Beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat secara terbuka di depan khalayak awam "di mana-mana dan bila-bila masa".
"Nanti kita tengok dalam perdebatan itu siapa yang celaru dan siapa yang tidak," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Semalam, dalam ucapan ketika Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", ahli akademik itu mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.
Selain itu, umat Islam juga didakwa mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukan aurat wanita.
Ekoran kenyataan terbaru Kassim tersebut, beliau hari ini 'diserang' oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan NGO Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA).
Dalam sidang medianya, Mahfuz mempersoalkan mengapa ahali akademik itu tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana penguatkuasa agama dan pemikir itu didakwa menghina Islam dan Majlis Raja-raja.
Manakala dalam kenyataannya, Presiden ASWAJA Zamihan Mat Zin berkata kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.//(MK)
harusanasini!!!!!! APA lagi beb keluar fatwa la bro...INI betul2 perlu.
ReplyDeleteSalam utk semua,
ReplyDeleteAllah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.
Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Lihat dan kajilah sendiri akan kehebatan Al-Quran yang amat digeruni oleh semua musuh-musuh Islam.
Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!
lebron 11
ReplyDeleteoff white x jordan 1
kyrie 3
supreme clothing
mbt shoes
adidas superstars
fila disruptor
cheap nfl jerseys
curry 4
supreme hoodie