PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday 13 November 2013

Kenaikan Elaun Perumahan,COLA & Elaun Baru SBM 2014, Apa Kata Ketua Pengarah JPA

Sejak semalam ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan informasi terbaru dan memberikan harapan tinggi kepada penjawat awam mengenai kononya terdapat kenaikan 3 Elaun pada januari 2014 ini , menurut informasi tersebut 1.1 Juta Penjawat Awam akan mendapat Elaun Perumahan, Sara Hidup (COLA) dan Elaun Baru SBM?
 
Mesej yang disebarkan menerusi Whatapps yang mengandungi khabar angin seperti di bawah ini:-
Mesej Whatapp Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?
 
Senarai kenaikan elaun naik 2014 seperti Elaun Perumahan, elaun Sara Hidup (COLA) dan Elaun Baru SBM (Subsidi Bahan Mentah), elaun kritikal Khas bagi PDRM dan ATM?
Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012
 
Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.
 
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.
 
Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014.
 
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.
 
Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.

Kesahihan informasi ini sangat meragukan. Melihatkan kepada penarikan demi penarikan subsidi yang dinikmati rakyat sebelum ini. Agak pelik sekiranya elaun2 diatas dinaikan.
 
Namun, segala persoalan akhirnya terjawab. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awan menerusi akaun facebooknya telah memuat naik status yang menafikan khabar angin tersebut . Berikut respon Ketua Pengarah JPA mengenai Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?
 
Ketua Pengarah JPA pun telah tampil menjawab persoalan ini di Facebook
ss
dd
Semoga berita ini sedikit sebanyak meredakan persoalan kalangan penjawat awam mengenai penyebaran berita palsu kononnya berlakunya kenaikan elaun naik 2014 kakitangan awam. Apa kata anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers