PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 6 September 2013

Wanita mengaku Nabi ditahan

LAHORE - PAKISTAN. Pihak berkuasa Pakistan menahan seorang ibu kepada empat anak yang mengaku sebagai Nabi.

Pegawai kanan polis, Tariq Aziz berkata, suspek dikenali Salma @ Fatima itu diberkas di bandar timur Lahore, wilayah Punjab, Isnin lalu.

"Seorang imam yang tinggal di kawasan kejiranan suspek mendakwa wanita tersebut turut menyebarkan risalah menghina Islam," katanya kepada AP.

Menurut beliau, suspek berumur 40 tahun yang juga seorang pengetua sekolah swasta itu akan menjalani pemeriksaan psikologi.

Di bawah undang-undang negara tersebut, mana-mana individu yang didapati bersalah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW boleh dikenakan hukuman mati. (sinarharian)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers