PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday 18 September 2013

Ibu racun anak sendiri dalam hotel

Sacramento (California): Seorang ibu didakwa meracun anak lelakinya - yang berusia 13 tahun dan menghidap autisme - serta seorang anak perempuan berusia sembilan tahun dalam sebuah bilik hotel selepas hakim memberikan hak penjagaan kepada bapa mangsa terbabit.

Marilyn Edge, 42, ditahan di Costa Mesa pada Sabtu lalu selepas dia cuba membunuh diri dengan merempuh kereta dipandunya ke arah sebuah kotak elektrik di luar sebuah kompleks beli-belah di Costa Mesa pada Sabtu.

Selepas kemalangan, Marilyn memberitahu polis bahawa mereka boleh menemui mayat anaknya, Jaelen dan Faith, dalam bilik hotel di Santa Ana.



Ketika cuba diselamatkan Marilyn menolak, malah cuba menjerut lehernya ketika penyelamat cuba mengeluarkan dia dari kenderaan berkenaan. Wanita dari Scottsdale, Arizona itu kini berdepan dengan dua tuduhan membunuh.

Jika Marilyn didapati bersalah, dia boleh dihukum mati. Menurut sumber, kematian Jaelen dan Faith berlaku selepas Marilyn gagal mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya selepas bercerai dengan bekas suaminya. Di samping itu, hakim memberikan hak penjagaan kepada Mark Edge pada Rabu lalu. Dua hari kemudian Marilyn menghantar mesej teks kepada Edge dan berjanji menyerahkan Jaelen serta Faith pada Ahad.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa ditemui mati pada Sabtu lalu. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers