Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata
di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak
pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan
pegawai kerajaan hari ini.
Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.
Insiden
tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara
jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala
menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui
sempadan laut.
Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa
keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada
kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah
diri.
"Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina.
"Pihak
Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu,"
kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi
tersebut, kepada Reuters.
Katanya, lelaki bersenjata itu
disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai
baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di
selatan pulau Mindanao.
Seorang pegawai kanan tentera Filipina
menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak
bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.
Katanya, satu mesyuarat berhubung tuntutan tanah itu, telah menarik ramai orang dan mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia.
"Kita
tahu bahawa orang-orang ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan
mereka adalah dari pulau-pulau berhampiran," kata pegawai tersebut yang
meminta namanya tidak disiarkan.
"Sesetengah daripada mereka
sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan
mereka biasanya menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah."
Bilangan
pendatang haram Islam dari selatan Filipina yang miskin telah meningkat
dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan ia menimbulkan ketegangan
sosial dengan penduduk asal beragama Kristian di Sabah.
Kerajaan Filipina telah menandatangani perjanjian damai dengan
pemberontak
Islam lewat tahun lepas untuk menamatkan konflik selama 40 tahun di
selatan negara itu, tetapi sesetengah puak telah menyuarakan bangkangan.
Sejak
perjanjian damai yang ditaja oleh Malaysia itu, pengikut puak serpihan
kumpulan Misuari telah memutuskan untuk mencetuskan beberapa masalah dan
mewujudkan ketengangan di Sabah, kata seorang pegawai kanan Malaysia
yang merujuk kepada puak dalam kumpulan pemberontak MNLF.
Pada
tahun 2000, sebuah kumpulan militan dari selatan Filipina telah menculik
21 pelancong dari Sabah yang menyelam di kawasan peranginan Sipadan.
Pada
tahun 1985, sebelas orang terbunuh apabila lelaki bersenjata yang
dipercayai dari selatan Filipina, memasuki Lahad Datu di Sabah, menembak
secara rawak sebelum merompak cawangan Standard Chartered Bank
tempatan.
- Reuters
Baca ini pula..
POLIS KENAL PASTI KUMPULAN FILIPINA MENDARAT DI PERSISIR PANTAI LAHAD DATU
Kota Kinabalu, 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang
mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris
berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata
kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja
Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu
dihantar pulang ke negara asal.
"Kita telah hantar pasukan
untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita
beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara
baik dan
kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan
rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.
Ismail berkata
kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu
memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin
dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan
berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan
tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut
seperti yang dilakukan itu.
"Kita lihat perbincangan dalam
keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal
dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini
dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang
dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis
mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang
kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan
berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung
itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau
dan menumpang rumah-rumah
di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.
Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau
menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada
khabar angin. Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik
serta selamat dan
polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk
menangani kemelut itu segera. Katanya kumpulan itu difahamkan
menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka
berjaya memasuki negara ini. - BERNAMA
Friday, 15 February 2013
Wednesday, 13 February 2013
‘Oppa Gangnam Style’: Rakyat Pulau Pinang bersuara, tetap tak nak BN
GEORGE TOWN, 11 FEB – Warga Pulau Pinang memberi kenyataan jelas
nyata kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam sambutan rumah terbuka
Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang hari ini
apabila menjawab “tidak” ketika ditanya tentang kesediaan mereka untuk
menerima Barisan Nasional.
Bukan sekali bahkan tiga kali Najib Razak menerima jawapan ‘No!’ (Tidak!) daripada hadirin yang berkumpul di hadapan pentas utama dalam sambutan yang menampilkan artis Korea Selatan, PSY yang mempersembahkan lagu popularnya ‘Oppa Gangnam Style’.
Najib Razak yang mengambil tempat di tengah-tengah pentas cuba berinteraksi dengan hadirin yang tidak sabar-sabar lagi mahu menyaksikan persembahan secara langsung PSY dan langsung bertanya, ‘Are you ready for PSY?’ (Anda bersedia untuk PSY?) lalu menerima jawapan positif daripada hadirin yang hadir memakai tshirt berwarna kuning.
Namun apabila beliau bertanya ‘Are you ready for BN’ (Anda bersedia untuk BN?) hadirin terus menjawab ‘No!’ (Tidak!) setiap kali soalan tersebut diajukan dengan disambut dengan gelak ketawa mengejek Perdana Menteri yang malang itu.
Rakaman kejadian tersebut tersebar luas di laman-laman sosial sejurus sahaja acara tersebut berakhir dan menerima respon menarik daripada orang ramai yang teruja menyaksikan reaksi berani rakyat Pulau Pinang yang nampaknya sudah serik dan tidak akan menerima BN lagi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.
Klip sepanjang lebih kurang seminit itu telah dimuat naik dan disebarkan menggunakan pelbagai akaun di laman video YouTube.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam akaun Facebook-nya berkata, “Selepas menonton video tersebut, saya rasa amat kasihan kepada Najib. Kroni BN membelanjakan jutaan ringgit untuk menjemput PSY membuat persembahan di rumah terbuka BN Puloau Pinang, tapi nampaknya PSY tidak dapat membantu BN untuk memenangi hati rakyat Pulau Pinang.
“Rakyat telah menghantar mesej yang kuat kepada BN, bahawa mereka akan menerima apa sahaja perkara baik yang ditawarkan, tetapi apa yang mereka mahu sebenarnya adalah jauh lebih rumit, iaitu negara yang lebih bersih, adil dan baik.
“Jika saya Najib, saya akan peluk bantal dan menangis malam ini,” katanya.
Penyanyi yang dibawa khas dari Korea itu dikhabarkan menerima undangan untuk membuat persembahan dengan bayaran tidak kurang USD1 juta. – Roketkini.com

Tuesday, 12 February 2013
Peminat Psy pakai baju 'BERSIH' | Najib makin pening..
Oleh : anak sungai derhaka
Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut.
Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.
Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy..
Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.
Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot?
Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.
Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong.
Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.
Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional disukarkan mereka ini..

Dengar cerita.. semalam ada pertemuan antara Najib dan seluruh jentera
BN Pulau Pinang.. tapi Cybertrooper UMNO tak dibenarkan masuk...
he..he..he..
Sebab apa??.. nanti bila ada masa aku tulis..
Dah dilayan sampai macam tu pun nak sokong UMNO/BN lagi ke??
Subscribe to:
Posts (Atom)