PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday 5 March 2014

Kes al-Quran dibuang: Usah buat andaian - Dr. MAZA

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menasihati umat Islam supaya bersabar dan tidak menuding jari ke pada mana-mana pihak dalam kes al-Quran dibuang dan dirosakkan di Masjid Limbongan, Besut seperti yang dilaporkan media semalam.

Menurutnya, perkara ini masih berada dalam siasatan dan semua pihak sepatutnya bertenang dan membiarkan pihak berkuasa melaksanakan tugas.

"Kita tidak boleh tuduh sesiapa dan kalau pesalah tersebut tertangkap sekalipun kita harus serahkan pada pihak berkuasa," katanya kepada Sinar Harian Online.

Pada 4 Mac lalu, masyarakat digemparkan dengan insiden al-Quran dan surah Yasin yang dicampak ke dalam tandas dan luar pekarangan masjid terbabit.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu mengundang kemarahan umat Islam kerana insiden tersebut jelas menghina kesucian agama Islam.

"Jangan guna kekerasan, Islam tidak pernah menggalakkan umatnya untuk tangani masalah dengan cara kekerasan, kita serahkan semuanya pada pihak polis," katanya.//(sinarharian)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers