PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday, 8 February 2013

PSYkologi Najib nak beli undi

Oleh Muhammad Nazreen


Maka, dengan sedemikian omong-omongan bahawa artis K-Pop akan mengadakan persembahan di Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang minggu depan. PSY, bintang yang menyerlah dengan fenomena Oppa Gang Nam Style, dikhabarkan telah dijemput atas tiket Barisan Nasional.
Rata-rata masyarakat sama ada mereka yang berparti atau non-parti sudah mula menunjukkan kejelekan mereka kepada pemerintah, iaitu kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sentimen begini membuktikan betapa Najib Razak tidak digemari lagi. Alangkah, jemputan bintang pop terkemuka Korea, PSY, sebagai ‘sagu-hati’ pun sudah lunak menampakkan sisi-sisi marah mereka.

Rakyat mengerti, tugas untuk menjemput penyanyi terkemuka, seperti dalam kes PSY bukan tanggungjawab kerajaan. Itu pilihan yang ditentukan pada permintaan pada pasaran. Kerajaan tidak perlu terlibat untuk memilih dan memaksa konsert apa, artis apa yang dimahukan rakyat Malaysia.

Memang ada ‘bijak pandai’ BN yang mengatakan konsert itu ditanggung oleh syarikat swasta. Tapi itu cakap saja. Rakyat akan hanya percaya jika didedahkan dokumen atau penyata akaun sebenar. Siapa sebenarnya yang menaja konsert bernilai jutaan ringgit itu?

Lantaran, inilah yang dinamakan sebagai penyakit PSYkologi pemerintah. Atas kerana desakan yang kuat untuk kalah, mereka menggunakan seluruh mekanisme yang ada untuk kembali memancing undi. Namun, dalam suasana yang sekejap sahaja. Kesannya begitu ketara. Rakyat tidak lagi termakan dengan kempen murahan memungut undi dengan strategi begini.

Bila pemerintah kuku besi jatuh terguling

Penyakit pskilogi ini adalah rentetan yang telah terjadi di kebanyakan rejim-rejim autoritarian yang lain. Sebelum kejatuhan Shah-Reza Pahlevi di Iran, terutamanya pada detik-detik awal revolusi besar melanda – kepemimpinan monarki Parsi itu sedaya upaya merasuah golongan pemuda-pemudi untuk menyokong pimpinan beliau. Tetapi, dek kemarahan rakyat Iran akan penindasan serta meluat pada sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk sejak bertahun-tahun, tawaran demikian bukan lagi sesuatu yang lumayan. Akhirnya, kemuncak revolusi pada 11 Februari 1979 menyaksikan Shah Iran ditumbangkan.

Begitu juga al-kisahnya di Indonesia menjelang Reformasi 1998. Suharto sebelum disingkirkan kelam-kabut mahu memulakan agenda reformasi pemerintahan Orde Baru yang melibatkan penstrukturan semula institusi, dasar ekonomi dan sosial – kerana takutkan desakan perobahan.

Menurut pengkaji politik, William Case di dalam ‘Politics of Southeast Asia’ (2002), kegagalan sebenar Suharto untuk mempertahankan kuasa beliau disebabkan gagalnya pemerintahan beliau meyakinkan semua golongan masyarakat di Indonesia. Terutama, golongan kelas-pertengahan dan kelas pekerja yang menerima implikasi pemerintahan tirani beliau. Penyakit psikologi kini menjangkiti jentera Najib dan Barisan Nasional menjelang pilihanraya.

Tanda-tanda berakhirnya era BN

Penyakit psikologi  ini dirukuni dengan beberapa sebab. Jikalau ditekuni, kita akan menjumpai trend yang sama di dalam mana-mana rejim yang bergolak. Adapun, struktur penyakit psikologi lebih menyerlah dan kelihatan di dalam rejim yang autoritarian.

Pertama, kebangkitan rakyat di dalam siri demonstrasi yang meningkat penyertaannya. Seperti di Malaysia, saban hari lebih ramai kerumunan dilihat dan bertambah menjelang siri-siri demonstrasi seterusnya. Semenjak perhimpunan BERSIH mendapat sambutan yang hangat, siri perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011, perhimpunan BERSIH 3 pada 28 April 2012 dan yang terbaru, Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 menyaksikan peratusan keluar untuk sama-sama menyertai perhimpunan ini berkebarangkalian tinggi.

Malah, jangan lupa Bersih pada November 2007 yang mencetus semangat berani rakyat mengundi pada PRU 2008 sehingga tersungkur lima negeri daripada cengkaman BN serta ia hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Peristiwa kebangkitan rakyat sebegini mencetuskan panik di kalangan kabinet tertinggi pemerintah. Akibatnya, mereka secara tergesa-gesa menggubal akta-akta zalim ini dengan agenda ‘reformasi kosmetik’. Reformasi kosmetik kerajaan BN seperti pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri, Akta Buang Negeri dan Ordinan Kecemasan dikuatkuasakan dalam tempoh yang cukup singkat. Mungkin kerana Najib sarat dengan kerisauan, maka beliau mengalami penyakit psikologi di dalam pemerintahan.

Kedua, parti politik alternatif mutakhir ini mempunyai pengaruh yang dominan di dalam latar politik Malaysia. Lambakan pendedahan skandal berskala besar, pembaziran dan salahguna kuasa dimanfaatkan pakatan oposisi sebaiknya. Kesan daripada pendedahan demi pendedahan, sekali lagi rejim Najib Razak tak mampu untuk duduk diam. Beliau mengelak daripada ditemuramah wartawan dan mengelak untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan demikian kerana tembelang mereka sudah pecah. Kala ini, skandal terbabit menjadi bisik-bisik di ruang awam.

Pasca PRU13, pakatan politik yang disepakati bersama PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP mempunyai suara yang kuat di dalam dewan parlimen. Atas kesempatan itu, banyak ketirisan dibangkitkan dan dipersoalkan. Manakan  Najib mahu duduk diam, turun ke Parlimen setahun sekali pun boleh dibilang dengan jari. Alahai nasib, sudah tersepit perangkap, kini menunggu masa untuk ditangkap.

Ketiga, media massa adalah aparatus terbaik untuk memastikan survival ‘daulah’ berjalan lancar. Namun, kegagalan media massa untuk berperanan sebagai badan yang beretika kini dipersoalkan. Akhbar dan televisyen lebih bersedia untuk memperincikan rancangan-rancangan bahalul berbanding menyiarkan warta berita yang adil dan saksama. Sesungguhnya, kita tidak sesekali akan menjumpai kualiti media-massa sebegini di negara-negara yang sudah mencapai taraf maju. Jadi, sekiranya ia berkekalan, apa Malaysia mampu bersaing menjadi negara maju? Sendiri fikirlah.

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak mempercayai laporan berita daripada agensi berita besar dan stesen televisyen massa. Kini, mereka mula beralih kepada alternatif-alternatif media di sesawang internet. Populariti Buletin Utama, rancangan berita TV3 semakin merudum. Jualan akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia mengalami kerugian setiap hari. Proses pembodohan media yang diulang-ulang juga sebab kenapa kabinet Najib Razak mengalami masalah.

Penyakit ‘PSYkologi’ ini makin pantas merebak. Sebaran kedatangan PSY sebagai ‘hadiah’ sempena Gong Xi Fa Cai yang menimbulkan kemarahan semua sedari awal lagi menunjukkan majoriti rakyat Malaysia mahukan perubahan dan pemerintahan baru. – Roketkini.com

KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenayah dikehendaki Filipina


KUALA LUMPUR 7 Feb: Tiga pemimpin KEADILAN ke Manila malam ini bagi membongkar sejauhmana kebenaran skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki penguatkuasa negara itu yang dikaitkan sebagai anak saudara Musa, Manuel Karingal Amalilio.
Lawatan sehari itu disertai Naib Presiden, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Darrel Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa.

“Ia adalah misi mengumpul fakta. Kita akan berjumpa agensi kerajaan yang terlibat di sana dan para wartawan untuk mengenal pasti beberapa fakta yang agak kabur di media Malaysia,” jelas Tian ketika dihubungi.



Menurutnya, terdapat desas-desus di Filipina yang kian tersebar mengatakan dana membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) hasil penipuan Amalilio terhadap 15,000 orang untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Ramai orang di Filipina bercerita tentang perkara ini. Kami putuskan untuk ke sana bagi mengetahui kebenarannya. Jika benar dakwaan itu, ia satu perkara yang sangat serius,” katanya.

Ahli Parlimen Batu itu mempersoal bagaimana Amalilio atau namanya di Malaysia, Mohammad Kamal Sa’aid boleh memiliki dua kewarganegaraan.

“Itu juga membimbangkan…Kita lihat isu ini relevan dengan kerakyatan yang diberi kepada warga asing di Sabah. Berita tersebut mendapat liputan meluas di Filipina. Ia memberi implikasi buruk kepada imej negara dan kerjasama dua hala dengan negara tersebut,” tambah Tian.

Sivarasa menyifatkan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang mengenakan hukuman dua tahun penjara kepada Amalilio kerana memiliki pasport palsu sebagai wayang.

“Ia hanya wayang pihak berkuasa Malaysia untuk menghalang Amalilio dari dibawa pulang dan diheret ke muka pengadilan Filipina,” kata Ahli Parlimen Subang itu.

“Apa motif pihak berkuasa Malaysia? Apa yang cuba disembunyi? Soal hubung kait  Amalilio dengan Musa, memang tidak dapat dinafikan lagi. Dana 12 bilion peso itu untuk siapa dan kenapa?” soalnya.

“Kita juga ingin tahu apa masalah yang akan dihadapi Musa dan polis Sabah jika Amalilio dihantar pulang? Kita harap dengan misi ke Manila ini akan bantu kita untuk tahu cerita sebenar,” kata Sivarasa lagi.

31 Januari lalu, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis,  Amalilio dari pulang ke Filipina.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian mendedahkan kepada The Star Filipina bahawa Amalilio adalah anak saudara kepada Musa kerana sepupu sulung Ketua Menteri itu adalah ibu kepada Amalilio.

“Ya, ibunya adalah sepupu sulung Musa, nama sebenar Amalilio adalah Kamal bin Said dan dilahirkan di Beaufort, Sabah,” kata Anwar kepada akhbar tersebut
.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44592

Thursday, 7 February 2013

KETUA PESURUHJAYA RELA GUNA IC PALSU?


Oleh : MUTALIB M.D



PASUKAN Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah terus mengalami kemelut setelah ada pihak mendakwa Pengarahnya, Samasudin Lawe dan ramai ahlinya termasuk Peer Mohd Bin Kadeer adalah pemegang mykad projek; malah terkini Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah, Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd Said turut menggunakan kad pengenalan palsu?

Jerry dikesan menggunakan Mykad PALSU bernombor 660509-12-5543 dalam Notis Kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi yang disiarkan media tempatan pada 2009.

Menurut notis berkenaan, Jerry yang beralamat di No 25, Lorong 17, Taman King Fisher, Likas, Kota Kinabalu, Sabah; dijatuhi hukuman Muflis oleh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu pada 9 Julai 2009 melalui Petisyen K29-406 Tahun 2008 oleh Electronis Electrical (S) Sabah Sdn.Bhd (169291-H).

Semakan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati Mykad bernombor 660509-12-5543 tidak wujud di dalam sistem JPN. Begitu juga dengan rekod Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). 

seterusnya baca sini

Wednesday, 6 February 2013

Gong-xi-fa-PSY : Gangnam style


Tentang parodi Gangnam dan dapur Ketua Menteri Oleh Izmil Amri


6 February 2013
BAGAIMANAKAH caranya untuk Barisan Nasional (BN) menang di Pulau Pinang? Soalan ini susah. Banyak jawapan sudah diberikan, tidak kurang juga cadangan yang dilaksanakan untuk mengambil semula Pulau Pinang yang bagi kebanyakan penganalisis politik sebagai kawasan putih bagi Pakatan Rakyat, terutamanya DAP.

BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengakui bahawa adalah tidak mustahil untuk parti pemerintah itu mentadbir semula negeri berkenaan. Cuma yang tinggal ialah apa strategi yang perlu dan patut untuk memenangi kembali hati pengundi Pulau Pinang yang menolak parti komponen BN dalam tsunami politik Mac 2008 lalu?

Sebagai sebuah koalisi politik yang sudah lama memerintah negara dan mendapat manfaat banyak daripada hasil negara sepanjang pemerintahan, BN adalah sebuah koalisi politik yang kaya. Bukan setakat kaya yang boleh beli kereta mahal dan rumah besar, tetapi kaya yang boleh beli jiwa raga dan maruah manusia.

Politik wang Barisan Nasional

Baru sahaja beberapa hari sudah Perdana Menteri, Najib Razak turun ke Ampang dan melancarkan kempen politik wangnya yang popular diberi nama BR1M 2.0. Seperti yang sebelumnya, kali ini bantuan kewangan RM500 itu dipohon oleh lebih ramai orang. Sekaligus membuatkan Najib Razak kembang dan bangga sambil merasakan pendekatan dan kempennya mendapat sambutan ramai. Konon rakyat sudah semakin sayang dan menyokongnya kembali.

Ada beberapa pertimbangan yang dapat kita buat daripada perihal BR1M 2.0 ini. Pertamanya ialah mengapa mesti Najib Razak melalui kerajaan dan jentera politiknya mengeluarkan wang tunai sebanyak itu untuk diagihkan kepada rakyat? Adakah rakyat sedang berada dalam kesempitan wang dan menjadi mangsa ekonomi? Adakah rakyat begitu susah sampai tidak ada duit untuk hantar anak ke sekolah dan memastikan tempayan beras sentiasa berisi?

Apa sebabnya bagi duit kepada rakyat? Ya, mungkin sebab rakyat tak ada duit. Tapi sebab apa rakyat tak ada duit? Adakah rakyat malas bekerja? Adakah sebab gaji tak naik? Adakah sebab harga barang melambung tinggi?

Pertimbangan seterusnya ialah mengenai naik turun sokongan rakyat terhadap Najib Razak dengan pemberian wang tunai. Ini jelas nyata adalah politik wang. Tidak semestinya disebut rasuah, tetapi lebih kurang begitulah keadaannya. Politik wang yang dilakukan oleh Najib ini adalah langkah paling mudah untuk meraih sokongan. Hanya kerana bangsa ini begitu mudah termakan dan rasa terhutang budi.

Makcik, pakcik; saya nak bagi tahu. Duit yang makcik dapat itu ialah sebahagian daripada duit makcik sendiri yang kerajaan kutip selama ini. Itu bukan duit daripada poket Najib Razak, makcik. Najib Razak tidak berhempas pulas jual pisang goreng dan cucur kodok untuk kaut untung dan beri zakat kepada kita semua, tidak. Najib Razak dan Rosmah Mansor tidak juga turun ke bendang membanting padi untuk kumpul duit dan berikan kepada pakcik. Tidak sama sekali.

Itu duit makcik lah yang mereka ambil. Sekarang dia bagi balik. Nanti bila makcik guna duit itu untuk beli barang dapur, dapat ke dia balik duit tu makcik.

Inilah dia politik wang. Rakyat tidak harus tertipu dengan politik wang yang menjadi kekuatan pemerintah yang telah gemuk menelan hasil kekayaan negara setelah puluhan tahun memerintah. Sudah berapa juta dia makan, hampas dan sisanya yang dibagi ke kita.

Orang Pulau Pinang tahu ini. Sebab itu orang Pulau Pinang dengan manis muka boleh selamba ambil duit BR1M, tetapi hatinya tetap tekad akan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Disebabkan kekayaan BN ini, mereka juga mampu membawa artis antarabangsa untuk menghiburkan kita semua. Pakatan Rakyat tidak begitu kaya. Yalah, tiada pengalaman makan rasuah atau rompak harta negara. Tidak macam BN. Mereka kaya. Apalah sangat DAP ini sekadar mampu buat parodi Gangnam Style. BN mahu bawa penyanyinya datang sendiri untuk menyanyi dan menari sambil menghibur hati rakyat demi memujuk sokongan terhadap mereka.

Pakatan Rakyat tidak mampu buat begini. Kami tidak kaya macam mereka. Kami tidak rompak harta negara.

Gong-xi-fa-PSY

Semenjak artis Korea, PSY yang popular dengan tarian Gangnam Style-nya diumum akan mencemar duli membuat persembahan di Pulau Pinang, meloncatlah sekalian yang patut meloncat. Paling kuat meloncat pasti lah pendokong BN Pulau Pinang yang begitu gembira dengan kedatangan artis berkenaan.

PSY sebenarnya telah dijadualkan untuk membuat persembahan di Future Music Festival Asia pertengahan Mac nanti; pastinya dengan dukungan Tourism Malaysia memandangkan (entah bagaimana) festival itu adalah sebahagian daripada program transformasi ekonomi. Kehadiran beliau untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini pastinya tidak termasuk dalam program, dan bayarannya juga pasti berbeza.

Apa yang kita tahu ialah sebagai artis bertaraf antarabangsa, PSY tidak akan melayan jemputan yang menjanjikan bayaran kurang daripada sejuta Dolar Amerika. Ya lah, artis popular. Takkan nak bayar guna Ringgit Malaysia. Satu juta Dolar Amerika (ini minimum ya) samalah dengan 3.5 juta Ringgit Malaysia; untuk satu lagu, daripada seorang penyanyi demi memikat hati pengundi Cina (katanya).

Hatta ada yang mencemuh kononnya DAP hanya mampu membuat parodi, dan BN juga yang hebat sehingga mampu membawa penyanyi asalnya ke mari. Inilah dia kesan pembodohan terancang oleh media yang dikawal pihak pemerintah pimpinan United Malays National Organisation sehingga tidak dapat meletakkan nilai kepada wang dan kemampuan sehingga boleh mengukur kebolehan memimpin dengan membandingkan artis mana yang dibawa masuk.

Ya benar, Pakatan Rakyat ada koalisi yang sederhana gayanya. Ia tidak mampu berbelanja besar dan menabur wang untuk membeli undi orang ramai. Tidak ada bayaran untuk datang berhimpun dan merelakan diri disepak terajang oleh pihak polis. Tidak ada bayaran untuk bawa sepanduk dan angkat bendera. Tiada bayaran untuk letakkan pelekat kempen pada kereta.

Tidak macam UMNO. Selagi tak ada yang ‘masyuk’ tidak jalan lah kerja.

Dapur Guan Eng

Cuba kita perhati sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Puan Betty Chew, isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang memperlihatkan Lim Guan Eng sedang memasak di dapur. Mungkin apa yang orang hanya pandang ialah perbuatan Guan Eng memasak di rumah. Santai di dapur dengan rambutnya juga yang tidak diminyak.

Tetapi cuba pandang sedikit ke belakang dan lihat ruang dapurnya yang serba sederhana itu. Rak plastik yang bersepah dijual di pasar borong. Kain lap yang selalunya dijual lima helai sepuluh ringgit di pasar malam. Siap ada lesung batu yang terceruk. Pemimpin yang rendah hati dan baik budi inilah yang ditohmah siang malam dengan fitnah yang akhirnya dibuktikan tidak benar di mahkamah.

Bayangkan pula dapur pemimpin BN. Bayangkan Najib Razak menumbuk sambal belacan. Bayangkan isterinya sedang potong bawang. Mampu?

Benar, perjuangan ini adalah perjuangan kelas. Yang kaya semakin kaya, yang miskin dibaginya RM500 sudah mahu tunduk sujud menggadai masa depan. Yang kaya rompak harta negara, yang miskin dapat tengok PSY menari sudah melompat-lompat sayang ke Perdana Menteri. Pembodohan dan kebuntuan begini yang mesti kita lawan.

Tidak BN, undi kami orang Pulau Pinang tidak boleh dibeli dengan ang pau dan tarian Korea. Harga diri kami lebih tinggi daripada itu. Teruskanlah merancang bagaimana caranya untuk menawan kembali Pulau Pinang. Pergilah tidur dan bermimpi. Mudah-mudahan kalian mendapat ilham.-Roketkini.com

Tuesday, 5 February 2013

Mahathir dan Rosmah Liabiliti Najib Dalam PRU 13

Oleh: Shahbudin Husin

Ramai yang tertanya-tanya kenapakah Najib masih tidak berani mengumumkan tarikh pilihanraya walaupun sering mendakwa sokongan rakyat kepada BN makin bertambah dan yakin untuk mencapai kemenangan. Beberapa pemimpin lain, terutama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO, bukan sekadar yakin BN akan terus menggenggam kuasa malah merasakan kuasa majoriti dua pertiga pun mampu dicapai kali ini.

Apakah sebenarnya halangan utama Najib sehingga beliau menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang paling takut mengumumkan pembubaran Parlimen? Inilah pertama kali dalam sejarah, tarikh pilihanraya masih tidak diumumkan walaupun sudah berada di penghujung tempoh lima tahun selepas pilihanraya lalu diadakan pada Mac 2008.

Ada kemungkinan Najib akan membiarkab Parlimen terbubar dengan sendirinya selepas 28 April ini ataupun mungkin beliau akan memohon perkenan Yang Dipertuan Agong untuk melanjutkan lagi tempoh pembubaran itu.

Apa pun keadaannya, ketakutan Najib untuk mengumumkan pembubaran Parlimen menggambarkan ketidakyakinan beliau terhadap kemenangan yang mampu dicapai kali ini. Walaupun sering mendakwa sokongan rakyat makon bertambah, tambahan pula dengan pelbagai janji dan pemberian gula-gula politik terutamanya BR1M 2.0 yang sedang dilaksanakan sekarang, hakikatnya sokongan yang diharapkan masih tidak memadai untuk menciptakan kemenangan yang selesa buat BN.

Sering bermain di fikiran rakyat, apakah sebenarnya halangan atau beban utama Najib dalam pilihanraya kali ini sehingga beliau seperti tidak henti-henti menagih sokongan daripada rakyat?

Selain UMNO dan BN bukan lagi menjadi produk yang baik di mata rakyat kerana pelbagai masalah dan skandal yang berlaku sejak bertahun-tahun lamanya, beban utama yang memberatkan bahu Najib sebenarnya ialah Mahathir dan Rosmah.

Walaupun Mahathir sering tampil dengan hasrat memberi sokongan kepada Najib dan BN serta kerap pula mengingakan rakyat tentang bahaya melakukan pertukaran kerajaan, tetapi seringkali kemunculan beliau menjadikan keadaan menjadi kalut buat BN. Dalam isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah, kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Mahathir lebih banyak memburukkan lagi keadaaan.

Tindakan mengaitkan nama Tunku Abdul Rahman dalam isu itu bukan saja mengguris hati banyak pihak malah turut menyebabkan masyarakat Cina dan India turut tersentak dengannya.

Dalam pada itu, banyak kenyataannya sebelum ini juga tidak memberi impak yang maksima kepada UMNO dan BN kerana kebanyakan rakyat dapat memahami muslihat dan kepentingan yang ingin dipertahankan oleh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu. Apa pun komen dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir, baik yang menyokong Najib atau mengkritik Najib, ia sebenarnya tidak lari daripada nawaitu menjaga kepentingan anak-anaknya dalam politik dan perniagaan dah juga melindungi dirinya sendiri selepas pilihanraya nanti.

Keikhlasan Mahathir serng diragui. Baik di dalam UMNO mahupun di luar UMNO, semua orang tahu kepentingan yang ingin dipertahankan oleh Mahathir. Bila dia menyokong Najib, nawaitunya ialah untuk kepentingan diri dan anak-anaknya, sebaliknya jika dia mengkritik Najib, nawaitunya juga adalah untuk menjamin kepentingan diri dan anak-anaknya.

Semasa berkuasa, beliau mungkin ditakuti kerana bijak menggunakan kuasa. Tetapi setelah bersara dan masih ingin menjadi broker kuasa dalam UMNO, taring Mahathir sebenarnya tidaklah setajam dulu lagi. Mungkin masih ada golongan tua dan lama yang masih terpesona dengannya, tetapi rata-rata generasi muda sudah menolaknya.

Bagi mereka, lebih baik Mahathir berehat dan tidak terlalu mencampuri lagi politik negara. Zamannya sudah berlalu dan kini adalah zaman anak-anak muda mengorak dunia.

Walaupun antara sebab keputusan buruk pilihanraya 2008 adalah kerana hasutan Mahathir supaya rakyat dan ahli UMNO sendiri menolak kerajaan yang dipimpin oleh Pak Lah tetapi kali ini suasananya sudah jauh berbeza. Rakyat yang menolak UMNO dan BN jauh lebih ramai berbanding ahli UMNO yang dulunya tidak mengundi BN tetapi akan mengundi BN dalam piliharaya akan datang ini.

Kekerapan Mahathir bersuara mengenai politik hanya menambah kebencian rakyat kepada BN. Ini kerana setiap kali beliau bersuara, sudah difahami maksud dan nawaitunya itu. Setelah 22 tahun UMNO dan kerajaan dibelenggu dengan kepimpinan Mahathir, tidak mungkin ramai yang mahu beliau terus memainkan peranannya dalam negara ini.

Jika Mahathir berdiam diri dan menjadi seorang pesara yang baik, ia mungkin jauh lebih baik bagi Najib, UMNO dan BN. Sokongan rakyat kepada Najib dan BN dalam piliharaya akan datang mungkin bertambah baik tanpa campurtangan daripada Mahathir.

Beban kedua Najib menjelang pilihanraya akan datang ialah Rosmah Mansor, isteri Najib sendiri. Dalam bentuk apa Rosmah mendatangkan beban kepada Najib, UMNO dan BN tidak perlu dihuraikan lagi kerana semua orang sudah mengetahui dan memahaminya.

Gaya, penampilan yang mewah, kegemaran mengumpul perhiasan yang mahal dan gemerlapan serta campurtangan dalam pelbagai urusan perniagaan yang melibatkan kuasa suaminya sebagai Perdana Menteri adalah antara karenah Rosmah yang tidak disenangi dan menjadi percakapan rakyat pelbagai peringkat.

Rakyat hampir tidak dapat menerima watak yang dipamerkan Rosmah yang bukan saja berbeza dengan isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini tetapi juga sebenarnya amat bertentangan dengan watak mana-mana isteri pemimpin yang ingin disanjung rakyat.

Berbeza dengan Mahathir yang suara dan kenyataannya yang boleh menyusahkan Najib dan BN, Rosmah pula cukup sekadar penampilannya saja sudah memadai untuk mendatangkan malapetaka buat Najib, UMNO dan BN. Selagi ada Mahathir dan Rosmah dalam pentadbiran Najib, tidak mungkin rakyat mahu memberikan sokongan yang gemilang kepada BN.

Najib pun barangkali menyedari kewujudan kedua-dua watak itu yang menjadi beban kepadanya, sebab itu beliau tidak henti-henti turun padang menagih sokongan rakyat kerana menyedari sokongan yang ada masih belum mampu memastikannya kekal lagi sebagai Perdana Menteri.

Jika Mahathir berdiam diri dan Rosmah pula tidak kerap muncul, ia mungkin lebih baik bagi Najib dan BN. Tetapi dengan piliharaya makin hampir dan majoriti rakyat pula sudah membuat keputusan, tidak banyak lagi yang mampu dilakukan oleh Najib untuk mempertahankan kerajaan yang ada sekarang. (SH 04/02/2013)

Monday, 4 February 2013

Kos bawa 'Gangnam' ke acara Najib dijangka lebih RM1j

BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.

Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.

br1m 2.0 launch by najib razak 2Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa orang penganjur konsert memberitahu Malaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan./~M'kini

Sunday, 3 February 2013

GURU BESAR BEROTAK KUNING, ADAKAH ANDA PUN BEGITU?


SEORANG GURU, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni sudah tidak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat Guru Besar. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada Guru Besar.

Guru Besar mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Guru Besar dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Guru Besar : Apa jawapan 3 x 3?

Abu: 9

Guru Besar : Apa jawapan 6 x 6?

Abu: 36

Guru Besar terus bertanyakan soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid UPSR dan Abu mampu menjawab setiap soalan yang diberikan.

Lalu Guru Besar memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada Guru Besar, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Guru Besar dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf 'K' akhir dengan 'A', iaberbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik dan melekit?

Mata Guru Besar terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Guru Besar sekali lagi terbuka sangat-sangat luas dan sebelum dia sempat hendak menahan Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Guru Besar kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Guru Besar semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi Guru Besar rasa amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of.

It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Guru Besar menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

(NOTA : Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan Guru Besar yang mempunyai otak dan pemikiran kuning)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers