PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday 16 July 2014

CDM25 Gadis Amuk Peugeot, Apa Komen Artis Malaysia?

Percaya atau tidak #CDM25 kini sudah jadi trending di laman Twitter! Video seorang wanita rasis dan kurang ajar memaki hamun pakcik yang melanggar keretanya!


Bagi mereka yang belum menonton video tersebut, seorang gadis mengamuk sakan kerana keretanya dilanggar kini telah mencetuskan kemarahan para netizens. Mana taknya, siap hempuk kereta orang dengansteering lock lagi!


Rasanya inilah seorang mangsa kemalangan kecil yang paling teruk mengamuk dan lebih menarik perhatian dia adalah seorang wanita.

Hari ini sahaja, video amukan wanita bertudung ini sudah tersebar di serata media sosial Facebook dan laman perkongsian video YouTube.

Si wanita itu turut merampas kunci lelaki Cina yang melanggar belakang kereta milik wanita itu yang berjenama Peugeot.

Jessica Qi yang dipercayai merupakan anak kepada pak cik tersebut telah berkongsi satu status yang menunjukkan kemarahannya yang tak bertepi terhadap pemandu wanita tersebut.

Jessica Qi

Menurut Jessica dia hendak melaporkan tindakan keterlaluan wanita itu yang menghentak kereta bapanya dengan steering lock kepada pihak polis namun bapanya enggan memanjangkan cerita dengan melibatkan pihak berkuasa.

Memang sungguh mulia hati pakcik tu walaupun dirinya dimalukan serta diherdik sebegitu biadap di hadapan orang ramai

Memang memalukan, melihat wanita Melayu berperangai sebegitu dan lelaki Cina itu yang jelas lebih berumur darinya bercakap dengan nada elok dan mengakui bahawa dia tidak sengaja melanggar kereta Peugeot itu.

Apa komen artis?

#CDM25 [6]

Dek kerana itu, para selebriti turut meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap gadis tersebut yang dipercayai merupakan seorang pengusaha butik pengantin. 

#CDM25 [2]

Paling menarik sekali, Misha Omar menggunakan laman Instagramnya untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap kebiadaban gadis tersebut.

Selain itu, Harith Iskander dan Fizo Omar turut menyelar tindakan gadis itu yang dilihat turut membangkitkan sentimen perkauman.

#CDM25 [3]


#CDM25 [4]

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, famous satu Malaysia. Diharapkan gadis ini bakal membuat permohonan maaf kepada uncle yang cool itu.

Sebelum itu, ini sindiran paling halus buat siroad bully daripada Ryzal Jaafar.

#CDM25 [5]


Sumber : sentiasa panas


CARI PISAU, PARANG??? sila klik http://parangonline.blogspot.com

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers