PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday, 8 August 2013

Tragedi berdarah Simunul lenyapkan sinar bahagia 1 Syawal

Setiap 1 Syawal mereka pasti enyambutnya sekeluarga sama ada di Semenanjung Tanah Melayu atau di Sabah, tapi Syawal kali ini pasti berbeza bagi Sumiati Suarah, 51, apabila suami yang selamai ini menjadi peneman hidup pergi buat selama-lamanya.
Lebih menyedihkan, persiapan untuk menghadapi Aidilfitri saban tahun ibuat awal oleh arwah suami malah untuk tahun ini pun, tiket penerbangan sudah ditempah awal tahun untuk pulang berhari raya di kampung sebelah suami di Kuala Lumpur.

Suaminya Allahyarham Sjn Baharin Hamit, 49, adalah seorang daripada enam anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam peristiwa berdarah apabila kumpulan pengganas dari selatan Filipina menyerang hendap anggota keselamatan di
Kampung Simunul, Semporna awal Mac lepas.

"Rasa sedih masih terasa...tahun ini dia sudah tiada...raya kali ini persiapan ala kadar sahaja, keseronokan beraya sudah hilang separuh. Anak-anak shopping raya pun tidak ceria malah tiada 'mood' beraya," katanya kepada Bernama

Meskipun reda dan berbangga dengan pemergian arwah sebagai wira negara, Sumiati berkata raya tahun ini 'sangat hilang' kerana suami yang 'paling seronok' melakukan persiapan raya pada setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri.

"Kebiasaannya suami sebagai ketua keluarga akan membuat persiapan raya, beli baju raya untuk saya dan anak-anak, dua minggu sebelum raya. Anak-anak pun selalu cakap 'ibu tidak seronok nak beraya ayah dah tiada'.

"Setiap tahun dia hanya mengambil cuti raya dan menghabiskan masa beraya bersama-sama anggota keluarga. Kami juga bergilir-gilir balik raya di Sabah dan Kuala Lumpur," katanya dalam nada sedih.
Menceritakan detik-detik ketika mengetahui berita kematian suami dalam tragedi berdarah itu, Sumiati berkata suami menghubunginya sehari sebelum kejadian meminta mereka sekeluarga tidak bimbang selain meminta beliau dan anak-anak mendoakan keselamatannya.

"Siapa sangka beliau yang sering mengikuti mana-mana operasi yang diarahkan dan tidak pernah ditukar ke luar daerah atau negeri lain setelah 30 tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu, terkorban dalam operasi besar kali ini," katanya.

Suri rumah itu berkata ketika suami dipanggil bertugas di Semporna tiada yang pelik kecuali anak bongsu perempuannya menangis teresak-esak tidak merelakan ayahnya bertugas di Semporna sedangkan sebelum ini dia 'ceria' setiap kali ayahnya diminta bertugas di luar daerah.
"Anak perempuan saya tidak bagi suami pergi operasi masa itu, dia menangis tidak habis-habis...dia kata akan rindu ayah bila ayah pergi outstation. 

"Apabila ayahnya sampai Lahad Datu, ayahnya telefon dia tidak mahu bercakap sehingga pada malam sehari sebelum kejadian baru dia mahu cakap dengan suami yang menghubunginya," katanya yang menyifatkan mungkin itu petanda bahawa suami
bakal meninggalkan beliau sekeluarga buat selama-lamanya.

Allahyarham yang berkhidmat sejak 1994 mempunyai dua anak Mohd Izzat Syafiq, 15, dan Nur Izzati Syafiqah 11. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Dua, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Sambil berharap anak-anak tabah menghadapi dugaan ini beliau berkata bantuan pendidikan yang diperolehi daripada kerajaan akan menyara kehidupan mereka pada masa depan.

Jika diizinkan kesihatan yang baik kami sekeluarga akan pulang beraya di Kuala Lumpur sepertimana tahun ini beraya di sana," katanya kini menumpang tinggal di rumah kakak sulungnya di Kampung Darau, Menggatal dan berkemungkinan meraikan 1 Syawal di situ.

Mohd Izzat ketika ditanya mengenai persiapan raya tahun ini berkata: "Tahun ini raya rasa lain dan menempah dua pasang baju Melayu berbanding tahun sebelum ayah beli yang sudah siap".

Sebelum Kampung Simunul Semporna bermandi darah sejak pembukaannya pada 9 Mac 1939, dua anggota polis komando VAT 69 terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu dan diikuti dua anggota tentera gugur dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, manakala seorang lagi terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung Bakapit, Lahad Datu.

Rentetan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu, Februari lepas dan kejadian di Kampung Simunul Semporna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan  penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) pada 7 Mac.
- Bernama

Tuesday, 6 August 2013

Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Tentera Laut Iran

Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf

Makhluk ganjil gergasi ini ditemui oleh tentera laut Iran di Perairan Arabian Gulf. Cuba anda lihat sendiri, makhluk apakah ini?. Mesti sukar untuk anda menekanya.

Walau bagaimana sekalipun bentuknya, pelik atau tidak, ia tetap makhluk ciptaan Allah s.w.t. Itulah kebesaran Nya, Allah Maha Pencipta.

Makhluk Ganjil Gergasi 2

Makhluk Ganjil Gergasi 3

Makhluk Ganjil Gergasi 4
 

10 INDIVIDU DAKWA PEWARIS AGONG DITAHAN BERKUMPUL DI ISTANA NEGARA

 
Kuala Lumpur, 5 Ogos - Sepuluh individu yang mendakwa mereka
pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.

Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.

Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'.
 
 

Monday, 5 August 2013

Rahsia bilal mati bersujud, dikisahkan isterinya

Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi.

Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini.

Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan bersama...

Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.

Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yang diikutinya.

Oleh kerana itu beliau:

1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung.

2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.

3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.

4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.

5. Kata beliau lagi jangan sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati - "ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... & insya Allah anak2 beliau yang soleh).

6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula...


Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh.

Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.

Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian untuk dimandikan dan seperti tidur.

Melihat kepada kak Mar yang sederhana dan lembut orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.

Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar tidak banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al fatihah...

Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta... fb PHR /(harakahdaily)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers