakala di Sabah Sarawak diletakkan pada paras RM800, ini bermakna di sini jikalau diambil contoh orang-orang Semenajung mereka memerlukan _____________  berdasarkan perkiraan di bawah ini :
  • RM900 x 12 (bulan) = RM10800 x 46 tahun 4 bulan = RM500,400
  • Ini bermakna mereka memerlukan sekurang-kurangnya 46 tahun lama unutk memiliki jam tangan mewah berjenama Franck Muller ini
  • Harga jam tangan sahja sudah menyamai 1-2 buah harga rumah yang agak selesa?
Jenama Franck Muller merupakan salah jenama yang telah menghasilkan antara jam tangan paling mahal di dunia yang bernilai USD2.4 juta.
Jam Termahal Di Dunia (Gambar) Jam Tangan Rosmah Mansor LIMITED EDITION (Bernilai RM350,000   RM500,000)??
Persoalannya bagaimana beliau boleh berbelanja mewah seperti ini?
  1. Bagaimana Rosmah Mansor masih mampu meneruskan tabiatnya sehingga mampu memililki satu lagi barangan mewah (jam tangan berjenama Franck Muller) selepas berjaya melakukannya ketika memiliki cincin bernilai RM24 juta sebelum ini.
  2. Banyak sangatkah pendapatan seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia sehingga berjaya menampung perbelanjaan mewah isterinya selama ini? Adakah ada lagi “Pendapatan Sampingan”? Mungkin?
P/S : Walaubagaimanapun, carian kami untuk rekabentuk seperti yang dipakai oleh Rosmah Mansor tiada dalam senaraian jenama Franck Muller, besar kemungkinan ia cukup ekslusif dan direka khas untuk Rosmah Mansor mungkin?




Thursday, 20 September 2012

KENAPA SAYA TINGGALKAN BN?

BERUCAP…James Miki berucap di hadapan 400 penyokong Parti Pakatan di Paitan, Sugut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

"KENAPA ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang mempunyai pelbagai kedudukan dalam kerajaan negeri dan persekutuan keluar meninggalkan segala jawatan penting dan keistimewaan yang mereka miliki?

"Contoh yang terdekat seperti Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim Hj Okin dan ramai lagi dan termasuk diri saya sendiri kenapa harus keluar daripada BN dan UMNO ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa kami keluar."
"Seperti seekor burung punai tinggal di sangkar emas, sekalipun diberikan yang cukup istimewa tidak pernah putus-putus oleh ampuannya; tetapi kalau terus dikurung buat selama-lamanya apa perasaannya?

"Begitu jugalah ceritanya. Kami dalam Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, walaupun hidup dalam keadaan serba serbi kemewahan, tetapi tiada kebebasan untuk menyuarakan keperitan kehidupan rakyat di luar bandar, malah terus terhimpit dan tertindas, maka hati kami memang tidak gembira dan tidak rela melihatnya.

"Bila kami buat teguran kerana tanah-tanah adat (NCR) dirampas oleh saudagar-saudagar Cina dari Semenanjung sehingga beribu-ribu penduduk menjadi pelarian di kampung tempat tumpah darah mereka sendiri; telah menjadi satu kesalahan kepada kepimpinan UMNO. Kononnya kami durhaka, bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada kerajaan.

"Nasib rakyat terutama sekali bangsa Sungai, Kadazan, Dusun, Murut yang tinggal di kawasan terpencil yang sedang menjalani kehidupan agak senang sedikit kerana mempunyai sebidang tanah yang ditanami oleh sawit dan pokok buah-buahan; tetapi dengan tiba-tiba sahaja tanah-tanah mereka dimusnahkan dalam sekelip mata.

"Sementara rumah dibakar. Siapa yang tidak marah kerana tiada siapa yang membela nasib mereka. Bila jumpa wakil rakyatnya, apa jawapan mereka? Itu urusan kerajaan. Dia mahu bunuh sama kamu itu, adalah hak kerajaan.

"Malahan diberi amaran jangan sekali-kali menentang dasar-dasar kerajaan UMNO/BN, walaupun sekejam mana mereka menyeksa rakyat kerana akan menjadi satu kesalahan besar boleh dihukum.

"Ada sesetengah wakil rakyat berkata, biarlah mereka mampus itu bukan keluarga aku. Yang penting kita sudah kaya raya. Ada rumah mewah, bini muda sampai dua tiga; kereta empat lima buah; kenapa mahu memikirkan kehidupan orang lain? Mampus kamu di sana, apa saya peduli? Sekarang saya sudah jadi YB, jadi menteri, siapa berani menentang saya?"

Itulah luahan seorang pemimpin kerdil tetapi berjiwa rakyat iaitu James Miki, Ketua Penyelaras Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga bakal calon Parlimen Beluran pada PRU 13 nanti ketika berucap di majlis perjumpaan di hadapan 400 orang penyokong parti Pakatan Rakyat di Kampung Kobambangan, Paitan Sugut, kelmarin.

"Pemimpin UMNO memang menyelar saya. Mereka kata saya ini seorang yang bodoh kerana meninggalkan segala keistimewaan yang diberikan UMNO. Buat apa keistimewaan yang ada pada saya, tetapi bangsa saya di kawasan lain yang sudah miskin terus dihimpit lagi. Tetapi inilah sikap Surady Kayong dan Ronald Kiandee," kata James Miki lagi.(Sabahkini)

Pendedahan !!!: Taib Mahmud Lelaki Paling Kaya Di Malaysia.

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).





Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.



Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.



Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.



Apa nak hairan, Sarawak tu dari hujung ke hujung sudah seperti negara milik taib mahmud, dan taib mahmud seperti sultan negara tu, kalau tak percaya tanya pada orang sarawak sendiri...


 
 
 
 
 
 

Wednesday, 19 September 2012

Hina Islam: Umno, hentikanlah hipokrasi

Saya mulakan ulasan ini dengan mengungkapkan setinggi-tinggi syukur saya ke hadhrat-Nya kerana menunjukkan saya jalan-Nya yang lurus ini, iaitu iman dan Islam. Namun begitu, saya turut ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa atas sikap serta perangai buruk sesetengah mereka yang kononnya mengaku beriman dan seorang Islam tetapi dalam masa yang sama telah berkali-kali menodai kesucian dan maruah agama ini tanpa segan dan malu. Memang benar sekali, penghinaan terang-terangan terhadap Islam di negara kita dimulai sekitar tahun 1980-an lagi; malah, ketika pentadbiran sebelumnya, kalau adapun berlaku perselisihan faham PAS-Umno mengenai agama, tidaklah begitu tersiar secara eksklusif. Justeru, rasanya umum sudah tentu boleh mengagak, siapakah sebenarnya punca terhadap gejala tidak bermoral ini.

Juga, kenyataan Tun Mahathir yang pernah disiarkan dalam stesen televisyen pada Februari 1996 mempersenda hukum hudud jelas sekali mencerminkan kedangkalan penghayatannya terhadap rukun iman itu sendiri, apatah lagi sanggup mempersenda sunnah Rasulullah SAW menyimpan janggut, umpamanya. Walhal, dalam masa yang sama, mereka jugalah yang bersandiwara sehingga kini kononnya merekalah pemimpin dan pentadbir Islam agung yang patut dicontohi, dengan menyajikan slogan dan program-program kosmetik semata-mata.


Bukankah jelas pada zaman Tun Abdullah (Pak Lah) dengan pendekatan Islam Hadharinya, dan kini, YAB PM pula dengan konsep wasatiyahnya, masalah umat Islam kita tidak selesai, malah makin parah? Lebih menyedihkan, kedapatan pula mereka yang dipanggil "ulama" sanggup bersengkongkol.

Sedangkan pada masa yang sama ada kalangan mereka yang benar-benar ikhlas jiwanya ingin berbakti kepada negara hanya kerana Allah, apabila mengulas hukum-hakam dengan sebenarnya, boleh dimusuhi pula? Nah, bukankah ini tindakan hipokrasi (munafiq) namanya? Juga, bagaimana pula dengan sesetengah menteri yang berhujah menggunakan dalil naqli untuk menegakkan benang basah yang turut disokong para “ulama” ini, menyebabkan kita sekalian menjadi lebih keliru?

Oleh itu, pada hemat saya, hikmah di sebalik penerbitan filem 'The Innocence Of Muslims' yang tidak bertanggungjawab itu ialah, setidak-tidaknya membangkitkan kembali keinsafan umat Islam, khasnya kita di Malaysia ini, akan gejala buruk golongan kafir dan munafiq yang ingin terus memastikan nur Islam ini terhapus, sekaligus timbul rasa sensitif kita untuk mempertahankan kesucian nur Allah ini. Dengan itu, saranan Naib Presiden PAS itu sewajarnya direnung dengan penuh keseriusan, dan marilah kita bersama-sama mengenepikan sebarang perbezaan dan sentimen remeh-temeh serta bertaubat kepada-Nya. Semoga setelah ini, umat Islam dan negara Malaysia tercinta ini akan aman sentosa beroleh berkat, ampunan, rahmat dan redha-Nya dunia dan akhirat



- wargamarhaen

Anwar Guna Jet Peribadi Ke Sabah, Sarawak?

Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.

Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa?

Soal naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu ini dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.

Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.

Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM. 

Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.

Dan memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang lain.

Khabarnya kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut sama dinaiki oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada dalam penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau sebaik duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama kali merasai terbang dengan jet peribadi?


-merahtintaMSO

Tuesday, 18 September 2012

Menteri tidak wajar paksa polis jadi BN

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, budaya politik kebencian akan terus disemai pihak pembangkang dengan tujuan mencetuskan perasaan benci terhadap kerajaan. “Makin dekat PRU13, lebih banyak budaya kebencian, kemarahan, pecah belah, menyerang peribadi dan fitnah yang boleh menjejaskan keselamatan negara dibawa mereka untuk menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Tujuan Naib Presiden UMNO itu mengeluarkan kenyataan tersebut ialah supaya seluruh rakyat Malaysia marah dan bencikan pembangkang dan Pakatan Rakyat. Jadi siapa yang mencetuskan budaya politik kebencian sebenarnya? Dalam dunia politik hari ini, jika kita melakukan perkara yang sama kepada pihak lawan maka mempertikaikan pula perbuatan pihak lawan akan menyerlahkan sifat hipokrit diri sendiri. Usah menyebut bahawa Pakatan mencetuskan politik kebencian kalau semua media-media propaganda yang menjadi perkakas BN saban hari menyiarkan berita buruk, fitnah dan putarbelit terhadap Pakatan dan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan.

Usah juga menyebut bahawa Pakatan menyerang peribadi kalau TV3 dan Utusan Malaysia setiap hari menjadikan serangan terhadap peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sajian wajib. Sekurang-kurangnya sehari satu fitnah baru terhadap Anwar menjadikan jumlah setahun tidak kurang 365 fitnah yang berlainan dikenakan terhadap Ketua Pembangkang itu.

Usah menyebut perihal kononnya BN difitnah kalau di pihak mereka memfitnah Pakatan sudah menjadi ‘makanan ruji’ sehingga busuk bumi Malaysia dengan fitnah jahat BN. Kononnya jika Pakatan menang maka raja-raja Melayu dihapuskan, Islam bukan lagi agama rasmi, hak istimewa Melayu dimansuhkan, LGBT dihalalkan, DAP jadi Perdana Menteri, bendera Jalur Gemilang akan ditukar, hubungan diplomatik dengan Israel akan dijalin; bukankah itu antara rentetan fitnah yang diulang-ulang tanpa henti?

Usah menyebut bahawa pengawal Ketua Pembangkang ganas kerana mengacu pistol, walhal penyokong UMNO yang menyekat laluan bas, membaling cat dan melakukan provokasi dengan pelbagai kata-kata kesat, makian dan cacian.

Atas sifatnya sebagai Menteri Dalam Negeri beliau mengecam Pakatan kerana tindakan yang dibuat boleh menjejas ‘keselamatan negara’. Bagaimana pula dengan tindakan pihak keselamatan membiarkan samseng jalan penyokong BN menyekat laluan, memecahkan cermin kenderaan, menyerang ibu pejabat parti pihak lawan, menyerang masjid, membiarkan penyokong mereka membakar gambar pemimpin Pakatan, memijak dan kencing – tanpa sebarang tindakan oleh pihak keselamatan. Dalam waktu yang sama cepat pulak bertindak, sepantas kilat, jika sasaran serangan itu ialah pihak BN. Tidakkah tindakan yang dilihat sebagai berat sebelah oleh pihak polis ini boleh mencetuskan kemarahan rakyat yang mendorong kepada ancaman keselamatan dalam negara?

Inilah bahananya jika pemimpin politik yang naik memimpin pentadbiran kerajaan tidak dapat membezakan status antara kerajaan dan parti politik pemerintah, antara rakyat dan penyokong pembangkang. Maka wujudlah dwi piawaian peraturan atau undang-undang; segalanya haram untuk pembangkang dan segalanya halal untuk penyokong BN selaku parti yang memerintah.

Cabaran terdekat untuk Hishammuddin selaku Menteri Dalam Negeri itu ialah tindakan beberapa NGO dan Pemuda PAS di seluruh negara tampil membuat laporan polis mendesak tindakan juga diambil terhadap penghina gambar pemimpin Pakatan, seperti mana pantasnya mereka bertindak terhadap penghina gambar Perdana Menteri.

Inilah masanya untuk kita menilai kewibawaan pihak polis. Adakah mereka akan menyiarkan foto samseng-samseng jalanan itu dalam media massa untuk diburu oleh seluruh rakyat Malaysia seperti yang mereka lakukan tempohari? Adakah semua samseng jalanan UMNO yang terbabit itu akan diheret di hadapan media dengan sedu sedan akan memohon maaf atas kebiadapan mereka? Rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan drama ini, walaupun harapan untuk menyaksikannya sangat tipis sekali.

Hishammuddin adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negara wajar meletakkan pasukan polis di tempat yang neutral, tidak bertindak (atau berdiam diri) dan berpihak berasaskan pegangan politik parti yang memerintah. Jika menteri yang berkaitan dengan perdagangan, wanita atau urusan pertanian yang berat sebelah dalam menguruskan kementerian ia masih boleh dianggap ‘biasa’ walaupun tidak demokratik. Namun jika urusan berkaitan keselamatan ditadbir berasaskan piawaian politik kepartian, negara boleh huru hara.

Mahkamah baru saja memutuskan bahawa tindakan Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan bahawa Bersih 2.0 adalah haram sebagai tidak betul. Setelah kezaliman oleh kerajaan BN terhadap rakyat berlalu dalam suatu tempoh masa sebelum, semasa dan selepas Bersih 2.0, baru kini mahkamah memutuskan bahawa menteri itu tak betul, maka malang sungguh nasib rakyat yang menjadi mangsa kezaliman itu.

Kini pelbagai drama politik keganasan yang dicetuskan UMNO dan konco-konco mereka berlaku dalam negara. Kasihan nasib polis yang dilihat tidak berupaya menyerlahkan sikap neutral mereka di kalangan rakyat untuk bertindak adil kepada semua pihak. Ia berlaku gara-gara menteri yang menguruskan mereka lebih mementingkan keselamatan politik BN dari keselamatan negara.


-sumber

Bukti Janji Dicapati, NetBook Rosak Diagih Pada Pelajar.

Berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah Termerloh terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.


Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.



Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.



Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.



Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.



Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.



“Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.



Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.



Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.



Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki,” katanya.



Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.



Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.



Memang terbukti janji dicapati, bayangkan berapa banyak duit rakyat dah habis untuk beli netbook tak ada kualiti nei, bayangkan macam mana la tahap pendidikan negara ni, bagi netbook pun takde piawaiaan, kah..kah..kah
 

Kisah Sedih Seekor Anjing Yang Sudah 6 Tahun Tidak Mahu Meninggalkan Kubur Tuannya…

Kisah sedih ini berlaku di Argentina.

Ia bermula apabila Miguel Guzman meninggal pada tahun 2006.

Seminggu kemudian keluarganya menemui anjing peliharaan lelaki itu bernama Capitan di sisi kubur Guzman.

Ketika itu Capitan sedang melolong…seolah-olah ‘merintih’ kesedihan di atas pemergian Guzman.
Percaya atau tidak, kini, setelah enam tahun, Capitan masih setia di sisi pusara tuannya itu!
Veronica, isteri mendiang Guzman berkata;

” Kami mencari dia (Capitan) merata-rata, tapi kelibatnya hilang begitu saja. Kami waktu itu ingat Capitan dah mati.

” Pada hari minggu berikutnya, kami mengunjungi kubur (Miguel Guzman). Capitan mendatangi kami, menggonggong dan melolong, seperti menangis,”

Menurut Veronica, dia sebenarnya hairan kerana tidak pernah membawa Capitan ke kubur suaminya.
Tetapi entah bagaimana, kata Veronica, anjing itu berjaya juga ‘menghidu’ tempat di mana suaminya itu dikebumikan.

” Kami ke kubur itu lagi pada minggu berikutnya dan Capitan sudah pun ada di sana.

” Kali ini Capitan ikut kami balik dan sempat tinggal di rumah seketika, tapi kembali semula ke kubur tuannya waktu hari mulai gelap,” kata Veronica.

SEMENTARA itu, pemilik tanah perkuburan tersebut, Hector Baccega berkata, dia masih ingat pada hari ketika melihat anjing itu untuk kali pertama.

” Suatu hari Capitan muncul, sendirian, dan ‘menjelajah’ ke seluruh petak kubur, akhir sekali anjing itu menemui kubur tuannya.

” ‘Rutin’ Capitan cukup mudah, kadang-kadang Capitan ‘bersiar-siar’ di sekeliling tanah perkuburan ini, tapi selepas itu Capitan kembali ke kubur Guzman.

” Setiap hari pada pukul enam petang, Capitan akan berbaring di atas kubur Guzman sehinggalah keesokan harinya, ” kata Baccega.

Menurut Baccega, para penjaga kubur Villa Carlos Paz ini akan memberi makan pada Capitan.
Dalam perkembangan berkaitan, anak lelaki Guzman, Damian berkata;

” Saya beberapa kali membawa Capitan pulang, tapi dia selalu kembali ke kubur ayah saya.

” Saya rasa dia akan terus berada di sana sampai mati,” katanya. – Mynewshub.my


Monday, 17 September 2012

Ini Dia Wanita Yang Memiliki Wajah Paling Sempurna

Di Inggris, seorang gadis boleh bahagia kerana mendapatkan predikat sebagai pemilik wajah paling sempurna di Inggris.



Florence Colgate disebut-sebut memiliki wajah paling sempurna. Ini kerana wajahnya sesuai dengan cetak biru internasional soal wajah yang paling sempurna. Dia memenuhi rasio optimal antara mata, mulut, dahi, dan dagu. Proporsi wajahnya pun disebut-sebut paling sesuai.



Predikat itu diperoleh Florence setelah mengalahkan sekitar 8.000 orang yang berminat untuk merebut gelaran serupa.. Para kontestan diuji wajahnya tanpa riasan apa pun dan mereka dilarang melakukan operasi plastik atau menyuntikkan cairan kimia apa pun.



Wajah Florence juga dikatakan sangat simetris mendekati sempurna. Shania Twain, Liz Hurley, dan Jessica Alba adalah para seleb dunia yang disebut juga memiliki wajah paling sempurna simetris.

Mendapat predikat itu, tentu saja Florence senang. Sehari-hari dia mengaku hanya mengenakan riasan sederhana saja. ”Seharusnya perempuan tidak perlu memakai riasan setiap hari. Saya sendiri sudah senang dengan penampilan saya tanpa perlu operasi plastik atau Botox,” ujar dia.


Sumber: http://www.duniarealiti.com

Sunday, 16 September 2012

Pelakon Khairil Anwar pula sertai PAS

Gambar Khairil Anwar bersama Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia sedang berlegar-legar dalam Facebook. Difahamkan gambar ini diambil semasa jamuan eidulfitri DPPM

Kesahehan gambar ini telah dapat gua pastikan dan ianya autentik. Cuma gua khawatir, gambar ini telah diedit oleh pakar-pakar photoshop umno. Hahaha..[1]

Saheh atau tidak, sehingga kini Khairil Anwar belum membuat sebarang pengumuman mengenai berita penyertaannya dalam PAS ini. Berita penuh menyusul...

Umpama Siti Nurhaliza dan Lee Chong Wei bergambar dengan Nurul Izzah..takkan boleh klaim siti dan lcw join pkr pulak..hahaha..nantikan!

-ahmad seekers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers